Malam ini saya MENULIS lagi. Menulis tentang impian saya.
Setelah membaca satu artikel tentang impian, saya semakin berani menulis impian. Kata beliau:
Kenapa harus TULIS?
Supaya kita sentiasa ingat, apa sebenarnya kita nak cari, nak buat. Kalau tak tulis, itu bukan IMPIAN… itu cuma angan-angan… Sekejap bersemangat, sekejap sejuk. Bila ada je cabaran, mudah benar nak surrender … Tapi bila kita tulis, kesannya memang berbeza. Bila lemah semangat, buka balik impian-impian yang kita tulis tu. InsyaAllah, semangat datang balik. Baru kita sedar balik, misi kita belum selesai…
Boleh capai ke semua tu?
Berjaya atau tak berjaya, itu bukan kerja kita. Itu kerja Tuhan. Jangan sibuk-sibuk dengan kerja Tuhan. Kerja kita ialah pasang niat yang baik, usahakan apa yang termampu. Kalau kita mati sedangkan semua matlamat kita belum tercapai, sekurang-kurangnya Tuhan tahu kita benar-benar nak lakukan apa yang kita hajatkan.
- The 5 Secrets You Must Discover Before You Die by John IzzoApabila usia anda seperti saya (70-an), anda lebih kesal kerana tak berusaha atasi cabaran yang menghalang anda mencapai apa yang bermakna dalam hidup anda, berbanding anda telah mencubanya. Jadi berbuatlah sesuatu sekarang!
Ada benarnya kan? Yang penting, berniat yang baik-baik dan usaha semampu mungkin. Natijahnya kita serahkan pada Allah. InsyaAllah Allah akan membantu kita. Jom senyum! =)
0 comments:
Post a Comment