"Everyday is a brand new start"

29 July 2011

that WORLD...our WORLD..

Bismillah..

Kekasih(Rasulullah SAW) memberitahu: “Ballighu anni walau aayah"

“Langsir tu macamana kita gantungkan? Mestila dari atas ke bawah kan? Barula nampak cantik…Macamtula hidup kita..kita perlu menyusun hidup kita sesuai dengan apa yg Allah suruh. Yang Allah tetapkan. Barula hidup ini nampak cantik…” -Mak cik La-

Bersyukur dengan hidup ini. Apa yang Allah aturkan. Bila bermuhasabah, subhanallah.. hebatnya kuasa Allah..!


Hampir 3 tahun saya dididik di “dunia” ini..

Terasa bagai mimpi berada di “dunia” ini.. setelah bertahun tahun berharap..Yup, like what Donald Trump has said; “When you think, think BIG and when you dream, dream BIG” This “WORLD” is a BIG dream what…

But, saya tahu 3 tahun belum cukup buat saya untuk benar2 menjadi sehebat mereka yang telah berjaya dalam “dunia” ini. Saya masih ingin belajar dari mereka..

As- syahid syeikh Dr Abdul Aziz Rantisi seorang doktor yang dididik dalam “dunia” ini menggunakan sepenuh kepakarannya untuk Islam. Hidupnya telah diinfaqkan untuk perjuangan agama sehingga imannya berbicara:

“Aku telah bersedia untuk kesyahidan.. Aku merindui syeikh Ahmad.. Perjuangan ini telah aku sediakan penjara dan darahku sebagai taruhan.."

As syahid Dr. Abdullah Azzam seorang anak Palestin juga berada dalam “dunia” ini. Semangatnya kian membara sehingga hidupnya tiada misi selain jihad. Akhirnya beliau menemui kesyahidan dengan senyuman.. Allah..

Saya ingin menuruti jejak mereka.. Mereka yang pernah berada di “dunia” yang sama dengan saya. Mereka yang benar-benar menghayati ayat cintaNya:

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar. ( Al-Hujurat: 15)

It is an unshakeable belief.

Saya tahu “dunia” ni bukanlah senang, boleh rehat banyak2, bak kata sifu2 dakwah; bukan “dunia” yang ditaburi bunga-bunga tapi.. kena lalu banyak benda susah, yang buat kita kadang-kadang rasa give up, tak mampu, lelah ..BUT..kan ke..

Syurga tu sememangnya dipagari dengan ketidaksenangan sampaikan malaikat jibril berkata: (ruj: Hadis riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ahmad)

‘Wahai Tuhanku, demi keperkasaan-Mu, sungguh aku khuatir tidak ada seorang pun akan memasukinya’

Kesusahan tu hakikatnya bukanlah bahan utama syurga tu, tapi hanya pagarnya sahaja. Cukuplah dengan keinginan nak masuk syurga yang indah itu menjadi bekal kekuatan untuk kita terus kuat menempuh ketidaksenangan tu untuk mencapai syurga yang hakiki. InsyaAllah..

*********************************

Dunia itu...

Dunia para nabi.

Dunia orang-orang asing.

Itulah.

Dunia TARBIYAH.










 Ya Allah...satukanlah hati-hati kami dalam perjuangan agamaMu..tsabatkanlah kami di jalanMu...Sampaikanlah kami kepada syurgaMu...Amin Ya Rabb....



Sebuah nasihat buat diri yang kerdil yang masih kena baaanyak belajar.
Salam Ramadhan 1432 H.
Segala salah dan silap harap dimaafi.

MujahidahMuda.
Share:

06 July 2011

Not easy as an ABC

Cuti-cuti Cinta 2

Omong hati

Hari-hari begitu pantas berlalu. Sedar tak sedar waktu cuti hanya tinggal lebih kurang 2 bulan. Sem 5 bakal menjelma, namun yang lebih menjadi kerisauan di hati ini ;

Bagaimana telah saya habiskan waktu-waktu cuti yang Allah berikan.


Menjadi pendidik anak-anak kecil dan dewasa menjadi pekerjaan sepanjang musim percutian. Harapan ummah yang sangat besar menggetarkan hati ini barangkali saya tak mampu untuk memegang amanah besar itu. Kerana dalam mendidik insan lain menjadi lebih baik dalam Al-Quran, saya juga seharusnya menjadi lebih dan lebih baik. Itulah yang paling dirisaukan sepanjang mengajari kalam Allah..

Bukan mudah..

Bulan seterusnya saya melakukan dua kerja dalam 1 hari. Saya bekerja di kedai milik jiran... Bekerja di situ menduga kesabaran saya melayan pelanggan yang bermacam ragam. Mengajar saya dalam mujahadah mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah. Menguji keikhlasan dan amanahnya saya. Alhamdulillah.. Allah turut menghadiahkan pengalaman dan mengajari saya banyak perkara sepanjang bekerja...(^_^)

Bukan mudah..


Saya berazam untuk memperbanyakkan bacaan pada musim cuti. Namun, belum berjaya sepenuhnya walaupun senarai buku yang perlu dibaca telah di ”list” dalam planner. Saya teringat pesanan ustazah; “ Kita perempuan ni,, masa muda2 ni lah kena banyak membaca sebab bila dah kerja, dah ada anak-anak nanti susah...” Kalimat sumber kekuatan. Jika anda banyak membaca. Sungguh, saya kagum dengan anda! Mabruk!

Bukan mudah…

Bukan mudah nak istiqamah beramal sepanjang cuti.

"Easier talking than done"

Cukuplah cerita cuti sampai di sini.

Mungkin ada sambungan, mungkin tidak lagi.





Peritiwa demi peristiwa.
Dalam hidup ini.
Sedang mengajari aku sesuatu.
jom BERSIH hati >_^


Share:

01 July 2011

Reflect.

Mencari keikhlasan diri.
Mencari hakikat diri.
Mencari hikmah Ilahi.
Mencari erti hidup ini.

Alhamdulillah..

Begitu cantik susunan Allah pada jalan hidup ini.

Speechless.

Tangan jadi tak pandai bicara lagi.



Hargailah hidup ini;
Sebelum diri dijemput Ilahi;

Share:

Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories