"Everyday is a brand new start"

08 December 2009

Mengolah atau Membiar???

5/12/2009

Malam semalam saya menyertai program dialog siswa/siswi. Baru saya tersedar betapa lalainya saya untuk mengambil tahu "hati" teman-teman yang belum dikenali.

Teringin benar mendengar suara hati mereka...

"Kami ni sedih dengan kaum lelaki. Kelas kami ramai lelaki tapi yang nak sertai persembahan boria tu 2 orang je..sebab apa? Mereka kata benda ni haram dan nak boikot. Akibatnya, kami yang perempuan ni kenala buat persembahan. Yela..benda ni kan wajib. Sebenarnya kami sangat malu. Kami perlukan lelaki di barisan hadapan sebagai benteng"

Saya menggiakan kata-katanya. Hakikatnya, saya turut bersedih..
Bukan marahkan Adam,
Tapi kasihankan Hawa..
Satu persoalan bermain di kotak fikiran saya...

Kenapa Tidak Mengolah???
Mengolah persembahan agar tidak melanggar syariat
Mengolah persembahan agar melindungi perempuan
Mengolah persembahan agar tidak melampau lampau
Bukankah lelaki adalah pemimpin kepada perempuan?

Wahai rijal..
Kenapa hanya membiar?
Kau kata kau pejuang..
Share:

06 December 2009

When Love is Calling…



Wahai pencinta Ilahi..
Cinta dan Mujahadah itu Satu
Cinta perlukan mujahadah
Mujahadah perlukan cinta
Jika tiada mujahadah maka cinta tersalah arah
Jika cinta tiada, mujahadah jadi lesu
Sejauh mana mujahadah penentu pemilik cinta
Lantas kuatkanlah mujahadahmu agar terbimbing cinta..

Duhai pencinta, tenangkan hatimu dengan ayat-ayat cinta-Nya..
Surah Al-Mukmin,ayat 55 bermaksud:
”.....Maka bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi...”

Liku-liku cinta terkadang bertemu syurga...Menikmati pertemuan indah dan abadi..Tapi tidak jarang bertemu neraka..Dalam pertarungan tiada berpantai...
-Rabiah al-Adawiyah-

Ya Allah....
Penuhkan cinta-Mu dalam qalbu kami...agar kami tidak lemas dalam cinta yang tidak halal untuk diri kami...



6/12/2009
Share:

16 November 2009

Bila giliran kita?


Semalam, saya mendapat sms daripada seorang ukhti tentang khabar kematian seorang teman di universiti saya.Berita begini terus menaikkan bulu roma saya.

Seminggu yang lepas, berlaku kematian ibu kepada salah seorang teman saya. Semoga ujian ini menjadikan dirinya lebih kuat...

Teringat perbualan yang berlaku antara saya dan seorang teman semalam..
"Macamana kalau salah seorang antara kita dijemput Allah dalam masa terdekat ni?"
Sengaja saya mahu melihat reaksi teman saya itu. Dia terdiam. Mungkin sedang memikirkan jawapan.
"Saya sendiri tak pasti apakah saya benar-benar kuat untuk menghadapinya"Kata saya. Sungguh, ada rasa sayu di dalam jiwa. Dalam hati, saya berharap jangan dia pergi dulu sebelum saya..

Melihat kepada kisah-kisah insan terpilih, sesungguhnya mati itu sangat dekat. Bahkan "terlalu" dekat. Namun, seperti kata seorang ustaz, sesuatu yang terlalu dekat biasanya sukar dilihat. Cuba kita rapatkan kedua-dua belah tangan ke mata.Rapat dan lebih rapat lagi..akhirnya pandangan kita terhadapnya akan menjadi terlalu samar.Kita tidak akan nampak apa-apa lagi.

Mudah mengatakan, "kalau mati cepat kan bagus,nanti bertambah banyak dosa yang dibuat kalau hidup lama"..."Harap sangat nak mati cepat.Orang baik kan mati cepat"
Imam Syafie meninggal dunia ketika berumur 51 atau 52 tahun.Imam Nawawi lebih muda daripada itu.
Allahyarham Ammar Zulkifli, seorang pelajar Malaysia yang masih muda belajar di Kaherah yang mana terlibat dalam kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawanya. Namanya terus segar di ingatan teman-teman bahkan juga oleh insan yang tidak pernah mengenali dirinya-termasuk saya. Semoga dia bukan sahaja dikasihi penduduk dunia tetapi juga penduduk langit.

Ingin cepat mati. "Baik" kah kita? Cukupkah amalan dan persiapan kita? Tepuk dada, tanya iman.Berdoa dan terus berdoa agar kita mati dalam husnul khatimah tidak kira cepat atau lambat.

Tunggu dulu!!! Hakikatnya,kita bukan saja perlu mempersiapkan diri kita untuk mati bahkan juga mempersiapkan diri kita untuk menerima kematian orang lain.Bukankah kita semua hak milik Allah???
Share:

Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories