"Everyday is a brand new start"

25 February 2014

Didiklah hati kita bersyukur



"Apakah belum tiba waktunya bagi orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan mengingat kebenaran apa yang diturunkan-Nya (al-Qur'an) dan janganlah mereka seperti ahli kitab sebelum mereka, telah lama mereka berpisah dari ajaran Nabinya, sehingga hati mereka menjadi kasar (tidak tembus cahaya kebenaran), dan kebanyakan mereka menjadi orang fasik." (Surah Al-Hadid:16)

Belum tiba kah lagi waktu untuk kita jadi hamba Allah yang bersyukur? Dengan sedemikian macam bentuk Allah mengolah hidup kita, didatangkan hikmah di sebalik takdir sebagai khabar gembira, didatangkan pertolongan dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Belum tiba lagi kah waktu kita jadi hamba yang bersyukur?

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Hitung lah kembali nikmat Allah. Di saat ujian menimpa kita bertalu-talu, syukur adalah penawar. Orang yang bersyukur adalah orang yang Allah beri kemampuan untuk melihat ujian sebagai nikmat kurniaan Allah yang sewajarnya disyukuri.

Hati kita perlu dididik dan diasah untuk rasa syukur. Ramai antara kita mengeluh dengan kesusahan, kesukaran tanpa mengetahui bahawa ada manusia lain yang menerima ujian jauh lebih susah dari kita dan subhanallah, mereka inilah orang yang bersyukur.

Saya beri contoh; sahabat saya ini orang susah. Ayahnya sakit dan dia anak sulung dalam keluarga. Adik-adik perlukan duit untuk belajar. Padahal dia kini juga sedang belajar. Siang malam dia bekerja untuk menyara keluarga di kampung, kadang-kadang tiada duit untuk makan minum. Lalu apa katanya bila ditanya:” Kalau Allah bagi, saya makanlah, kalau tidak ada, ya bersyukurlah”.

Saya turut mendengar rintihan sahabat-sahabat yang belum bertemu jodoh. Saya akui sememangnya berat perasaan itu apalagi bila usia kian meningkat. Tidakkah kita cuba menelaah takdir Allah. Barangkali Allah memberi ruang yang ada ini untuk kita membangun cinta kepadaNya sehingga suatu hari nanti, jika bertemu jodoh maka kita kuat untuk mencintaiNya dan bercinta keranaNya. Allah mahu kita meletakkan harapan dan keyakinan jauh lebih tinggi kepada Allah.

Berdoalah dengan rasa rendah diri dan bersyukur kepada Allah:

اللَّهُمَّ رَضِّنِي بِمَا قَضَيْتَ لِي حَتَّى لا أُحِبَّ تَعْجِيلَ مَا أَخَّرْتَ ، وَلا تَأْخِيرَ مَا عَجَّلْتَ
 Ya Allah, jadikan aku redha dengan keputusanMu sehingga aku tidak suka meminta dipercepatkan apa yang Engkau tunda, dan meminta ditunda apa yang Kau percepatkan

Allah telah berfirman:


فاذكروني أذكركم 
Maka ingatlah kepadaku nescaya aku ingat kepadamu 
(Surah Al Baqarah:152)


Syukur itu berhubung erat dengan zikir. Kurang zikir maka kuranglah syukur.

Kita perlu belajar bersyukur dengan memuji Allah dan beristighfar. Kita akan tahu nilai hati kita bilamana kita diuji. Apabila kita belum boleh redha dengan sesuatu yang ditentukan Allah serta belum benar-benar meyakini janji Allah, itu tandanya hati kita masih kotor.

Allah Maha Adil kerana diberiNya ujian bersama pakej kesabaran dan ketabahan. Apabila kita berusaha bersabar, terbitlah rasa syukur yang jadi penawar sehingga memanggil kita untuk tersungkur sujud di atas sejadah.

Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin dan dengarlah apa jua pengisian yang membangun jiwa. Kadangkala  ilmu ini yang akan menjawab semua lintasan hati dan bisikan syaitan bilamana kita diuji.

********************
Saya menulis, bukan bererti saya lebih tahu dan lebih bersyukur berbanding kalian. Saya berharap kita sama-sama menjadi hamba yang bersyukur. Saya mohon doa dari kalian agar saya diberi kekuatan oleh Allah dengan sabar, syukur dan istiqamah dalam kebaikan.



Setiap yang baik datang dari Allah.
Share:

24 February 2014

#Buku : Transformasi Fikah Semasa


Keperluan pada transformasi hukum Islam bagi menjawab persoalan hidup semasa dalam masyarakat Islam hari ini sangat dirasakan. Di bawah pengaruh dunia baru dengan segala kemajuannya, baik dari segi ekonomi, sosial mahupun sains dan teknologi, hampir semua perkara dalam kehidupan moden sekarang ini telah berubah. Ringkasnya, pemikiran hukum Islam semasa merupakan perkara teras dalam pengajian Syariah. Ia bukan sahaja diperlukan pada hari ini tetapi juga sentiasa subur dalam proses ijtihad sejak dari zaman Rasulullah SAW sampailah ke hari ini.

Buku keluaran PTS ini sesuai untuk pelajar bidang agama khususnya. Jom grab buku ni cepat! ^^
Share:

Kelompongan si Penuntut ilmu


Dato’ Dr.Mahmood Zuhdi ada menyebut antara langkah untuk kesatuan ummah ialah penguasaan ilmu. Dalam sejarah tamadun Islam banyak kenyataan yang menunjukkan bahawa penguasaan terhadap ilmulah menjadi dinamo yang menggerakkan masyarakat Islam pada waktu itu kuat ke arah pembinaan tamadun yang tinggi.

Dalam mengejar penguasaan ilmu, bagi saya, ada perlunya kita memuhasabah kembali kekurangan dan kelemahan sebagai penuntut ilmu.

Asas yang rapuh

Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni menukilkan kata-kata Imam al Mawardi dalam kitabnya ‘Asyiq:
“Bangunan yang dibuat tanpa asas, tidak akan mampu berdiri kukuh. Sebiji buah tidak mungkin dapat dipetik tanpa ada pokoknya.”

Realiti yang berlaku kepada pelajar hari ini ialah tergesa-gesa dalam menuntut ilmu sehingga mengabaikan prosesnya. Kebanyakan kita melihat terus kepada isi sesuatu pelajaran tanpa mempelajari mukaddimahnya seperti mengetahui tujuan belajar padahal ilmu itu ada awal yang akan membawa kepada penghujungnya. Akhirnya, kita akan tidak memahami akhir kepada suatu permasalahan yang berlaku.

Analoginya mudah, kita tidak boleh berada terus di dalam rumah melainkan terlebih dahulu masuk melalui pintu.

Mengabaikan isi dan intipati

Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam karya beliau “Fiqh Awlawiyyat” juga menjelaskan satu lagi kelemahan pada mereka yang sedang mempelajari ilmu agama iaitu; mereka hanya mempelajari sekadar kulit-kulitnya sahaja, tidak terus sampai kepada isi dan intipati; membahas sekadar permukaannya sahaja, tidak terus masuk ke dasarnya untuk mengutip intan permata yang tersembunyi.

Akibatnya, syari’ah akan terasa tidak lengkap dan kurang sempurna untuk kemaslahatan hidup manusia.

Pendekatan yang tidak menyeluruh dan partial inilah yang menimbulkan kesempitan kepada perkara yang telahpun Allah beri kelonggaran.

Mengutamakan kefahaman

Selain itu, kebanyakan penuntut ilmu akan cepat melupakan pelajarannya setelah selesai daripada peperiksaan dan ujian. Kata Dr Yusuf Al-Qardhawi, hal ini berlaku apabila pelajaran tersebut tidak dipelajari dengan sistem kefahaman dan pengertian. Kesalahan yang banyak berlaku ialah mereka lebih banyak menghafal daripada kefahaman yang benar, walhal hafalan hanyalah jalan untuk mencapai kefahaman.

Ramai juga penuntut ilmu yang 'skip' ke bahagian lain apabila menemui satu bab yang sukar difahami dalam pembacaan lalu meninggalkannya tanpa faham. Kata Dr Zaharuddin; Ketahuilah bab yang sukar itulah menjadikan kamu ilmuwan BERBEZA atau LEBIH LENGKAP dari orang lain. Jika ditinggalkan maka jadilah seperti lainnya yang mudah tersilap dek kerana lompong dalam kefahaman.

*******

Kita tidak pernah terlewat untuk memperbaiki kelemahan diri sebagai penuntut ilmu. Sama-sama muhasabah diri dan renungkan serangkap sajak oleh penyair agung Islam ‘Umar Khayam:

Semalam sudah berlalu. Besok masih dalam cita-cita. Realitinya hari ini. Kerana itu rebutlah segala peluang yang ada pada hari ini sepenuhnya. Kerana besok belum tentu tiba.


-Catatan ini buat diri dan generasi, semoga mendapat manfaat-
Share:

22 February 2014

#Usrah UZAR : Adab Menegur & Perbincangan Semasa


Usrah Khas Dr Zaharuddin Abdul Rahman untuk kali ketiga semalam (22 Februari 2014) rasanya lebih santai namun perbincangan tetap kritikal. Selesai usrah, UZAR menasihatkan kami agar menyampaikan ilmu yang diperoleh dalam usrah terutamanya bab Adab. Alhamdulillah di sini saya ingin menggariskan beberapa adab yang sempat saya salin dan apa yang saya faham daripada usrah. Semoga mendapat manfaat.

Pertamanya; saya tertarik dengan kisah Imam Syafie dan gurunya Imam Malik. Apa yang ditekankan adalah adab seorang murid kepada guru yang kian rapuh di zaman ini. Sifat hormat Imam Syafie jelas apabila beliau menyelak buku secara perlahan-lahan agar tidak mengganggu pengajaran, malah dielak kakinya dari mengadap ke arah rumah Imam Malik. Hormatnya Imam Syafie kepada Imam Malik tidaklah sampai terlalu taksub dan menghalang beliau bersifat kritikal. Buktinya apabila lahir Mazhab Syafie.

Adab Menegur

1) Mendapatkan ikhlas kerana Allah. 
Kalau tidak ikhlas, eloklah tidak menegur. Contohnya; menegur bacaan imam dalam solat. Jika hal itu diyakini membawa kepada riak, lebih baik elakkan. Namun, jika tidak ikhlas tapi mafsadahnya besar andai tidak menegur, maka menegur adalah lebih baik.

2) Sebelum menegur, tanya diri:
a- Adakah kita mengasihi orang yang kita nak tegur?
b- Adakah kita harap dengan teguran itu akan menolongnya?
c- Kalau kita tegur, adakah kita suka mendapat peluang menegur itu?
d- Adakah kita berhasrat teguran kita nak dibuat secara sembunyi?
e- Adakah cara yang kita buat selain tersembunyi, jika orang yang mahu kita tegur itu orang yang kita kasih maka kita akan gunakan cara yang sama?
Muhasabah dulu jawapan kepada persoalan ini.

3) Bersangka baik terlebih dahulu.
Kata Umar Al-Khattab; " Jangan kamu menyangka satu kalimat yang telah keluar dari mulut seseorang muslim itu buruk, sedangkan kalimat itu boleh jadi berkemungkinan(ihtimal) kebaikan."
Jelas UZAR; Apabila sampai kepada kamu sesuatu perkara, carilah keuzuran (sebab) terlebih dahulu.

4) Meninggalkan taksub.

5) Mencari kalimat yang tepat. Kita harus tahu membezakan nasihat dan mencela.

Perbincangan lain

Saya mahu meletakkan antara perbincangan yang menarik perhatian saya sekitar persoalan "Ya Hanana". Sebenarnya, "Ya Hanana" itu tidak lain sama seperti nasyid-nasyid lain untuk mengingati Rasulullah. Namun, salahnya apabila sehingga menimbulkan ketaksuban contohnya dengan kalimah " zuhur nabi Ahmad". Ada sebilangan yang merasakan nabi akan datang apabila mereka menyebutnya. 

Seeloknya, apabila ingin berqasidah turut diiringkan dengan bacaan Al-Quran. Jangan sampai mengabaikan kalam Allah yang jauh lebih indah dan perlu dihayati.

Seterusnya, isu bacaan yasin malam Jumaat. Ini adalah masalah yang boleh menjadi perbalahan dalam masyarakat apabila tidak diberi kefahaman. Bacaan Yasin tidak salah, namun yang salah apabila ia tersemat dalam masyarakat sebagai satu KEMESTIAN. Sebaiknya, bacaan yasin tidak terhad hanya di malam Jumaat dan gilirkan dengan bacaan surah lainnya seperti Al-Kahfi.

Setakat ini dulu perkongsian saya. Apa yang berlebih dan berkurang dan yang tersalah mohon dimaafkan. 

Doakan saya istiqamah di jalan kebaikan.


Share:

20 February 2014

Saya Mahu Jadi Pakar!

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." ( Al-Hasyr : 18 )
Saya pernah membaca buku 'Diari Musafir' tulisan Dr Zaharuddin Abdul Rahman. Dari situ, saya melihat keperluan besar untuk memiliki kepakaran dalam satu bidang. Saya bukanlah seperti ulama’ zaman silam yang boleh menguasai banyak bidang, jadi saya hanya mampu memilih satu untuk benar-benar dikuasai.
Menyusun Minat

Lalu saya mula menyusun atur minat; bermula dari hobi menulis, membaca, sehinggalah jenis-jenis buku yang suka dibaca. Saya sedar, kepakaran kita ada baiknya dilihat dari sudut manfaat untuk agama dan ummah khususnya bagi saya; untuk para wanita. InshaAllah saya memilih Fiqh Mar’ah. 
Selepas kita meletakan satu priority bidang yang ingin dijadikan asas kerjaya, langkah seterusnya adalah mengkaji dan mengetahui cara dan kaedah bagi mencapai target itu. Setiap bidang punyai jalan masing-masing.-UZAR
Saya masih tertanya-tanya asbab Allah meletakkan saya kepada posisi (jurusan Usul Fiqh). Bukanlah seperti krisis epistemologi Imam Ghazali (gurau). Namun semakin menelaah takdir, semakin terserlah hikmahNya. Di UIA, saya bertemu dengan orang-orang yang membawa saya memilih jalan ini. Dunia hakikatnya masih kekurangan para muslimah yang boleh memimpin kaum wanita kepada ilmu terutamanya di Malaysia. Saya juga terbias rasa malu apabila soalan-soalan kewanitaan dikemukakan kepada ustaz-ustaz. Sedang Nabi saw sendiri pernah rasa malu untuk menjawabnya.
Di sisi saya, masih banyak lagi kelemahan dan kekurangan dalam penguasaan Fiqh Mar’ah. Ustaz Fauwaz Fadzil menasihatkan saya di peringkat awal membaca buku “Fikh Kerahsiaan Wanita’ hasil terjemahan Dr Saadudin Mus’ad Hilali. Teman saya pula menggalakkan saya membaca tulisan Dr Yusuf al Qardhawi, Dr Abdul Karim Zaidan dan Sayyid Sabiq. Langkah awal, saya memilih untuk mendalami Toharoh dan Solat wanita. Seperti biasa, kita boleh membaca fatwa berkenaan wanita, tapi ada baiknya bagi pelajar Usul Fiqh untuk mengetahui asal usul terbitnya sesebuah hukum.
Amat penting untuk merancang masa depan kita selari dengan masa depan Islam. Seperti yang selalu saya katakan, merancanglah yang baik-baik inshaAllah Allah memandu jalanNya. Semoga perancangan ini Allah redha. Tolong doakan saya.
Share:

19 February 2014

Parenting : Quranic Generation


Seems like I have interest with this topic since my friend doing her research about Quranic Parenting. Of course, this is a sense of woman too. I’ve like to quote Ustazah Norhafizah’s;
“At the end, if we want the generation of Quran, WE, are the first who should love the Quran”
This is the info from muslimmatters.org. I’ve made it shortly.
Memorization before the age of 2:
Children are best equipped to study and retain the Words of Allah beginning at the age of five. Some indirect memorization may start at the age of 2, such as reciting to them every night Ayat al-Kursi. Similarly, any surah can be taught even before they turn four.
Go over the meanings:
Sit with them for an hour a day, every day, and read one page or even less of the Qur’an. Then the translation and the explanation of the verses should be discussed and pondered over.
Difficult ayat:
Some ayat are difficult to understand, even after reading the explanation. This shouldn’t worry a parent, and it is okay to just read the meaning without elaborating.
Books of hadith:
After explaining about Quran, we can begin with a book of hadith, or Prophetic sayings, as well. Specific recommendations are the book Riyadhus Salihin.
A world of imagination:
Reading books about prophet, people in the past and so on to children helps them imagine different worlds because children have a very strong sense of imagination. This helps to instill in their hearts love for Allah as well as, of course, love for the Prophet and his companions.
Challenges around the Age of Seven and Onwards:
If a parent has maintained good communication with his/her children, built a relationship between them and the Qur’an, and kept steadfast with dua to seek the help of Allah, then by Allah’s Mercy the next few years should not be too strenuous. Though, keep in mind that these ages are rough estimates. Every parent, especially mothers, should know her child well enough to understand their level of maturity and judge accordingly.
May Allah bless our niat to have the generation of Quran. AMin.
Share:

18 February 2014

17 February 2014

Jodoh & Takdir


 “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)” . (An Nur : 26)
Untuk mendapatkan jodoh yang baik kita harus menjadi orang baik, menjadi orang baik dengan cara memantaskan diri dan memperbaiki diri. Memantaskan diri di hadapan Allah bukan manusia. Kalo pantas di hadapan manusia maka dapatnya jodoh yang pantas menurut manusia. Allah menjodohkan kita dengan orang yang pantas dengan diri kita. Kalo pengen punya jodoh yang rajin sholat, puasa, baca Quran, sedekah  berarti kita juga harus rajin beramal itu. Jadi jika kita belum bertemu dengan jodoh mungkin dikarenakan kita belum pantas bertemu dengannya di mata Allah. Analoginya dalam kehidupan sehari-hari jika kita adalah orang yang rajin ibadah, orang yang suka olahraga maka kecenderungannya kita berkumpul dengan orang yang punya kesukaan sama dengan kita. Jika jodoh kita punya nilai 9 maka kita harus berusaha mendapat nilai 9 namun jika kita cukup puas dengan nilai 6 maka jodoh kita juga bernilai 6. -Ippho Santosa

Kalau kita betul-betul yakin dan percaya kepada Allah, tak mungkin kita abaikan Allah pada saat paling besar dalam hidup; iaitu berkahwin. Kerana kita mahukan perkahwinan sebagai platform untuk semakin dekat dengan Allah dan sama-sama menabur manfaat kepada masyarakat. Inilah perkahwinan yang menjadi inspirasi dalam hidup. 

Jadi, bersihkan matlamat untuk berkahwin selain dari keranaNya. InshaAllah Allah akan menunjukkan jalanNya.
  -Ustazah Norhafizah Musa
sayafikir: Kalau begini, bererti berfikir tentang jodoh bukanlah melembikkan, bahkan memantaskan diri menjadi yang terbaik di sisi Allah. 
^_~
Share:

16 February 2014

Belajar Menulis Impian


Malam ini saya MENULIS lagi. Menulis tentang impian saya.
Setelah membaca satu artikel tentang impian, saya semakin berani menulis impian. Kata beliau:
Kenapa harus TULIS?
Supaya kita sentiasa ingat, apa sebenarnya kita nak cari, nak buat. Kalau tak tulis, itu bukan IMPIAN… itu cuma angan-angan… Sekejap bersemangat, sekejap sejuk. Bila ada je cabaran, mudah benar nak surrender  … Tapi bila kita tulis, kesannya memang berbeza. Bila lemah semangat, buka balik impian-impian yang kita tulis tu. InsyaAllah, semangat datang balik. Baru kita sedar balik, misi kita belum selesai…
Boleh capai ke semua tu?
Berjaya atau tak berjaya, itu bukan kerja kita. Itu kerja Tuhan. Jangan sibuk-sibuk dengan kerja Tuhan. Kerja kita ialah pasang niat yang baik, usahakan apa yang termampu. Kalau kita mati sedangkan semua matlamat kita belum tercapai, sekurang-kurangnya Tuhan tahu kita benar-benar nak lakukan apa yang kita hajatkan. 

Apabila usia anda seperti saya (70-an), anda lebih kesal kerana tak berusaha atasi cabaran yang menghalang anda mencapai apa yang bermakna dalam hidup anda, berbanding anda telah mencubanya. Jadi berbuatlah sesuatu sekarang!
The 5 Secrets You Must Discover Before You Die by John Izzo
Ada benarnya kan? Yang penting, berniat yang baik-baik dan usaha semampu mungkin. Natijahnya kita serahkan pada Allah. InsyaAllah Allah akan membantu kita. Jom senyum! =)
Share:

Imam Syatibi

Di sini, saya ingin meringkaskan perihal Imam Syatibi dari hasil pembacaan saya khususnya mengenai kitab al-Muwafaqat yang paling terkenal di antara karya-karya Imam Syatibi lainnya. Tambahan pula, kitab ini adalah kitab rujukan utama untuk penulisan saya. Semoga Allah menambahkan kefahaman.
Imam Syatibi merupakan seorang tokoh ulama’ pemikir. Nama penuh beliau Abu Ishaq Ibrahim bin Musa bin Muhammad.
Saya melihat Imam Syatibi sebagai seorang yang begitu cekal sepanjang hidupnya. Di zaman beliau, berlaku ketaksuban dalam bermazhab dan penyelewengan yang dipraktikkan oleh kaum sufi pada waktu itu. Majoriti ulama’ Granada ketika itu menganut mazhab Maliki sehingga mereka terlalu taksub terhadap mazhab tersebut. Setiap orang yang tidak bermazhab Maliki akan dicerca bahkan diseksa kerana menurut mereka tidak sesuai dengan syariat.
Hal ini mendorong Imam Syatibi menulis al-muwafaqat.
Salah satu bab dalam kitab al-muwafaqat adalah ‘Maqasid’ yang isinya memberi petunjuk mengenai pemahaman fiqh yang tidak berkelompok-kelompok dan fanatik mazhab sehingga mampu mempertahankan kesatuan umat.
Kitab ini juga boleh dianggap sebagai sebuah jambatan yang menghubungkan antara usul fiqh mutakallimin dan usul fiqh fuqaha’ yang mana telah menggabungkan antara teori usul fiqh dengan maqasid syari’ah. Penggabungan antara dua teori tersebut adalah sebuah jalan keluar agar usul fiqh tidak terhad pada teks zahir dan menjadikan produk fiqh lebih fleksibel dan tidak mengabaikan kemaslahatan manusia.
Menariknya tentang Imam Syatibi, pemikiran beliau ditolak di peringkat awal. Masyarakat melabelkan beliau sebagai orang yang berfahaman Muktazilah, bahkan tidak lepas juga tuduhan “ulama pemecah belah masyarakat”.
Namun zaman ini, pemikiran beliau menjadi rujukan ulama’ terkemuka seperti Dr Yusuf Al-Qardhawi dan Syeikh Said Ramadhan Al-Buti.
Imam Syatibi meninggal dunia pada tahun 790 H.
Share:

15 February 2014

#Usrah UZAR : Homework ketiga!

Alhamdulillah..  dijemput lagi ke usrah khas UZAR setelah kejadian kereta ‘mati’ tempoh hari. Moga-moga kali ini Allah permudahkan untuk hadir.

Tugasan dan persediaan ahli diperlukan dalam bab berikut :

1.       Adab  : Adab Menegur & Membetul Kesalahan – Rakan & Guru.
2.       Fiqh Ibadah  : Awlawiyyat dalam ibadah.
3.       Fiqh Dakwah  : Politik dan Tanpa Politik.

#Allahumma faqqihni fiddin
IIUM
Share:

14 February 2014

Mengaji Master


Mengaji master takkan pernah sama dengan degree. Dari sudut penulisan bahas, taqdim dan penyusunan kerja harus jauh lebih baik dan kemas. Bukanlah kita mahu jadi yang terhebat, tetapi cukuplah menjadi lebih baik dari sebelumnya dan terus memperbaiki diri.
Penulisan baru di tahap muqaddimah, tapi harus menggunakan banyak rujukan. Sumber rujukan adalah amanah yang harus dijaga sebaiknya. Matlamat maudhu’ bahas pula harus benar-benar difahami. Bukankah tujuan bahas itu sendiri adalah untuk menambah kefahaman kita? Ia bukan hanya untuk menyumbang markah atau persembahan kepada orang lain, namun lebih dari itu adalah untuk diri kita sendiri agar dapat memberi manfaat kepada ummah dan agama.
Allahumma faqqihni fiddin.
#iklan rehat sebentar :-)
Share:

#MIRK JournaL : Mencintai ILmu


#14 February 2014
Wahai Jiwa-jiwa yang bersama Allah, bersabarlah!
Sejak awal kemasukan saya ke IIUM, iaitu bermulanya saya di CELPAD, ada insan yang melontarkan kata-kata yang menghiris hati saya. Kata-kata yang memperkecil-kecilkan usaha dan tekad saya. Menganggap apa yang sedang saya usahakan sia-sia.
Setelah saya berjaya EXIT, sekali lagi saya dilemparkan kata-kata yang sama. Sayu hati saya. Benar, jangan dihiraukan pandangan manusia pada kita. Namun, saya hanyalah manusia biasa.
Andai nya mereka tahu…
Andai mereka tahu, perasaan mereka yang pernah berada di CELPAD. Betapa ramai yang stress dan tak bisa bertahan sehingga memutuskan keluar dari IIUM. Ada juga yang hanya tinggal yakin pada Allah setelah berusaha berkali-kali dan Allah hanya memberi saya peluang selama 1 sem! Sujud syukur saya pada Allah. Anda pasti tak tahu bagaimana rasanya, tetapi nikmat ini tak harus saya sia-siakan.
Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”
Surah Ibrahim : 7
Andai mereka tahu, saya ditimpa pelbagai ujian sebelum kemasukan saya di IIUM sehingga saya buntu jalan, sedangkan saya mahu menuntut ilmu. Saya tak punya duit yuran yang wajib dibayar sebelum masuk ke IIUM. Dalam masa yang sama, saya tak mahu meminta kepada orang tua saya. Dan, Allah beserta rahmat kasihNya memberi jalan keluar yang tidak disangka-sangka. Terharu saya dengan pertolongan Allah. 
Andai mereka tahu, 4 tahun saya sia-siakan waktu menuntut ilmu di USIM. Saya tak bersungguh-sungguh dan belajar untuk peperiksaan. Cukuplah, cukuplah dengan kesalahan lama. Allah sudah menyedarkan saya agar jangan buang masa dan tajdid niat. Masih banyak lompong dalam masyarakat yang menjadi amanah untuk saya. Lalu bagaimana jika saya tak gunakan peluang kedua ini sebaik mungkin? Adakah anda pasti saya akan diberi peluang ketiga? 
Andai mereka tahu, apabila diberi peluang menuntut ilmu ini sesungguhnya Allah akan mudahkan jalan ke syurga. Saya tak punya amal ibadah yang banyak. Barangkali dengan jalan bersungguh-sungguh menuntut ilmu ini, Allah mengizinkan kaki saya melangkah ke syurga kerana ia juga suatu jihad. 
Nabi saw bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mati dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam syurga kelak satu darjat dengan para nabi. (Riwayat tabrani)
Saya tak meminta manusia memahami saya. Tapi, cukuplah menjaga kata-kata agar tidak menjadi racun kepada keyakinan orang lain. Apalagi jika mereka sebenarnya sedang berusaha untuk bersabar.
Kepada para pencinta ilmu, bersabarlah dalam menuntut ilmu. Kita pasti akan mengalami masa-masa keletihan, lemah, hampir putus asa dan sedih. Tapi bergembiralah, kerana pertolongan dan kemudahan dari Allah itu selalu ada.
Justeru saya benar-benar mengharapkan Allah meletakkan saya bersama-sama dengan para pencinta ilmu agar saya terus istiqamah. Doakan saya.
| Catatan ini untuk Generasi. Catatan ini untuk ingatan diri sendiri |
Share:

10 February 2014

#MIRK JournaL : Hazal Fasl Mumtaz!

#10 February 2014
| المادة نظرية الإباحة عند الأصوليين  |
"24 tahun, keciknya lagi" 
Saya rasa sangat ‘kecil’, kerana saya lah yang termuda di kelas itu!
Pelajar yang lainnya sudah berkerjaya, ada juga guru bahasa Arab, dan pelajar cemerlang dari negara Arab. Mereka jauh lebih hebat, dan saya dengan ilmu yang secebis cuma. 
Lecture Dr Amanullah sangat menarik. Benarlah kata teman-teman, pelajar Arab suka berdebat walaupun dengan ustaz. Satu demi satu hujah dan persoalan dikeluarkan, bertambahlah kerut di muka ini untuk memahami patah perkataan arab yang mereka katakan. 

Teringat kata seorang teman : Kita terjelajah di bumi sendiri!
Akhirnya, menjadilah kelas hari ini hanya belajar lughah dan istilah. 
Tersedar dan pengajaran untuk diri sendiri. Bahasa Arab bukan lagi main-main. Bahkan bahasa ini sangat penting dan rugi jika tidak dipupuk minat dalam diri. Kita lambat mahu kuasai, maka lambatlah memahami pelajaran dan ilmu.
Jom sahut cabaran ini!
هيا معا باللغة العربية
Share:

05 February 2014

Menjemput Rezeki


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Jika sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh."
Dulu, kewangan saya abah yang banyak uruskan. Bila sudah dewasa ni, makin rasai kepentingan bijak mengurus wang agar tidak membebankan diri apalagi orang lain. Lebih-lebih lagi untuk masa depan. Rezeki itu jaminan Allah, inshaAllah Allah akan membantu hambaNya yang yakin, berusaha dan berdoa.
Firman Allah SWT.yang bermaksud :
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya."
(Surah At-Talaq ayat 2-3)
Ustaz Fathuri Salehuddin dalam bukunya ; ‘Mudahnya menjemput rezeki ’ ada menulis:
Saya suka untuk memudahkannya menjadi 2 formula:
1) Buat banyak-banyak apa yang Allah suka, nescaya mudah-mudah saja Allah bagi apa yang kita suka.
2) Susah-susahkan diri tinggalkan apa yang Allah benci, nescaya mudah-mudah saja Allah kabulkan hajat di hati.
***********
Beberapa langkah awal untuk saya belajar mengurus wang & menjemput rezeki. Moga Allah membuka jalan :
1) Buku ‘Bijak Mengurus Wang’ tulisan Hajah Rohani & Datuk Hj Mohd Shahir
4) EBook Insyirah Azhar
5) Buku dan tulisan Ippho Santosa
7) Buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’ tulisan Ustaz Fathuri Salehuddin
Rezeki itu jaminan Allah, tapi jangan sampai mengabaikan usaha.
Wallahualam.
Allahummar zuqna toyyiban!
Share:

Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories

Blog Archive