Sabda Rasulullah SAW : "Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika ia mendapat kesenangan ia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika ditimpa kesusahan ia bersabar, itu juga adalah kebaikan."
(Hadis Riwayat Imam Muslim).
6 Oktober 2012 , saya mendapat panggilan telefon ketika sedang berprogram. Suara tangisan kedengaran. Dan, itu suara mak saya! Innalillahi wainna ilaihi rajiun...
Keluarga kami ditimpa musibah. Hujan batu dan ribut kuat melanda di sekitar kawasan tempat tinggal kami. Kesannya, atap rumah kami runtuh. Air mula memasuki bilik2 termasuk bilik saya. Atap2 dari kawasan pembinaan rumah bersebelahan rumah saya terbang masuk ke kawasan pagar rumah kami. Allah...
Sukar nak digambarkan perasaan menerima berita itu. Mak dah sedih, takkanlah anaknya nak menambahkan kesedihan.
"Mak, kita terima dengan redha ujian ni. Semuanya milik Allah. Dia mahu membersihkan rezeki kita. Yang pasti, Dia akan menggantikan dengan yang lebih baik"
Alhamdulillah...mak sedikit lega.
Bahagian tepi rumah
Syukur. Allah membantu kami sekeluarga. Segala pembaikian tak perlu dibayar. Malah, kami dapat atap baru yg lebih baik! Alhamdulillah...
27 Disember 2012, saya menerima sms dari adik saya.
Kali ini, rumah kami ditenggelami air kerana hujan lebat. Banjir. Inilah kali pertama banjir berlaku di kawasan ini. Kami menerima ujian lagi.
Kami sudah belajar erti redha. Dan, saya redha. Saya harap keluarga saya juga redha. Husnu zhon dengan Allah, kan lebih baik....
Kawasan depan rumah
Kawasan belakang
Saya rasa agak terkilan tak dapat bersama keluarga untuk membantu. Dari jauh, saya doakan Allah menjaga keluarga saya. Saya yakin Allah Penjaga yang terbaik.
Allah menguji keluarga saya, agar kami lebih dekat denganNya. Agar kami belajar untuk sabar dan redha. Agar kami menjadi hamba Allah yang lebih baik.
Jangan cari kesalahan, tapi cari hikmah. Maka, kita akan jumpa sifat penyayang Allah di dalamnya.
Bila duduk di masjid, hati rasa tenang sangat..Subhanallah.
Masjid.
Tujuan asal
masjid adalah tempat beribadah dan zikrullah.
Masjid
dibina dan ditegakkan untuk meninggikan syiar Allah, menjadi tempat sujud anak-anak adam.
Melihat kepada
kesucian pembinaan masjid, kerana itulah "perkahwinan ibarat membina masjid".
Berkahwin melembutkan hati dari melakukan maksiat dan menjadi orang yang benar-benar taat kepada Allah, bergantung kepada niat
pasangan tersebut. Berkahwin akan membina kebaikan sepertimana membina masjid.
Kerana itu,
kata Rasulullah saw; “Siapa yg berkahwin, dia telah menyempurnakan separuh
iman, maka bertakwalah dengan separuh lagi”
Maka berbahagialah kalian yang bakal membina masjid. (^_^)
Bila masjid sudah dibina, teruskan memaknai pembinaan tersebut, jaga kesuciannya dan kekukuhannya.
*Belum habis sem, sudah terima beberapa jemputan walimah sahabat2..mabrouk! ^^,*
Saya jatuh cinta pada kedamaiannya... Tak dinafikan, Aceh juga memiliki kekurangan, dan bukanlah sebuah daerah yang gah, tapi di situlah pernah tercipta takdir yang
tak pernah diduga akal manusia.
Kesan-kesan peninggalan tsunami ada
di mana-mana. Mengajak kita menginsafi kebesaran Allah, kekuatan-Nya yang
menampakkan bahawa sememangnya manusia itu sangat lemah.
Kapal Lestrik PLTD, kapal besar dari tengah laut dihanyutkan ke tengah perkampungan sewaktu tsunami
Kapal atas Desa Lampulo, juga menjadi sejarah akibat tsunami.
Rumah-rumah yang rosak
Lawatan kali ini sangat berbeza dengan
lawatan saya di tempat lain. Saya melihat kematian begitu dekat. Memuhasabah
diri sendiri, untuk mensyukuri nikmat yang Allah beri pada kita, tidak pada
orang lain.
3 November 2012, saya melihat Masjid
Baiturrahman untuk kali terakhir. Indah disinari cahaya dalam kegelapan malam. Masjid
ini mengingatkan saya pada Masjidil Haram. Hati jadi sayu. Saya pasti akan
rindu!
Tiba-tiba teringat puisi Laksamana
Sunan untuk Ratna Sang Ratu. Sesuai dengan keberadaan saya di Tanah Rencong
Aceh.
Apa yang saya suka pada Aceh?
Iyaa, pada kesopanan penduduknya. Benarlah, kata seorang pensyarah pasca sarjana di Universitas Ar-Raniry : “Orang
Aceh tak kaya, tapi hati mereka kaya. Malaysia boleh, Aceh juga bisa!”
As-syeikh mirip Syeikh Ahmad Yasin
Syeikh Abu Muadz, ulama’ yang turut bersama kami dari Kaherah berpesan:
“Tetamu mesti disambut sebelum mereka turun dari kenderaan”
Dan, begitulah keadaannya apabila kami
tiba di Pesantren Darul ihsan. Sambutannya buat kami sangat terharu. Alhamdulillah…
Kesopanan orang-orang Aceh bukan
sahaja pada pemuda dan pemudinya, tapi juga pada makanannya. Sejujurnya, saya sangat
kagum melihat penyusunan makanan orang Aceh. Kemas. Cantik. Sopan. Makanannya tak jauh beda rasanya dari Malaysia. Cuma pasti ada kekacangnya, agak pedas dan jusnya jauh
lebih asli dan sedap.
Atas Kapal
Ini baru Ayam Lepas, masih ada Ayam Tangkap, Ayam Bebek, dan Ayam Penyet untuk dicoba! =)
Sambutan universitas kepada kami. Hangat~
Jus nya juga ber "poligami"...heh ^_^'
Ada lagi satu hal, yang buat saya jatuh cinta tentang Aceh ,.....................
“Mengembaralah
kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan org2 yg silam;
kebanyakan mereka adalah org2 musyrik” (Ar-Rum:42)
Kembaralah dengan hati. Kembaralah untuk
memahami cara kerja Allah pada alam dan manusia. Kembaralah untuk membaca pemikiran
manusia di tempat yang berbeza.
Dan di atas
asbab itu, saya memilih untuk mengembara ke Aceh. Mimpi saya sejak 4 tahun
lepas telah jadi kenyataan. Alhamdulillah!
Yang bisa
dilakukan seorang makhluk bernama manusia terhadap mimpi-mimpi dan keyakinannya adalah
mereka hanya tinggal mempercayainya.
Bermimpilah..orang
yang tak bermimpi tak mendapat apa-apa.
Subhanallah, awan...kalau dapat kugapai.. maka
saktilah hamba!
Perancangan
telah bermula awal tahun lepas, 2011, mustahil tak mengalami proses jatuh
bangunnya. Sekejap bersemangat, sekejap tidak. Sekejap laju benar gerak
kerjanya, sekejap lagi sunyi seperti tidak ada apa-apa. "Eh, jadi ke tak ni?" Sekejap senyum, sekejap
masam dan ada gerimisnya.
Dan di
perhentian sebelum destinasi, saya dipertemukan dengan media. Saya dibawa
mengenal dunia media. Orang-orang media. Bekerja sebentar bersama media.
Dan, saya telah buat sedikit konklusi.
Seseorang yang
berfikrah islami dan mampu memimpin sangat perlu menceburi bidang media. Iya,
syariatkan media (kata orang Aceh), bukan hanya dengan menayangkan rancangan2
islamik tapi, biar seiring dengan islamiknya orang-orang media.
Aceh memperjuangkan "syariatkan media"
Sehingga saya
teringat pesanan ust Hasrizal: "Untuk buat perubahan masuk ke dalam media,
kena ada keyakinan pada apa yang kita percaya, then move forward"
Lapangan terbang Sultan Iskandar Muda, Aceh Indonesia.
Setelah segala all-out dilakukan, bersama doa, solat istikharah dan hajat...
Bismillah…
31 Oktober 2012, kira2 jam 11.30am (waktu Aceh) untuk pertama kalinya kaki ini memijak bumi Aceh, bumi serambi
Mekah.
Untuk post kali ni, special untuk menceritakan dan mengembalikan memori saya di zaman sekolah. Bila saya pergi iftar alumni di ITEM hari Sabtu lepas, baru saya perasan hampir 40% memori saya di sekolah telah hilang! No wonderlah kan sebab almost 5 years saya tak melawat sekolah...huh~ (alumni yang teruk)
Saya percaya setiap sekolah punyai kelebihan tersendiri. Tak kira kita di sekolah apa, kita pasti punya kisah tersendiri. Suka, duka, semuanya untuk kita ambil pengajaran. Belajar dan terus belajar dalam hidup...
Nampak tak bulat kuning kat atas tuh? Itulah lencana sekolah saya; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh. Dulu saya sangat malu dengan lencana sekolah saya, sebab ...macam telur. Tapi, sekarang saya dah bangga. heh
Takdir Allah; dulu saya nak tolak tawaran sekolah tu. Alasan; JAUH. Then, minta abah apply Sekolah Agama Tok Jiring kat Kuala Terengganu, tapi, abah cakap dah tak boleh. Sedih tak terkata. Risau, tak dapat nak ambil subjek Bahasa Arab. Yelah, takde pun tertulis sekolah AGAMA kat situ... huhu
Siapa sangka, sekolah ni banyak merubah hidup saya....
5 tahun saya belajar Bahasa Arab di sini, campur Bahasa Jepun. Oklah tu. Alhamdulillah...
Nah...yang kiri tu kelas saya waktu form 5. Tertinggi. 5 Smart. Kelas yang sangat ramai budak pandai dan saya sangat kagum dengan mereka. Saya? Oh, saya budak biasa2 je...
Yang kanan tu dorm saya. Tertinggi. Kami ada 6 rumah sukan dan saya di rumah purple. Pelik kan? Tapi, itulah hakikatnya. Sampai sekarang, saya rasa bertuah. 5 tahun saya di ITEM, saya dapat dorm di tingkat teratas, sampailah saya di tamhidi USIM dan tahun 1. Sekarang, di rumah sewa, bilik saya pun di tingkat atas. Jangan jeles! hihi
Inilah gambar adik2 junior sedang riadhah di waktu petang Ramadhan. Kami sangat dipupuk semangat berpasukan melalui rumah sukan. Yang baju purple tu lah pewaris saya hahah..
Ops, ini lah namanya Dataran Uhud. Tempat kami kena berkumpul waktu perhimpunan pagi dan selesai prep malam. Tempat ni kadang2 boleh buat jantung berhenti. Sebab ketakutan. Nama2 yang buat silap akan dipanggil kat sini termasuk kesalahan disiplin dan nasihat2 dari warden dan guru2. Tempat ni pun kadang2 boleh buat saya tersenyum, sebab banyak sebenarnya yang menarik dan happy berlaku kat sini...hihih (sengih sorang2)
Inilah surau sekolah kami, takde lah besar sangat pun sebab student tak ramai sangat.. Surau ni lah tempat saya rehat2 waktu dah penat belajar. Itu yang sampai boleh tertidur tengah2 solat.. heh, dah jadi normal matter dah... Surau ni jugak tempat mengisi rohani; dengan tazkirah, alunan Al-Quran, zikir dan nasyid (sambil gotong-royong sambil nyanyi2 nasyid..hehe) yang memeriahkan suasana asrama dan pagi weekend.
Next, ini bilik BADAR. Badan Dakwah dan Rohani kat sekolah. Inilah bilik meeting kami dan bilik kami rehat2.. dulu, ada komputer. Sekarang, dah takde pulak. Haishhh takkan dulu lagi maju dari sekarang kowt! ^^ sebelah, dewan makan kami aka DEMA. Inilah antara tempat feveret saya.. tempat yang saya terkejar2 nak pergi waktu lunch..hihi~
Terima kasih Allah, kerana menetapkan saya di sini. Terima kasih Allah, sebab kurniakan saya guru2 dan kawan2 yang baik. Terima kasih Allah, sebab makbulkan harapan saya nak sambungkan kembali silaturahim di Ramadhan ini. Akhirnya, dapat saya berpijak di tanah SBPIT setelah bertahun saya meninggalkannya. Mana mungkin boleh saya lupa, di sinilah titik permulaan pembinaan seorang saya.
Taraa....!! best jalan2 dengan kawan2 lama. Ni antara buah tangan saya dapat dari Jepun dan Mesir..Sori, dari UK saya dah letak kat dapur, hehe~ Terima kasih, sebab setia jadi sahabat saya. T_T
Pertemuan dan perpisahan itu adalah pasti. Yang belum pasti, adalah pertemuan untuk kesekian kalinya. Itulah antara asbab kita harus menghargai detik2 pertemuan yang sebentar cuma.
Ini hanyalah contengan kembara seorang insan. Kita akan terus mengembara bilamana kita bergelar manusia sampailah kita kembali kepadaNya. Kisah hidup yang pernah berlaku dalam hidup kita, takkan berlaku dengan sia2. Renungkan kembali, mungkin kita akan temui hikmah2 yang dulunya tak pernah terlihat di mata luaran mahupun mata hati.
“Minggu
depan dah Ramadhan. Kita start puasa. Seronok tak?”
“Seronok!”
Jawab si kecil A dengan hepi nya.
“Hah B,
seronok tak minggu depan nak puasa?”
Wajahnya
masam mencuka. Menggeleng laju.
“Tak suka.
Sebab tak boleh makan. Penat. Kite suka Hari Raya je..” (senyum)
Saya tak
terkejut dengan jawapan si kecil B. Budak-budak…kalau puasa, asyik tidur,
tengok jam, kira berapa jam lagi nak berbuka..haishhh no wonderlah, sebab orang
dewasa pun ada jugaklah fi’il macam tu!
Kita tak
boleh paksa mereka tapi kita boleh ubah persepsi mereka pada Ramadhan.
Saya lihat
anak-anak kecil sekarang;
Di masjid
atau surau, malam pertama Ramadhan sudah terdengar letupan kuat. Oh, adakah Ramadhan
disama ertikan dengan mercun-mercun dan bunga api. Itukah yang dinantikan oleh
mereka dalam bulan Ramadhan?
Dan, ibu
bapa mula mendoktrin anak-anak agar memakan makanan yang begitu banyak hari
sebelum Ramadhan.
Mungkin
juga itu salah satu cara mereka menyambut Ramadhan. Tapi, Ramadhan boleh difahamkan bukan hanya tidak boleh makan dan
minum, tapi lebih dari itu. Sampai Ramadhan akhirnya menjadi memori indah buat
mereka. Ketibaannya dinanti-nanti. Mungkin saya salah. Mungkin saya betul. Ini cuma
pndapat seorang saya.
Kata sis
Wardina kepada anak beliau:
“Ramadhan
is not only about not drinking and not eating but you want to be closer to
Allah, you want to become a better muslim, that’s why you don’t do bad things .”
saya nak jaga mata, telinga dan mulut..Taknak buat jahat hihihi
Kena fahamkan
anak-anak tentang Ramadhan, kenapa mereka kena berpuasa. Supaya mereka tak jadi
muslim yang ikut-ikut. Apa yang saya dapat belajar dari sis Wardina:
‘Createkan program2
yang best untuk anak-anak special for Ramadhan.’
Selalukan
bercerita tentang hikmah puasa dan apa2 yang
menarik pasal Ramadhan. Lebih kurang macam ni kot (ni dialog reka2 heh~):
“Mus'ab,
best tau puasa, syaitan semua kena ikat. Mus'ab boleh kumpul pahala
banyak2..kata nak jadi anak soleh, nak masuk syurga. Dalam syurga kan banyak
mainan. hihi “
*******************************************
Kau tu
belum kahwin lagi. Suka hati je cakap itu ini.
Ingat
senang ke nak didik anak-anak cikMM oiiii! (*0*)
Uhuk-uhuk!
Ehem… (^^’)
Saya suka
belajar dari pengalaman orang lain, dari pemerhatian dan kajian yang saya
lakukan sebelum saya benar-benar menempuhinya. Dan, saya mahu tulisan ini jadi
peringatan dan pendorong untuk saya bila sampai masanya nanti. InsyaAllah.. ..(^^,)
Di Ramadhan
ini,
Sampaikanlah
aku kepada hakikatnya…
Agar aku
mampu menjadi antara pencari-pencari cintaMu yang tegar,
Ya Allah, berilah
kekuatan agar aku mampu mencapai taqwa kepadaMu…
Saya yakin ramai yang sedang buat persiapan untuk menyambut ketibaan Ramadhan. Supaya puasa kali ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, bukan sekadar mengelakkan
diri dari perkara yang menimbulkan dosa. Tapi puasa yang mencapai erti sebenar
Ramadhan; TAQWA.
"Wahai
orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah:183)
Bulan
Ramadhan bulan menambah kantung pahala dengan amalan yang digandakan
ganjarannya. Subhanallah. Alhamdulillah.
Ehhh,,,, erm.
Jangan sedih-sedih.. =(
Saya akui
ramai antara kaum Hawa yang bersedih apabila datang waktu haid di bulan
Ramadhan. Hilang peluang berpuasa dan bertarawih. Terutamanya apabila tepat
mengena di sepuluh akhir Ramadhan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kebiasaan
tempoh haidnya begitu lama.
Sehingga timbul
rasa cemburu, sedih dan rindu.
Duhai Hawa
sayang, inilah yang dikatakan fitrah. Juga tanda cinta Allah pada kita.
Lumrah.
Saidatina Aisyah juga pernah mengalirkan air mata kerana didatangi haid ketika
menunaikan haji. Lalu kata suami tercinta, Rasulullah saw:
“Ini adalah
suatu yang ditetapkan Allah ke atas anak-anak perempuan Adam, maka tunaikanlah
apa yang ditunaikan oleh orang yang melakukan haji kecuali janganlah kamu
bertawaf di Baitullah sehinggalah kamu telah mandi (suci dari haid)”. (Riwayat
Muslim)
“Kebiasaan datang haid setiap bulan
di sisi ALLAH memiliki hikmah yang amat banyak jika kita mengetahuinya. Hikmah
yang dimaksudkan adalah bahawa kebiasaan datang haid ini termasuk rutin yang
normal, di mana haid ini terjadi bertujuan mencegah wanita dari pelbagai bahaya
yang dapat memudaratkan dirinya.”
-Syeikh Muhammad bin Salih Al
‘Utsaimin rahimahullah-
Kita tak
sedar mungkin, ada “suatu perasaan gembira yang Allah hadiahkan” untuk kita-kita aje
; yakni perasaan gembira seorang
muslimah kerana dapat mengerjakan ibadah selepas tamat tempoh haid. Perasaan
ini hanya wanita yang tahu kerana sememangnya Allah telah mengkhususkan ia
untuk wanita. Alhamdulillah!
Ibadah
bukan hanya solat dan puasa. Tapi berbuka puasa disebabkan haid juga adalah
ibadah, kerana Allah lah yang memerintahkan kita untuk tidak berpuasa. (^^)
Jangan lupa
untuk menolong menyediakan makanan untuk
orang berbuka, Yup! exactly peranan kita sangat penting sebagai tukang merasa
makanan kan..hehe~ Bayangkan haid 7
hari, setiap hari sediakan untuk 3 org berbuka, maka kita akan dapat pahala
puasa 21 hari. Untung tak? Perlu diingat, makanan yang disediakan adalah
sekurang2nya sebiji kurma dan segelas air pun dah memadai.
Nabi s.a.w.
telah bersabda (maksudnya):"Sesiapa
yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran
seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya
(orang yang berpuasa itu)." (HR Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaimah)
Selain itu,
jika kebiasaannya kita beristighfar 70 kali setiap hari di bulan Ramadhan, di
waktu haid kita tambahlah bilangan itu termasuk zikir-zikir lain.
Kita
mungkin punya tenaga lebih sedikit dari orang yang berpuasa. Jadi, try so hard untuk ringan-ringankan tulang membantu kerja rumah lebih-lebih lagi kerja berat.
Semoga tenaga yang kita sumbangkan turut menjadi sadaqah di bulan Ramadhan.
Sama-samalah kita banyakkan mendengar bacaan Al-Quran, ceramah serta membaca bahan-bahan bermanfaat melalui buku-buku atau
blog. Jika mampu, sebelum Ramadhan kita telahpun sediakan list target buku yang
akan dihabiskan sepanjang Ramadhan. Sedikit tambahan dari status fb seorang sahabat (Allah yubarik lahu): Bagi Muslimah, di mana pada masa-masa tertentu mereka tidak boleh membaca al-Quran, mereka boleh; a. Tolak hari yang uzur daripada tarikh berpuasa (berdasarkan tempoh hari yang biasa dilalui) b. Bahagikan tarikh yang tidak uzur dengan bilangan juzuk dalam al-Quran
Biasanya, saya akan memulakan bacaan Al-Quran beberapa hari sebelum Ramadhan, bimbang tak bisa dikhatamkan dan hilang nikmat tadabbur ayatnya. =)
Sama-sama kita cuba amalkan, agar Ramadhan tak berlalu sia-sia..0_^
Akhir
qalam,
Sabda Rasulullah
S.A.W yang bermaksud:“Sekiranya
seorang hamba muslim sakit atau bermusafir, (tetap) ditulis baginya apa yang
dahulunya dia lakukan ketika dia sihat dan bermukim.”(Riwayat Al-Bukhari dan
Al-Baihaqi).
Maka,
barangsiapa yang terpaksa meninggalkan suatu amal ibadah disebabkan halangan
yang syar’ie, Allah Yang Maha Pemurah akan tetap memberikan kita ganjaran
sepertimana kita melakukannya.
Jangan
sedih-sedih duhai Hawa, kita mampu mengubahnya! Hikhik~
Saya akui cuti kali ini saya update blog dengan cepatnya.
Saya sendiri terkejut.
Saya quote kata-kata Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man;
Org yang beriman akan berasa resah, penat dan bersalah,
kerana jiwa mereka tidak tenteram - sebabnya hanya satu - kerana jiwanya terasa
amat sedih kerana tuannya telah membazirkan masa yg tidak ternilai harganya
kurniaan Allah di dunia ini.
Jangan duduk tanpa melakukan sesuatu berfaedah.
Jika anda tiada kerja berfaedah waktu ini, bangun dan
baca Quran, baca apa-apa buku, berzikir, menulis, membersihkan rumah dan
buatlah apa sahaja yg boleh menjauhkan diri kita drpd termenung dan kebosanan.
Saya sedang cuba melatih diri. Oleh sebab tiada kekosongan
kerja di tadika, saya kembali menyambung tugasan biasa setiap kali cuti. Mendidik
anak2 kecil di sini mengaji Quran. Seronok sangat sebenarnya.. ^_^
“Manusia itu ibarat logam. Barangsiapa yang bagus di
waktu jahiliyah, pasti akan bagus juga di waktu dia islam, sekiranya dia
seorang yang faham (akan agamanya)”-HR Muslim, Tirmizi & Ahmad-
Pernah dengar hadis ni? Ini hadis faveret saya sejak saya
menerima Isk suatu masa dulu.
Setiap manusia pasti memiliki potensi. Jika tidak digunakan
untuk Islam, pasti akan digunakan untuk selain Islam. Hebatnya dalam jahiliyah,
pasti hebat juga dalam Islam jika dia faham. Lihat saja Umar! Saya kagum dengan mereka. Penghijrahan mereka bukan biasa2
tapi luar biasa. Mereka sedang melaksanakan tugas mereka selaku khalifah di
muka bumi. Menyeru manusia kepada islam dengan ilmu yang ada bersandarkan hadis
nabi:
“Sampaikan dariku walaupun satu ayat” (HR Bukhari)
Bayangkan boleh jadi akan bertambah orang yang mengamalkan
islam kerana pengaruh mereka. Inilah yang dinamakan logam-logam islam!
Sham said: "Saya bukan ustat,... saya baru nak start!.
Saya berumur 36 tahun, all 35 years is lagha..”
Dr Hafidzi’s respond: “No! all 35 years of your life has not
gone to waste, ALLAH is preparing you to take on the youth and bring them on
the path of goodness. Alhamdulillah!”
Hidayah itu kata Mufti Ismail menk, perlu dicari dengan
penuh kesungguhan. “Those who struggle in Allah’s way, the doors of Allah
will open in their way”
Dan kesungguhan bukan hanya untuk orang yang baru berhijrah.
Tapi, untuk kita yang sudah faham islam.
Kerana hidayah itu hak mutlak Allah dan satu anugerah. Boleh ditarik bila2 masa
apabila kita sudah mula mengabaikannya. Setelah mendengar forum perdana semalam;
Sangat menarik, sekitar isu semasa dan politik,
Terasa ingin meneliti kelemahan majlis fatwa di Malaysia,