"Everyday is a brand new start"

21 February 2010

Kasih ‘dia’ untuk Hawa….


Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah. (Riwayat Muslim)

Ada yang tersenyum..
Teruslah tersenyum dan realiti kan mimpimu
Mimpimu menjadi sebaik perhiasan dunia…





BANGGA SEBAGAI HAWA…

Semakin lama semakin ramai kaum hawa memenuhi kerusi di bilik kuliah setiap universiti. Malah, apa sahaja program yang saya sertai pasti majoritinya kaum hawa…-itu sebabnya saya harus pantas merebut tempat =) hehe..
Teringat saya sewaktu menjadi urusetia dan berdasarkan pemerhatian saya mengikuti beberapa program, kerusi di bahagian wanita la budda disediakan lebih banyak berbanding kaum lelaki.
Hati saya berkata…Muslimat memang power!

“Anugerah Pelajar Cemerlang.” Gembira dengan anugerah yang sering berpihak kepada si hawa. Masih tergambar jelas di ingatan ini wajah-wajah si hawa yang muncul sebagai pelajar cemerlang di dada-dada akhbar. Bukan merendahkan si adam. Tapi, mengingatkan hikmahnya agar kaum adam lebih berusaha membangun diri...Menjadi pemimpin kepada perhiasan duniawi…

Wanita-wanita di luar sana pula, semakin ramai yang maju dalam pelbagai bidang….hak-hak wanita sering dijaga…kerana dirimu, begitu berharga duhai hawa!



…………………………….******************************………………………………

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live


Baru tersedar barangkali
Usah terus berbangga sementara lupa pada yang memula…
Mari mengingati kembali..’dia’ yang memula..

Seluruh wanita di seluruh dunia ketika itu berada dalam posisi sebagai budak dan dianggap sebagai barang yang boleh dimiliki. Ah, saat itu para suami sesuka hati menjual isterinya apabila mereka kalah berjudi kerana mereka menganggap hal tersebut adalah merupakan hak suami. SEBAB?
Tidak ada hukum yang melindungi wanita.
Dalam hal pendidikan anak-anak, para ibu tidak memiliki hak terhadap anak-anak mereka. Pendek kata, wanita tidak memiliki hak apapun terhadap rumah tangga. Sungguh hina kau wanita di sisi mereka.. Mereka sampai membunuh bayi perempuan kerana pandangan mereka yang amat rendah kepada kaum wanita, sehingga lahirnya seorang bayi perempuan dianggap akan membawa beban aib kepada keluarga.

Lalu ‘dia’ hadir membawa rahmat buat seluruh umat….



Melalui perintah Baginda , wanita dibebaskan dari perbudakan yang telah menjadi satu dengan kehidupan mereka selama ribuan tahun, dimana mereka dipaksa menerimanya. Wanita dapat memiliki hak terhadap hartanya sebagaimana lelaki. Seorang suami tidak “memiliki” isterinya sebagai harta. Ia tidak boleh menjualnya, atau memaksanya dalam pekerjaan rumah tangga.

Lembutnya dirimu kepada wanita duhai Rasulullah..
Rasul pernah ditanya : "Wahai Rasulullah! Suami dan isteri yang paling baik itu bagaimana? Rasul menjawab : "Suami yang paling baik adalah suami yang sikap dan ucapannya selalu lembut terhadap isterinya, tidak pernah bicara kasar, tidak pernah bersikap kasar, tidak pernah menyakiti perasaan isterinya, tetap menghormati dan menghargai isterinya.

Diriwayatkan bahawa beliau berkeliling kota Makkah setelah pembebasan kaum wanita, lalu berpidato dengan mengucapkan puji syukur kepada Allah, dan bersabda,
"Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah membebaskan kamu sekalian dari sikap tercela Jahiliah. Wahai sekalian manusia, manusia itu hanya dua macam: yang beriman dan bertaqwa serta mulia pada Allah, dan yang jahat dan sengsara serta hina pada Allah,"

Sehinggalah beberapa saat sebelum Baginda wafat, Baginda masih membela wanita. Baginda sempat berpesan: "Aku titipkan nasib kaum wanita kepadamu". Diulangnya tiga kali. Kerana kaum wanita itu kedudukannya serba lemah.

Terjawabkah siapa yang memula? Dia Nabi kita Muhammad SAW…
…………………………………………*****************………………………………….

MALU SEBAGAI HAWA...


Manusia itu bersifat lupa. Benarlah, kita sering lupa pada pengorbanan Rasulullah dan kasih sayang Baginda terhadap wanita. Lihatlah dunia kini, zina berleluasa oleh kaum wanita. Aurat tidak dijaga bahkan sunnah Rasul dilupakan. Semakin hari semakin ramai yang galak menyanyi dan menari di pentas dunia. Seronok dengan kebebasan yang disalah guna. Pelakon dan penyanyi diagungkan kononnya mereka kelihatan begitu sempurna di mata mereka. Samalah juga dengan kekasih pujaan yang dicintai melebihi segalanya. Setelah itu butalah mata mereka daripada melihat kebaikan dan keistimewaan kekasih Allah tercinta. Persoalannya, masihkah wujud tempat Rasulullah di hati kita? Maka layakkah kita mendapat syafaatnya? .........................

Dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Neraka diperlihatkan kepadaku. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Lalu, syurga diperlihatkan kepadaku, dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah orang-orang fakir.” (HR. Ahmad)

Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah
Ayuh..teruskan bibirmu berselawat!

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One..

~Bersama Menghayati Pengorbanan Rasulullah~
Salam Maulidur Rasul 1431 H
Share:

06 February 2010

Maka Bertasbihlah Cinta....




Haram haramkah aku
Bila aku terus menantinya
******************************
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin…


Alhamdulillah…bersyukur dengan kelahiran filem Ketika Cinta Bertasbih yang kini menjadi kegemaran masyarakat. Tak dinafikan saya juga seperti mereka. Kedua-dua novelnya berjaya saya khatamkan 2 tahun yang lepas. Tanpa disangka, cerita itu difilemkan. Gembira tak terkira dan sememangnya itulah impian saya..untuk melihat terjemahan karya Habiburrahman Al Shirazy dalam bentuk lakonan..Insya-Allah, filem ini memberi gambaran jelas bahawasanya,
ISLAM ITU SANGAT INDAH!!!

Karakter utama yang sangat saya kagumi, Khairul Azzam. Bagaimana dia berusaha mencari rezeki untuk keluarganya sehingga terpaksa berada di Mesir selama 9 tahun. Sekembalinya dari Mesir, dia hanya bekerja sebagai pemandu. Tertarik saya dengan kata-katanya, “Semua harus dari bawah”. Jawapan yang biasa dituturkan oleh orang-orang hebat! Sebagai mahasiswa, dia tidak hanya mendalami ilmu agama tetapi juga mempelajari tentang pengurusan perniagaan bakso. Atas kemahiran yang diaplikasikan dengan baik serta akal bijak yang dianugrahkan Allah, akhirnya terbuktilah janji-Nya dengan berjayanya seorang Azzam dengan bakso cintanya!

Benarlah, di sebalik kehebatan seorang lelaki pasti ada wanita di sebaliknya. Dan wanita itu adalah ibunya! Saya boleh menyimpulkan bahawa Azzam seorang anak yang taat kepada ibunya. Ibu yang banyak menasihatinya dalam banyak perkara sehinggalah kepada pemilihan calon isteri yang terbaik. Pengorbanan seorang ibu dapat dilihat dari awal malah saat berakhir nyawanya juga dalam keadaan untuk membantu anaknya..Subhanallah!


Walaupun umurnya masih di belasan tahun, tetapi diberi kepercayaan oleh guru-gurunya untuk memberi fatwa. Apabila Imam Syafie berceramah ataupun mengajar ilmu agama, ramai ahli bahasa dan penyair yang terkemuka menghadirinya kerana bahasa yang diucapkannya adalah bahasa yang baik. Lidahnya fasih menuturkan kata-kata. Tidak ramai ulama yang mempunyai kelebihan seperti itu.


“Anakku, kamu adalah mata-mata rantai Islam” Kata Imam Malik kepada Imam Syafie.


Dapatkah ibrahnya? Sebagai pelajar agama sungguh penting untuk kita bersiap menabur bakti kepada ummah. Begitulah pesanan Kiai Lutfi kepada Azzam apabila diminta pertolongan untuk mengajar kitab Al-Hikam padahal Azzam belumpun mampu mengkhatamkan kitab tersebut. Pengajaran penting buat dia dan kita. Dia dan kita adalah sama. Lihatlah hebatnya Imam Syafie di usia muda. Wahai mata-mata rantai Islam, bersiaplah semaksima mungkin..UMMAH MENANTI KITA!


Aku tetap ingin dirimu

Tak mungkin hatiku berdusta..


Mungkin begini kata hati Furqan. Sungguh Allah tidak menzalimi hamba-Nya..Dan kita juga tidak boleh menzalimi manusia..Bertindak ikut rasa akan binasa. Berfikir sebelum bertindak. Bukan untuk jangka masa pendek tetapi juga untuk masa yang masih jauh untuk tiba. Inilah kelemahan Furqan. Namun, tarbiyah agama mendidiknya untuk bersifat rasional. Bukan mengikut nafsu semata-mata. Ya, Furqan lelaki baik.

Jangan melihat Anna Althafunnisa terlalu sempurna. Setiap manusia punya kelemahan masing-masing. Dia tidak mampu mengawal emosinya dengan baik sehingga tidak ingin mendengar penjelasan suaminya setelah mengetahui kebenaran. Perempuan punya 9 nafsu, kendalikan nafsumu baik-baik duhai Hawa!


Haram haramkah aku bila hatiku jatuh cinta… 

Tuhan pegangi hatiku biar aku tak jadi melanggar…


Mencintai tak bermakna memiliki. Sifat redha Azzam ketara pada saat pertunangan dan perkahwinan Anna walaupun hakikatnya dia menyukai Anna. Bukannya dibenci malah didoakan temannya. Benar, redha itu penawar. Penawar manis daripada Allah.

Anna juga sama. Biarpun mencintai Azzam dalam diam, bila sudah terlafaz akad nikah maka hatinya hanya diberi untuk yang hak. Suaminya Furqan. Dia wanita yang solehah, ingin terus mencintai dan membahagiakan suaminya. Amanah buat seorang isteri..

Sabda Nabi SAW bermaksud, “Kebahagiaan manusia itu terletak kepada 3 perkara, dan kesengsaraanya terletak kepada 3 perkara pula. Antara kebahagiaanya ialah memiliki isteri yang solehah”

Kriteria utama untuk calon isteri Abdullah Khairul Azzam. Pada agamanya. Bukannya kecantikan dan kekayaan yang sering menjadi idaman kaum lelaki. Itulah sebabnya hanya soleh bisa mendapat solehah!

Maksud sabda Nabi SAW, “Jika seseorang hamba menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal”

Begitulah Azzam dan Anna. Mereka akhirnya bertemu pemilik cinta yang sebenar dan Allah tak mungkin memungkiri janji-Nya. Biarpun hanya mampu memendam di hati tanpa suara. Kerana tak mahu melanggar peraturan cinta..Allah telahpun menentukan jodoh yang tiba saatnya akan datang. Bermujahadah itu indah, indah itu hadir bila meletakkan Allah sebagai prioriti. Di mata orang pahit, di hati kita sangat manis..

Kebesaran pencipta akhirnya menemukan dengan yang dicinta….Justeru, bercintalah dengan Yang Maha Mencipta!! -senyum-


Aku hanya ingin cinta yang halal

Di mata dunia juga akhirat..

Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia untuk atasi zina..

Ketika Cinta Bertasbih Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…
Share:

Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories