"Everyday is a brand new start"

10 September 2010

Kerana iman bersuara...



Assalamualaikum kawan-kawan...
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri..
Mohon maaf zahir dan batin..

“kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran” ( Al-Asr: 3)

Sayu mendengar takbir raya berkumandang. Namun bercampur kesyukuran yang teramat kerana masih diberikan peluang dan nikmat bernafas di muka bumi Allah ini. Melihat berduyun-duyun umat islam bersolat hari raya berjemaah mengundang rasa bahagia dalam jiwa ini.

Tersentak. Paha saya ditepuk seseorang. “Tertidurkah aku??Rasanya tidak..” Mak cik di sebelah menunjukkan ke arah kanan. “Tengok tu..hmm kenapalah malas sangat diorang ni nak ke depan, penuhkan saf depan,” Saya menggiakan.

Apa yang mak cik rasa saya pun rasa. Itulah yang menyedihkan saya setiap kali berjemaah di masjid atau surau. Ramai dalam kalangan umat islam belum tahu peri pentingnya merapatkan dan memenuhi saf. Sikap “sejadah ini aku punya. Aku tak mahu ke tepi” , “malas nye nak ke depan. Biar orang lain sajalah..” dan “panaslah rapat-rapat..” membuatkan saf-saf terputus. Bercerai. Sedih sekali…

“Jemaah sekalian, solatlah seolah-olah ini solat kita yang terakhir dan anggap setelah solat ini kita akan mati dan bertemu dengan Allah swt. Tolong safnya diluruskan dan dirapatkan…”
[ kata Ust Ilyas dalam sinetron KCB. Antara scene yang menarik hati saya! (n_n) ]

Mengingatkan saya pada Rasulullah saw yang sentiasa mengingatkan sebelum solat agar saf diluruskan bahkan Rasulullah saw tidak pernah memulakan solatnya hingga semua saf benar-benar rapi. Kenapa ya??



Nah, "Innallaaha yuhibu" nampak jelas bahwa Allah benar-benar mencintai barisan yang mantap.

Imam Al Qurthubi meriwayatkan bahwa ayat di atas turun ketika para sahabat bertanya :

Seandainya kami tahu amal yang paling Allah cintai niscaya kami akan melakukannya lalu turunlah ayat di atas.

Oh, Allah paling cinta! Takkan tak mahu dicintai Allah kot….

Yup, ayat ni tentang masalah barisan perang tapi dasarnya semua barisan sama termasuk barisan dalam solat. Sesetengah orang mungkin melihat ini masalah kecil. Tapi dari ketidakrapatan saf ini justeru akan menyebabkan ketidaksatuan ummah dan kerapuhan perpaduan umat islam masa kini.

Masalah ini perlu diatasi demi kemaslahatan ummah. Di pihak muslimin terutamanya perlu berpesan-pesan seperti Rasulullah sebelum menunaikan solat. Tak lupa di pihak muslimat. Solusi pelbagai.
Ayuh, jom aktifkan mindamu!



Aidilfitri Di Bumi Darul iman;
~CikMujahidahMuda~
Share:

04 September 2010

Derap-derap Ukhuwah...


Ralit sungguh si budak A itu memerhatikan budak B yang sedang asyik mewarna. Budak B tersedar.

“Siapa nama awak?”

“Mohd Khairuddin”

“Ooo”

Sekelip mata, mereka menjadi teman.

Peristiwa di masjid itu membuat saya malu dengan diri sendiri. Seorang budak yang belum pun memahami hakikat ukhuwah telah mendahului saya melaksanakan sunnah Rasulullah.

Rasulullah saw. bersabda,

"Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke dalam rumah temannya, lalu disuguhkan kepadanya makanan, ia tidak mahu memakannya; dan seorang laki-laki yang bersama-sama dengan laki-laki lain dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya." (HR. Ad-Dailami)

*******************************************************

Si kecil itu hanya memerhatikan kami sambil tersenyum. Saya membalas senyumannya.

“Adik buat apa dengan kawan-kawan kat surau ni?”

“Kami selalu berkumpul kat sini kak..”

[Biasalah..budak2 kalau dah jumpa tempat luas macam ni, main kejar2 la jawabnye…(n_n) ] fikir saya.

“Kami gotong-royong bersih surau kak..ada masa free kami baca yasin sama2”

Termalu dengan zhon sendiri.

Menisbahkan pada diri ini. Terkebelakang lagi kali ini.Dalam bersahabat kerana Ilahi.

Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para Nabi dan syuhada’, tetapi para Nabi dan Syuhada’ iri hati pada mereka. “Ketika ditanya oleh para sahabat, Rosulullah saw menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah, dan saling kunjung karena Allah“. (HR. Tirmidzi).

Oh indahnya bersahabat kerana Allah!


Perjalanan kita begitu jauh
Bertemu duri-duri di setiap perhentian
Namun itulah yang perlu ditempuhi
Demi mengejar sinar di hujung destinasi

Barangkali kita terlupa
Di setiap perhentian dihadiahkanNya teman
Hadirnya diiringi kalimat-kalimat indah
Menjadi penyejuk penenenang di hati
Bisa menguatkan langkah perjalanan bertemu rabbi

Wahai teman,
Aku mencintaimu
Mencintaimu kerana Ilahi…


Pernah suatu ketika seorang sahabat Rasulullah SAW menyatakan rasa cintanya kepada baginda. Kali pertama dia menyatakan cintanya, Rasulullah diam. Kali kedua, Rasulullah juga diam. Kali ketiga, baginda masih diam. Kemudian barulah Rasulullah SAW menyatakan bahawa jika sahabat itu benar-benar mencintainya, bersedialah menghadapi ujian dan cabaran.

Aku mengerti,
Yang terlafaz belum tentu terpatri
Dan cinta kita itu pasti diuji
Namun kan kuterus bisikkan doa rabithah hati
Moga kukuh dan utuh penyatuan cinta kita
Demi Ilahi....


                 [Ku tuju khas buat teman-teman yang mengenaliku…jzkllh untuk segalanya..]
 [kondisi kini: Merindui ahli-ahli bait! (*_*)]
Share:

Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories