"Everyday is a brand new start"

17 June 2012

aku bukan siapa-siapa.



Sekarang musim EURO.Wow
Sekarang musim Final Exam. Huh
Eh.

“If any religion had the chance of ruling over England, nay Europe within the next hundred years, it could be Islam.” – George Bernard Shaw
--> that's why islam is a Hero! <--

Hohoo ini status saya yang terbaru.

Saya fikir apa yang berlaku kini adalah tanda-tanda Islam bakal naik dan kembali menguasai dunia. Tak mustahil bukan?

Kekejaman rejim Basyar terhadap umat islam di Syria seterusnya isu umat islam dibakar di sebuah perkampungan di Rohingya Myanmar. Mangsanya adalah umat islam!

Oh, sekarang juga hangat dengan pilihanraya di Mesir. (tak sabar pilihanraya di Malaysia pulak!)

Sedih. Tapi, inilah petunjuk Allah untuk umat islam lebih sedar dan cakna. Saya tak tahu kalau masih ada yang belum ketahuan isu-isu sebegini. Tak tahu atau malas nak ambil tahu.

Entah ada satu perasaan aneh di lubuk hati ini. Melihat wajah-wajah mereka yang syahid. Wajah anak-anak kecil yang sekarang mungkin sedang bermain-main di syurga. Subhanallah..

Saya kagum dengan mereka yang hebat memperjuangkan Islam. Mereka yang bersemangat dan lincah di medan dakwah dan tarbiyah. Kembali merenung diri. Apa yang telah dilakukan sepanjang hidup ini. Ya, untuk membolehkan diri ini memasuki salah satu pintu syurga..

Mungkin hanya.. kosong .. Allahu rabbi..!

Namun, saya ada membaca satu kisah. Kisah yang memberi sinar baru buat diri saya, barangkali antum juga. Kisah yang saya judulkan sebagai:  “aku bukan siapa-siapa”

Dia seorang wanita. Dikenali sebagai as Sauda’ kerana berkulit hitam. Beberapa kali Rasulullah melihatnya membersihkan debu-debu tanah di masjid. Baginda tidak menegur, tetapi hanya memerhatikan kesungguhannya dengan kudrat nya yang kian lemah tak bermaya.

Beberapa ketika, kelibat wanita itu tidak kelihatan. Baginda tercari-cari wanita itu, namun hampa. Lalu baginda bertanya seorang sahabat, dan rupa-rupanya;

Wanita itu telah meninggal dunia!

Baginda lantas berdoa untuknya dan bersabda:
“Kuburan ini menyelimuti orang di dalamnya dengan kegelapan, tetapi Allah menerangi mereka hasil  daripada doaku untuk mereka.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
-Kisah ini ditulis oleh Noraslina Jusin, zaujah ustaz Zaharuddin dalam bukunya “Cinta Tiga Rasa”.

Subhanallah! Dia bukan siapa-siapa tapi mendapat doa Rasulullah. Dia adalah hebat di sisi Allah. Hanya kerana pekerjaannya membersihkan debu-debu tanah di masjid.

Kita rasa kecil, tapi ganjarannya syurga!

Allah Maha Adil, kerana Dia menilai sesuatu amalan bukan berdasarkan kuantiti tapi pada kualiti hati dan jiwa pelakunya.

Apa yang kita ada dan mampu, kita gunakan di jalan Allah. Walaupun kelihatannya sebuah sumbangan  yang sangat kecil.

Ya,.. kita bukan siapa-siapa.

Tapi mana tahu kita boleh memiliki syurga!



yang sedang final exam semester 6;
Doakan.
BidadariQalby
Share:

Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories