"Everyday is a brand new start"

20 July 2012

Hooray!! Ramadhan is coming!!!





“Minggu depan dah Ramadhan. Kita start puasa. Seronok tak?”

“Seronok!” Jawab si kecil A dengan hepi nya.

“Hah B, seronok tak minggu depan nak puasa?”

Wajahnya masam mencuka. Menggeleng laju.

“Tak suka. Sebab tak boleh makan. Penat. Kite suka Hari Raya je..” (senyum)

Saya tak terkejut dengan jawapan si kecil B. Budak-budak…kalau puasa, asyik tidur, tengok jam, kira berapa jam lagi nak berbuka..haishhh no wonderlah, sebab orang dewasa pun ada jugaklah fi’il macam tu! 

Kita tak boleh paksa mereka tapi kita boleh ubah persepsi mereka pada Ramadhan.

Saya lihat anak-anak kecil sekarang;

Di masjid atau surau, malam pertama Ramadhan sudah terdengar letupan kuat. Oh, adakah Ramadhan disama ertikan dengan mercun-mercun dan bunga api. Itukah yang dinantikan oleh mereka dalam bulan Ramadhan?

Dan, ibu bapa mula mendoktrin anak-anak agar memakan makanan yang begitu banyak hari sebelum Ramadhan.

Mungkin juga itu salah satu cara mereka menyambut Ramadhan. Tapi, Ramadhan boleh  difahamkan bukan hanya tidak boleh makan dan minum, tapi lebih dari itu. Sampai Ramadhan akhirnya menjadi memori indah buat mereka. Ketibaannya dinanti-nanti. Mungkin saya salah. Mungkin saya betul. Ini cuma pndapat seorang saya.

Kata sis Wardina kepada anak beliau:

“Ramadhan is not only about not drinking and not eating but you want to be closer to Allah, you want to become a better muslim, that’s why you don’t do bad things .”

saya nak jaga mata, telinga dan mulut..Taknak buat jahat hihihi

Kena fahamkan anak-anak tentang Ramadhan, kenapa mereka kena berpuasa. Supaya mereka tak jadi muslim yang ikut-ikut. Apa yang saya dapat belajar dari sis Wardina:

‘Createkan program2 yang best untuk anak-anak special for Ramadhan.’

Selalukan bercerita tentang hikmah puasa dan apa2 yang  menarik pasal Ramadhan. Lebih kurang macam ni kot (ni dialog reka2 heh~):

“Mus'ab, best tau puasa, syaitan semua kena ikat. Mus'ab boleh kumpul pahala banyak2..kata nak jadi anak soleh, nak masuk syurga. Dalam syurga kan banyak mainan. hihi “

*******************************************

Kau tu belum kahwin lagi. Suka hati je cakap itu ini.

Ingat senang ke nak didik anak-anak cikMM oiiii! (*0*)

Uhuk-uhuk! Ehem… (^^’)

Saya suka belajar dari pengalaman orang lain, dari pemerhatian dan kajian yang saya lakukan sebelum saya benar-benar menempuhinya. Dan, saya mahu tulisan ini jadi peringatan dan pendorong untuk saya bila sampai masanya nanti. InsyaAllah.. ..(^^,)



Di Ramadhan ini,
Sampaikanlah aku kepada hakikatnya…
Agar aku mampu menjadi antara pencari-pencari cintaMu yang tegar,
Ya Allah, berilah kekuatan agar aku mampu mencapai taqwa kepadaMu…
Amin Ya Rabb!


By;

BidadariQalby
Share:

15 July 2012

Buatmu Mawar : hargai detik-detik indah Ramadhanmu



Ramadhan is just around the corner!!

Saya yakin ramai yang sedang buat persiapan untuk menyambut ketibaan Ramadhan. Supaya puasa kali ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, bukan sekadar mengelakkan diri dari perkara yang menimbulkan dosa. Tapi puasa yang mencapai erti sebenar Ramadhan; TAQWA.

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah:183)

Bulan Ramadhan bulan menambah kantung pahala dengan amalan yang digandakan ganjarannya. Subhanallah. Alhamdulillah.

Ehhh,,,, erm. Jangan sedih-sedih.. =(

Saya akui ramai antara kaum Hawa yang bersedih apabila datang waktu haid di bulan Ramadhan. Hilang peluang berpuasa dan bertarawih. Terutamanya apabila tepat mengena di sepuluh akhir Ramadhan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kebiasaan tempoh haidnya begitu lama.

Sehingga timbul rasa cemburu, sedih dan rindu.

Duhai Hawa sayang, inilah yang dikatakan fitrah. Juga tanda cinta Allah pada kita.

Lumrah. Saidatina Aisyah juga pernah mengalirkan air mata kerana didatangi haid ketika menunaikan haji. Lalu kata suami tercinta, Rasulullah saw:

“Ini adalah suatu yang ditetapkan Allah ke atas anak-anak perempuan Adam, maka tunaikanlah apa yang ditunaikan oleh orang yang melakukan haji kecuali janganlah kamu bertawaf di Baitullah sehinggalah kamu telah mandi (suci dari haid)”. (Riwayat Muslim)

“Kebiasaan datang haid setiap bulan di sisi ALLAH memiliki hikmah yang amat banyak jika kita mengetahuinya. Hikmah yang dimaksudkan adalah bahawa kebiasaan datang haid ini termasuk rutin yang normal, di mana haid ini terjadi bertujuan mencegah wanita dari pelbagai bahaya yang dapat memudaratkan dirinya.”

- Syeikh Muhammad bin Salih Al ‘Utsaimin rahimahullah-

Kita tak sedar mungkin, ada “suatu perasaan gembira yang Allah hadiahkan” untuk kita-kita aje  ; yakni perasaan gembira seorang muslimah kerana dapat mengerjakan ibadah selepas tamat tempoh haid. Perasaan ini hanya wanita yang tahu kerana sememangnya Allah telah mengkhususkan ia untuk wanita. Alhamdulillah!



Ibadah bukan hanya solat dan puasa. Tapi berbuka puasa disebabkan haid juga adalah ibadah, kerana Allah lah yang memerintahkan kita untuk tidak berpuasa. (^^)

Jangan lupa untuk menolong menyediakan makanan untuk orang berbuka, Yup! exactly peranan kita sangat penting sebagai tukang merasa makanan kan..hehe~  Bayangkan haid 7 hari, setiap hari sediakan untuk 3 org berbuka, maka kita akan dapat pahala puasa 21 hari. Untung tak? Perlu diingat, makanan yang disediakan adalah sekurang2nya sebiji kurma dan segelas air pun dah memadai.

Nabi s.a.w. telah bersabda (maksudnya):"Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu)." (HR Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaimah)


Selain itu, jika kebiasaannya kita beristighfar 70 kali setiap hari di bulan Ramadhan, di waktu haid kita tambahlah bilangan itu termasuk zikir-zikir lain.

Kita mungkin punya tenaga lebih sedikit dari orang yang berpuasa. Jadi, try so hard untuk ringan-ringankan tulang membantu kerja rumah lebih-lebih lagi kerja berat. Semoga tenaga yang kita sumbangkan turut menjadi sadaqah di bulan Ramadhan.

Sama-samalah kita banyakkan mendengar bacaan Al-Quran, ceramah serta membaca  bahan-bahan bermanfaat melalui buku-buku atau blog. Jika mampu, sebelum Ramadhan kita telahpun sediakan list target buku yang akan dihabiskan sepanjang Ramadhan.

Sedikit tambahan dari status fb seorang sahabat (Allah yubarik lahu):
Bagi Muslimah, di mana pada masa-masa tertentu mereka tidak boleh membaca al-Quran, mereka boleh;
a. Tolak hari yang uzur daripada tarikh berpuasa (berdasarkan tempoh hari yang biasa dilalui)
b. Bahagikan tarikh yang tidak uzur dengan bilangan juzuk dalam al-Quran
Biasanya, saya akan memulakan bacaan Al-Quran beberapa hari sebelum Ramadhan, bimbang tak bisa dikhatamkan dan hilang nikmat tadabbur ayatnya. =)

Sama-sama kita cuba amalkan, agar Ramadhan tak berlalu sia-sia..0_^

Akhir qalam,

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:“Sekiranya seorang hamba muslim sakit atau bermusafir, (tetap) ditulis baginya apa yang dahulunya dia lakukan ketika dia sihat dan bermukim.”(Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi).


Maka, barangsiapa yang terpaksa meninggalkan suatu amal ibadah disebabkan halangan yang syar’ie, Allah Yang Maha Pemurah akan tetap memberikan kita ganjaran sepertimana kita melakukannya.

Jangan sedih-sedih duhai Hawa, kita mampu mengubahnya! Hikhik~
Insya Allah…

By Hawa to Hawa,
BidadariQalby


Rujukan:
Ustazah maznah Daud

Share:

07 July 2012

searching, not waiting...




Bismillah..

Saya akui cuti kali ini saya update blog dengan cepatnya. Saya sendiri terkejut. 

Saya quote kata-kata Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man;

Org yang beriman akan berasa resah, penat dan bersalah, kerana jiwa mereka tidak tenteram - sebabnya hanya satu - kerana jiwanya terasa amat sedih kerana tuannya telah membazirkan masa yg tidak ternilai harganya kurniaan Allah di dunia ini.

Jangan duduk tanpa melakukan sesuatu berfaedah.

Jika anda tiada kerja berfaedah waktu ini, bangun dan baca Quran, baca apa-apa buku, berzikir, menulis, membersihkan rumah dan buatlah apa sahaja yg boleh menjauhkan diri kita drpd termenung dan kebosanan.

Saya sedang cuba melatih diri. Oleh sebab tiada kekosongan kerja di tadika, saya kembali menyambung tugasan biasa setiap kali cuti. Mendidik anak2 kecil di sini mengaji Quran. Seronok sangat sebenarnya.. ^_^

“Manusia itu ibarat logam. Barangsiapa yang bagus di waktu jahiliyah, pasti akan bagus juga di waktu dia islam, sekiranya dia seorang yang faham (akan agamanya)”-HR Muslim, Tirmizi & Ahmad-

Pernah dengar hadis ni? Ini hadis faveret saya sejak saya menerima Isk suatu masa dulu.


Setiap manusia pasti memiliki potensi. Jika tidak digunakan untuk Islam, pasti akan digunakan untuk selain Islam. Hebatnya dalam jahiliyah, pasti hebat juga dalam Islam jika dia faham. Lihat saja Umar!

Saya kagum dengan mereka. Penghijrahan mereka bukan biasa2 tapi luar biasa. Mereka sedang melaksanakan tugas mereka selaku khalifah di muka bumi. Menyeru manusia kepada islam dengan ilmu yang ada bersandarkan hadis nabi:


“Sampaikan dariku walaupun satu ayat” (HR Bukhari)

Bayangkan boleh jadi akan bertambah orang yang mengamalkan islam kerana pengaruh mereka. Inilah yang dinamakan logam-logam islam!

Sham said: "Saya bukan ustat,... saya baru nak start!. Saya berumur 36 tahun, all 35 years is lagha..”

Dr Hafidzi’s respond: “No! all 35 years of your life has not gone to waste, ALLAH is preparing you to take on the youth and bring them on the path of goodness. Alhamdulillah!”

Hidayah itu kata Mufti Ismail menk, perlu dicari dengan penuh kesungguhan. “Those who struggle in Allah’s way, the doors  of Allah will open in their way”

Dan kesungguhan bukan hanya untuk orang yang baru berhijrah. Tapi, untuk kita yang  sudah faham islam. Kerana hidayah itu hak mutlak Allah dan satu anugerah. Boleh ditarik bila2 masa apabila kita sudah mula mengabaikannya.


Setelah mendengar forum perdana semalam;
Sangat menarik, sekitar isu semasa dan politik,
Terasa ingin meneliti kelemahan majlis fatwa di Malaysia,
InsyaAllah..
Doakan saya;
BidadariQalby
Share:

05 July 2012

kisah a scriptwriter


BidadariQalby waktu blank. haha
Waa..cepat kan BidadariQalby update blog! Baru je update “Nahnu fata” beberapa hari lalu.huu~

Saya sudah janji untuk menulis tentang “a scriptwriter”..is she, me?

"A scriptwriter" muncul setelah mengikuti forum ustaz Hasrizal dan Hilal Asyraf di KUIS sebelum pulang bercuti. (boleh rujuk web saifulislam.com)

Sebenarnya, saya tak layak pun nak jadi “a scriptwriter”. Cuma rasa terpanggil selepas mendapat galakan daripada seorang sahabat..

“Siapa lagi yang diharapkan untuk terlibat dalam bidang media kalau bukan orang yang faham syariah, tapi pastikan kita patuh pada peraturan media”



“Perjuangkan media yang patuh syariah” Tambah ustaz lagi.

Erk! Saya tertelan air liur. Menilai diri sendiri.

“Awak boleh bukak blog saya tapi jangan baca apa saya tulis”  Ehh? Ada pulak?

“Jangan tulis link blog saya kat fb.hehe”  Lorr?

Sifat malu sebegini sangat tidak bertempat. Hoho..saya kena berubah sebenarnya and I need support too. Obviously, this is my weakness. Yup!

Seingat saya zaman kanak2 saya pernah tulis beberapa  cerpen yang saya kumpul dalam satu buku. Yang menjadi pembaca setia ialah adik saya.

Saya pernah bercadang untuk mengumpul puisi2 saya dalam satu buku juga. Buat koleksi peribadi. Tapi, kerana kesibukan saya hampir terlupa dan akhirnya dibiarkan.

Saya pernah mempunyai 3 buah diari yang saya tulis sejak darjah 6. Jadi seronok membacanya bila sudah meningkat dewasa..hihi~

Namun, dengan kecanggihan teknologi kini, saya hanya menulis di lappy terchenta..^^

Dan, blog ini juga dipublishkan setelah blog pertama saya nursrikandislam. Tapi, saya tidak meluaskan linknya di fb dan di mana2..siapa yang singgah, jemputlah baca.. Kalau tak mahu, doakan saja untuk penulisnya.. (^_<)

Sehingga kini, saya suka menulis. Biarpun pembacanya hanya beberapa orang. Kerana melalui penulisanlah saya lebih mudah sampaikan apa yang saya tahu, apa yang saya lalui, atau lebih utamanya untuk menyebarkan kebaikan…

Alhamdulillah… untung kita hari ini, ada kecanggihan teknologi yang membantu kita sampaikan peringatan.

"Berilah peringatan kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman" (Surah az-Zariyat:55)

Lalu, apa yang menggerakkan para sahabat untuk berdakwah suatu masa dulu dengan keterbatasan yang ada?

Exactly, burning desire. Dengan segala keterbatasan, yang menggerakkan mereka adalah IMAN. Kata sahabat: “kami adalah kaum yang didatangkan iman baru Al-Quran”

Semoga iman bisa menggerakkan saya untuk terus menulis kebenaran.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami untuk menyeru manusia kepadaMU.


Menulis ini bagus untuk terapi hati dan minda. Andai ada peristiwa penting menjelma, rugilah jika tidak catat di mana-mana.


Kisah seorang cik specky;
BidadariQalby
Share:

Nahnu fata

~kita mampu mengubah dunia~
Bismillah...

Sebenarnya saya takut nak menulis. Sebab saya banyak sangat kelemahan.

Tapi, saya dah janji dengan sahabat saya untuk menulis. Dan, ada sahabat saya yang menggalakkan saya jadi scriptwriter (eh? Heh)

Jadi, insyaAllah saya mahu berkongsi. Moga Allah redha.

Nah, perhatikan dua ayat di bawah:

“Mereka berkata, “kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim” (Al-Anbiya’:60)
“Kami kisahkan kepada kamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk” (Al-kahfi:13)
Apakah persamaan antara keduanya?

Congratz..! betulla tu.. mereka adalah PEMUDA (fata).

Kenapa dengan pemuda? Wohoo~ di sana sini tazkirah, ceramah, forum, semua duk sibuk berbicara soal pemuda.

Tau tak kenapa Andalusia boleh runtuh setelah 800 tahun didiami kaum muslimin?

Tak lain tak bukan kerana lemahnya para pemuda pada zaman kejatuhan Andalusia. Setelah orang-orang Portugal berjaya mengotori pemahaman para pemuda sehingga mereka asyik berbalah-balahan, fokus kepada hal remeh temeh, kurang  berbicara soal jihad dan perjuangan. Akhirnya mereka dapat mengusir kaum muslimin hanya dalam masa dua atau tiga bulan sahaja.

Lihat, bagaimana runtuhnya sebuah kerajaan hebat hasil keruntuhan jiwa para pemuda.

Dan, kita adalah antara PEMUDA di zaman ini. (dushh )

Wahai dunia, teruskanlah berbicara soal pemuda agar kami tidak lupa pada peranan kami.

Ustaz Hasrizal beri kerja paling mudah untuk pemuda:

Hidupkan bia’h islam di facebook. Setiap yang kita update, biar ada nilai.

Jaga akhlak. Dengan akhlak boleh menyampaikan seseorang kepada islam.

Kata Amru Khalid: " Waktu tidak hanya  akan menjadi milik kita sahaja. Waktu merupakan milik umat yang mengharapkan pertolongan anda"
Cintai ilmu. Banyakkan membaca kerana membaca nafas pengetahuan. Tau tak, dalam Al-Quran ada sebut perkataan al-'ilm sebanyak 375 kali! 

“Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” (Ar-Ra’d:11)

Allahurabbi… beratnya tugas kita!

WAHAI PARA PEMUDA GENERASI PENERUS MUHAMMAD, CIPTAKAN PERUBAHAN, TANAMKAN HARAPAN DAN BERITA GEMBIRA DALAM DIRI KALIAN. MESKIPUN KENYATAAN YANG KALIAN HADAPI JAUH DARI HARAPAN, YAKINLAH BAHAWA HARAPAN ITU ADA, DAN AKAN SEGERA DATANG.

That’s why uncle Panda said:" There’s no secret ingredient, you just have to believe!"

Percaya pada Allah. Percaya pada diri sendiri. Maka kamu akan berjaya.



 -Semoga kita sama2 dapat berusaha mengamalkan, kerana kita adalah PEMUDA! 

-Tulisan saya di atas hasil pembacaan buku “Quantum Change” oleh  Amru Khalid dan perkongsian "Forum Sinergi Khalifah" oleh saifulislam.com.


Saya teringin bercerita kisah “a scriptwriter”
InsyaAllah akan cuba ditulis, ^^
Allahumma balighna Ramadhan~
BidadariQalby
Share:

Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories