"Everyday is a brand new start"

Showing posts with label Hammasah. Show all posts
Showing posts with label Hammasah. Show all posts

15 June 2015

Berinfaq di Jalan Al-Quran

Ustaz Deden dan Ustaz Bachtiar bersama Dr Abd Basit


"(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmat-Nya. 

Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran."

(Surah Ar-Rahman : ayat 1-2)

Disangka yang muncul dalam Seminar Nikmatnya Menghafal dan Bertadabbur al-Quran hanya Ustaz Bachtiar Nasir; Pemimpin Ar-Rahman Qur’anic Learning (AQL) Center dan Pemimpin Pesantren Ar-Rahman Qur’anic College (AQC), namun Allah dengan kejutan-Nya menghadirkan Ustaz Deden Muhammad Makhyaruddin,  Juara Tahfiz & Tafsir Internasional di Moroko tahun 2011. Kisah Ustaz Deden pernah saya catatkan di sini.

Sepertinya ingin sujud syukur, kerana memang menjadi impian untuk mendengar tausiyah Al-Quran langsung dari beliau, setelah diceritakan oleh Ustazah Norhafizah Musa.

Buku Ustaz Deden
"Menghafal Al Qur’an itu seperti memasuki taman indah yang luas. Yang keindahannya membuat orang jadi betah berlama-lama menikmati taman itu.Lalu kenapa kita harus buru-buru keluar dari taman yang indah itu?" (Ust. Deden)

Tulisan ini sempena Ramadhan yang bakal hadir, semoga Allah memberkati kita di bulan mulia, bulan Al-Quran.

Barakah Al-Quran itu mutiara, dan yang dapat memilikinya adalah para ulul albab yang membaca, mempelajari, mengambil pengajaran, mengamalkan, seterusnya mengajarkan. Kata Ustaz Bachtiar, inilah komponen penting tadabbur Al-Quran.

Ramai orang SALAH cara interaksi dengan Al-Quran kerana mengikut cara yang kita suka, bukan yang disukai Al-Quran. Antara kesalahan yang sering kita lakukan:

1) Membaca Quran kalau sempat
2) Mempelajari Quran kalau ada mood
3) Menghayati Quran kalau menerima musibah
4) Mengamalkan Quran kalau menguntungkan diri


Jika kita ditanya, "Bagaimana cara syukurmu pada nikmat Allah?"

Maka bisa dijawab, "Dengan Al-Quran yang ada di hati". Allahu.. Inilah jawapan orang-orang yang dekat dengan Al-Quran.

Al-Quran antara nikmat terbesar buat kita semua. Barangsiapa yang tidak bersyukur dengan nikmat ini, justeru ia tak akan bisa menikmati. Jika penghafal Al-Quran hanya kejarkan hafalan, akibatnya sehingga ke akhir ia tak akan menikmati. Tambah Ustaz Deden, berjaya hafal atau tidak itu pekerjaan Allah, kerja kita menghafal dan mentadabburi.

Kalau sudah nikmat, semuanya pasti menyenangkan. Bukankah kenikmatan dirasai saat makan, bukan setelahnya? 

"Dan apabila engkau (Muhammad) membaca Al-Qur'an, nescaya Kami (Allah) adakan antara engkau dan orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat itu, suatu dinding yang tertutup." (Al-Isra':45)

We welcome you month we all adore,
We pray for happiness and more,
To all the people open up your door,
Peace love and joy
Ramadhan..
-Syeikh Mishary Rashid Alafasy-
"My favourite song of Ramadhan special to the blog readers"

Berdisiplin dengan waktu bukan bererti seberapa banyak yang dihafal dalam satu waktu, tapi seberapa setia dengan waktu untuk hafal Al-Quran.

"Ya Allah, cintakan aku pada iman, cintakanlah aku pada Al-Qur’an. Mampukan diri ini untuk setia hidup bersama Al-Qur’an minimal satu jam per hari." Beginilah kira-kira doa Ustaz Bachtiar. 

“Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” (An-Nahl: 89)

Kesimpulannya, tilawah, tadabbur serta hafalan Al-Quran tujuan utamanya agar kita tergolong bersama golongan muttaqin yang mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat, inshaAllah.

Ahlan Ya Ramadhan Mubarak!

Pesan Ustaz Deden, Ramadhan itu nikmat bagi mereka yang berjaya menewaskan hawa nafsunya. Orang-orang ini buka puasanya sama nikmatnya dengan sahur. Tarawih dengan bacaan panjang sama nikmatnya dengan bacaan pendek. 

Rasa senang kerana nafsu, hanya di permulaan.
Rasa senang kerana Allah, lahir setelah mujahadah.

Ya Allah, jadikanlah Ramadhan kali ini kami lebih menikmatinya, lebih memanfaatkannya dan lebih baik berbanding sebelumnya.

Âmîn, yâ Mujîbassâ’ilîn…


Catatan 13 Jun 2015, countdown to our love Ramadhan.

Share:

15 March 2014

Di Jalan Cinta Para Pejuang


Di jalan cinta para pejuang,
Berbaktilah pada Allah dalam kerja-kerja besar dakwah dan jihad,
Menebar kebajikan, menghentikan kebiadaban, menyeru pada iman,
Larilah hanya menujuNya,
Meloncatlah hanya ke ribaanNya.,
Walau duri merentas kaki,
Walau kerikil mencacah telapak,
Sampai engkau lelah,
Sampai engkau payah,
Sampai keringat dan darah tumpah,
Maka kekhusyukan akan datang padamu ketika engkau beristirahat dalam solat,
Saat kau rasakan puncak kelemahan diri di hadapan Yang Maha Kuat,
Lalu kau pun pasrah, berserah,
Saat itulah, engkau mungkin melihatNya, dan Dia PASTI melihatmu !

Jadikan cintaku padaMu ya Allah,
Berhenti di titik ketaatan,
Meloncati rasa suka dan tak suka,
Kerana aku tahu,
mentaatiMu dalam hal yang tak kusukai
Adalah kepayahan, perjuangan, dan gelimang pahala,
Kerana seringkali ketidaksukaanku,
hanyalah bagian dari ketidaktahuanku,
Kerana hikmah sejati tak selalu terungkap di awal pagi,
Kerana seringkali kebodohan merabunkan kesan sesaat,
Maka taat adalah prioritas yang kadang membuat perasaan-perasaan terkibas,
Tapi yakinlah, di jalan cinta para pejuang,
Allah lebih tahu tentang kita.

Kata orang,
Berjuang itu memang pahit kerana syurga itu manis.

Salim A-Fillah+BidadariQalby
Share:

24 February 2014

Kelompongan si Penuntut ilmu


Dato’ Dr.Mahmood Zuhdi ada menyebut antara langkah untuk kesatuan ummah ialah penguasaan ilmu. Dalam sejarah tamadun Islam banyak kenyataan yang menunjukkan bahawa penguasaan terhadap ilmulah menjadi dinamo yang menggerakkan masyarakat Islam pada waktu itu kuat ke arah pembinaan tamadun yang tinggi.

Dalam mengejar penguasaan ilmu, bagi saya, ada perlunya kita memuhasabah kembali kekurangan dan kelemahan sebagai penuntut ilmu.

Asas yang rapuh

Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni menukilkan kata-kata Imam al Mawardi dalam kitabnya ‘Asyiq:
“Bangunan yang dibuat tanpa asas, tidak akan mampu berdiri kukuh. Sebiji buah tidak mungkin dapat dipetik tanpa ada pokoknya.”

Realiti yang berlaku kepada pelajar hari ini ialah tergesa-gesa dalam menuntut ilmu sehingga mengabaikan prosesnya. Kebanyakan kita melihat terus kepada isi sesuatu pelajaran tanpa mempelajari mukaddimahnya seperti mengetahui tujuan belajar padahal ilmu itu ada awal yang akan membawa kepada penghujungnya. Akhirnya, kita akan tidak memahami akhir kepada suatu permasalahan yang berlaku.

Analoginya mudah, kita tidak boleh berada terus di dalam rumah melainkan terlebih dahulu masuk melalui pintu.

Mengabaikan isi dan intipati

Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam karya beliau “Fiqh Awlawiyyat” juga menjelaskan satu lagi kelemahan pada mereka yang sedang mempelajari ilmu agama iaitu; mereka hanya mempelajari sekadar kulit-kulitnya sahaja, tidak terus sampai kepada isi dan intipati; membahas sekadar permukaannya sahaja, tidak terus masuk ke dasarnya untuk mengutip intan permata yang tersembunyi.

Akibatnya, syari’ah akan terasa tidak lengkap dan kurang sempurna untuk kemaslahatan hidup manusia.

Pendekatan yang tidak menyeluruh dan partial inilah yang menimbulkan kesempitan kepada perkara yang telahpun Allah beri kelonggaran.

Mengutamakan kefahaman

Selain itu, kebanyakan penuntut ilmu akan cepat melupakan pelajarannya setelah selesai daripada peperiksaan dan ujian. Kata Dr Yusuf Al-Qardhawi, hal ini berlaku apabila pelajaran tersebut tidak dipelajari dengan sistem kefahaman dan pengertian. Kesalahan yang banyak berlaku ialah mereka lebih banyak menghafal daripada kefahaman yang benar, walhal hafalan hanyalah jalan untuk mencapai kefahaman.

Ramai juga penuntut ilmu yang 'skip' ke bahagian lain apabila menemui satu bab yang sukar difahami dalam pembacaan lalu meninggalkannya tanpa faham. Kata Dr Zaharuddin; Ketahuilah bab yang sukar itulah menjadikan kamu ilmuwan BERBEZA atau LEBIH LENGKAP dari orang lain. Jika ditinggalkan maka jadilah seperti lainnya yang mudah tersilap dek kerana lompong dalam kefahaman.

*******

Kita tidak pernah terlewat untuk memperbaiki kelemahan diri sebagai penuntut ilmu. Sama-sama muhasabah diri dan renungkan serangkap sajak oleh penyair agung Islam ‘Umar Khayam:

Semalam sudah berlalu. Besok masih dalam cita-cita. Realitinya hari ini. Kerana itu rebutlah segala peluang yang ada pada hari ini sepenuhnya. Kerana besok belum tentu tiba.


-Catatan ini buat diri dan generasi, semoga mendapat manfaat-
Share:

16 February 2014

Belajar Menulis Impian


Malam ini saya MENULIS lagi. Menulis tentang impian saya.
Setelah membaca satu artikel tentang impian, saya semakin berani menulis impian. Kata beliau:
Kenapa harus TULIS?
Supaya kita sentiasa ingat, apa sebenarnya kita nak cari, nak buat. Kalau tak tulis, itu bukan IMPIAN… itu cuma angan-angan… Sekejap bersemangat, sekejap sejuk. Bila ada je cabaran, mudah benar nak surrender  … Tapi bila kita tulis, kesannya memang berbeza. Bila lemah semangat, buka balik impian-impian yang kita tulis tu. InsyaAllah, semangat datang balik. Baru kita sedar balik, misi kita belum selesai…
Boleh capai ke semua tu?
Berjaya atau tak berjaya, itu bukan kerja kita. Itu kerja Tuhan. Jangan sibuk-sibuk dengan kerja Tuhan. Kerja kita ialah pasang niat yang baik, usahakan apa yang termampu. Kalau kita mati sedangkan semua matlamat kita belum tercapai, sekurang-kurangnya Tuhan tahu kita benar-benar nak lakukan apa yang kita hajatkan. 

Apabila usia anda seperti saya (70-an), anda lebih kesal kerana tak berusaha atasi cabaran yang menghalang anda mencapai apa yang bermakna dalam hidup anda, berbanding anda telah mencubanya. Jadi berbuatlah sesuatu sekarang!
The 5 Secrets You Must Discover Before You Die by John Izzo
Ada benarnya kan? Yang penting, berniat yang baik-baik dan usaha semampu mungkin. Natijahnya kita serahkan pada Allah. InsyaAllah Allah akan membantu kita. Jom senyum! =)
Share:

29 January 2014

EXIT; Alhamdulillah,,,,

Ahlan wasahlan to IRK !
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Rasa bahagia ini sukar untuk digambarkan. Rasa syukur. Sebak di dada mengenangkan kasih sayang Allah dan rahmatNya.
Berada di CELPAD 1 sem sangat bermakna. Percayalah, apabila kita berniat untuk memaknakan sesuatu, inshaAllah Allah akan membantu dengan caraNya. Di CELPAD, saya memiliki teman-teman baru yang baik dari pelbagai negara. Saya dapat belajar bahasa dan di sini saya sedar, betapa pentingnya penguasaan bahasa. Lebih penting, saya dapat sama-sama merasai perasaan teman-teman yang berada di CELPAD. Apalagi mereka yang hampir 4 sem di situ. 
Hanya orang yang melalui, akan benar-benar merasai. Dan, Allah mentakdirkan saya singgah di CELPAD ada hikmahNya. Saya yakin tak pernah sia-sia.
Saya ingin berkongsi pengalaman ini, buat mereka yang sudi. InshaAllah. Pengalaman berjuang dengan perasaan putus asa dan takut, hanya Allah yang Tahu.
Surah Fussilat ayat 30 dan Al-Baqarah ayat 214-216 menjadi penguat semangat yang hampir hilang. Jangan pernah bersangka buruk dengan Allah. Yakin, berusaha sungguh-sungguh dan tawakkal inshaAllah Allah akn beri yang terbaik.
Sesungguhnya haza min fadhli rabbi. Tiada kekuatan melainkan dari Allah. Tiada kejayaan melainkan kerana rahmat Allah. Apalah sangat dengan usaha kita yang secebis cuma.
Sekali lagi, yakinlah pada Allah. Rahmat Allah itu sangat luas. Dan doa, senjata utama kejayaan. 
Doakan saya untuk berjuang sebagai Pelajar Master Usul Fiqh IRK IIUM Gombak. Semoga Allah meredhai perjuangan ini.
*Sedang memikirkan subjek*
Rabbuna yusahhil.
Share:

17 January 2014

Berjalanlah di Muka Bumi


Andalusia; kini dikenali sebagai Sepanyol.
Di negeri inilah lahir tokoh-tokoh muslim ternama yang menguasai berbagai ilmu pengetahuan, seperti Ilmu agama islam, kedoktoran, filsafat, Ilmu hayat, Ilmu hisab, Ilmu hukum, sastera, Ilmu alam, astronomi, dan sebagainya. Di sini juga letaknya pusat kebudayaan Islam dan Ilmu pengetahuan yang tiada tandingannya setelah Konstantinopel dan Baghdad.
Nama-nama tokoh seperti Tariq bin Ziyad, Ibn Rusyd dan Ibnu Thufail begitu juga kemasyhuran al Hambra di Granada dan Kota Cordoba tidak lagi asing dalam sejarah kegemilangan Andalusia.
Kini tinggal sejarah. Andalusia runtuh setelah 800 tahun didiami kaum muslimin, apabila orang-orang Portugal berjaya mengotori pemahaman para pemuda. Akibatnya, mereka dapat mengusir kaum muslimin hanya dalam masa dua atau tiga bulan sahaja.
Ya Andalus, kini tinggal sejarah. Kehancurannya menghilangkan cahaya.
Turki.
Sinonim dengan sejarah penawanan Kota Konstantinopel (kini dikenali sebagai Istanbul) oleh orang muda hebat; Sultan Mehmed II Al-Fatih.
Tak lupa pada seorang tokoh pelopor pergerakan Islam Turki Moden iaitu Syeikh Badiuzzaman Said An Nursi. Sejarah menyebutkan keberanian beliau membantah sistem sekular yang dibangun Mustafa Kamal Atarturk ditambah lagi dengan karya penting yang dihasilkan beliau; ”Risalah Nur”, sebuah tafsir Al-Quran setebal lebih dari enam ribu halaman.
Kejatuhan Turki Uthmaniyyah adalah satu lagi sejarah menyedihkan bagi umat Islam kerana berakhirnya institusi Khalifah.
Bagi rakyat Malaysia, Turki dicatat sebagai tempat perginya seorang Ammar yang berjaya membangun semangat juang para pemuda Malaysia.
Kedua-dua tempat ini menjadi tempat impian saya sejak dulu. Saya akui, kerana sejarah-sejarah yang terukir di situ. Saya mahu menyelami, mengambil ibrah dan melihat sendiri kesannya.
Kerana apabila melupai sejarah, maka sejarah buruk yang sama bakal berulang.
InshaAllah, semoga Allah beri peluang itu. Amin.
Katakanlah: “Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa (An-Naml : 69).

—Catatan ini untuk generasi—
Share:

09 January 2014

Aura Pencetus Ummah


Alhamdulillah, program ‘Pencetus Ummah’ nampaknya berjaya sedikit sebanyak mencetus kebangkitan ummah.
Ada yang mencuri tumpuan saya dalam rancangan tersebut. Setiap jawapan PU ketika sesi soal jawab saya dengar dengan teliti dan terimbau kenangan lampau sewaktu berpraktikal.
“Enti tak boleh jawab macamni. Enti kena tahu kaedah menjawab soalan berbentuk hukum”
Tegur ustaz Zaharuddin setelah meneliti jawapan persoalan hukum yang saya tuliskan sebagai tugasan dari beliau.
Pandangan saya sendiri, menguasai kaedah menjawab persoalan hukum itu sangat penting khususnya pelajar dari bidang agama. Selain mengelakkan kita dari dosa yang berlanjutan, masyarakat harus benar-benar memahami jawapan yang kita berikan.
Saya highlight kan 3 poin yang diambil dari web zaharuddin.net. (ada tambahan dan ubahsuai ayat sedikit mengikut situasi saya).
1)       Keperluan Proses Tarjih (ترجيح)
Saya baru nampak kepentingan belajar subjek ‘Ta’arudh wa At-Tarjih’ ketika degree. Saya selalu diberi persoalan yang jawapannya banyak khilaf. Akhirnya, saya hanya mampu menyimpulkan :”Banyak khilaf ni”. Orang yang bertanya bingung dan memaksa mereka membuat keputusan sendiri. Ia seperti memberi individu yang tidak berkelayakan untuk melakukan tarjih tanpa ilmu. Kita sepatutnya  memandu mereka kepada pilihan yang terbaik menurut ilmu yang kita ada, mengikut apa yang dirajihkan para ulama’ bagi yang masih cetek ilmu seperti saya.
Ulama berbeza ijtihad dalam menentukan hukum beramal dengan yang rajih kepada dua kumpulan namun majoriti mazhab berpendapat beramal dengan yang rajih serta meninggal pendapat marjuh adalah WAJIB. Malah terdapat Ijma’ di kalangan para ulama Usul fiqh (Nihayatul Sul, 3/212 ; Al-Mahsul, Al-Razi, 2/529 ; Kasyf al-Asrar, 4/76).
2)      Jangan tergesa-gesa
Jangan kita terburu-buru memberi pandangan yang dinisbahkan kepada hukum Islam jika belum dirujuk terlebih dahulu kepada kitab-kitab yang sesuai atau pandangan ulama yang ahlinya.
Ramai pendakwah yang apabila popular, tergelincir dalam memberi pandangan yang sama ada salah atau kurang tepat kepada soalan yang dikemukakan. Sebahagian mungkin memaksa diri untuk memberi jawapan kerana bimbang akan dipandang kurang berilmu lantaran kegagalan memberikan jawapan segera. Ibn Umar r.a berkata :
العلم ثلاثة كتاب ناطق وسنة ماضية ولا أدري
Ertinya : Ilmu itu ada tiga bahagian, Kitab AL-Quran yang berkata, Sunnah Nabi yang lalu dan aku tidak tahu. (Riwayat At-Tabrani dalam al-Aswat; Rujuk Majma’ Al-Zawaid)
Sangat baik lagi amanah seorang ilmuwan dan pendakwah menangguhkan jawapan terlebih dahulu agar mampu membuat kajian sebaiknya sebelum memberi respons. Dan salah satu jawapan apabila kita belum bersedia adalah ‘aku tidak tahu’.
3)      Lihat Kepada Audiens Dan Kesediaan Ilmu Masyarakat
Seseorang penyelidik, ilmuwan dan pendakwah perlulah mengkaji keadaan masyarakat, turun dan melihat sendiri kedaan mereka, menyedari taraf keilmuan mereka dan menyampaikan ilmu kepada mereka menurut laras bahasa yang mampu difahami oleh majoriti mereka. Membicarakan hal yang belum mampu difahami sebelum sampai masanya, kelak nanti menjadi fitnah kepada Islam dan masyarakat. Justeru proses beransur atau tadarruj itu sangat perlu difahami oleh ilmuwan.
Saya masih ingat kata ustaz: ‘Kepada penuntut ilmu bidang agama rasanya tak complete kalau kalian tak pergi sendiri ke tempat turunnya ayat Al-Quran, melihat sendiri bagaimana suasana dan masyarakat di sana.’ Dan saya mula menyimpan niat ke negara-negara Arab.
Kesimpulannya, kita bukan sempurna untuk sentiasa betul. Namun, pembetulan sentiasa diperlukan apabila kesilapan berlaku. Oleh sebab itu, berterusan membaiki diri dan tanpa jemu menuntut ilmu itu sangat penting.
Sematkan erat-erat kata Abu bakar as Siddiq:
“Adakah agama menjadi lemah sedangkan aku masih hidup?”
Mohon maaf salah silap. Perkongsian ini adalah peringatan untuk saya dan semoga bermanfaat untuk semua.
Share:

05 January 2014

Bersusah-susah menuntut Ilmu


Buat para penuntut ilmu, semoga dengan membaca tulisan ini kita lebih kuat menempuh ujian menuntut ilmu.
Imam Syafi’i berkata:
لا يطلب هذا العلم من يطلبه بالتملل وغنى النفس فيفلح، ولكن من طلبه بذلة النفس، وضيق العيش، وخدمة العلم، أفلح
“Tidak mungkin menuntut ilmu orang yang pembosan, merasa puas jiwanya kemudian ia menjadi beruntung, akan tetapi ia harus menuntut ilmu dengan menahan diri, merasakan kesempitan hidup dan berkhidmat untuk ilmu, maka ia akan beruntung.”-Tadribur Rawi 2/584, Darut Thayyibah, Syamilah
  • Mengorbankan harta yang tidak sedikit
    Penuntut ilmu agama harus siap jauh dari dunia dan kemewahannya, hidup sederhana dan bisa jadi mereka adalah orang yang miskin kerana mengorbankan harta mereka.
    Imam Malik bin Anas rahimahullah berkata:
    لا يبلغ أحد من هذا العلم ما يريد حتى يضربه الفقر ويؤثره على كل شئ
    “Seseorang tidak akan mencapai ilmu ini sesuai dengan apa yang diharapkan sehingga ia menjadi fakir dan berpengaruh kepada semuanya.”- Al-Majmu’ 1/35, Imam An-Nawawi, Syamilah
  • Belajar dengan banyak guru
    Kita selayaknya tidak mencukupkan diri dengan satu guru saja, kerana ilmu itu sangat luas, sampai-sampai ulama’ berkata, salah satunya adalah Hammad bin Zaid rahimahullah berkata;
    إنك لا تعرف خطأ معلمك حتى تجالس غيره
    “Sesungguhnya engkau tidak mengetahui kesalahan gurumu sampai engkau berguru dengan yang lain.”- Jaami’u bayaanil ‘ilmi wa fadhlihi  I/414 no.607, Darul Ibnu Jauzi, cet.I, 1414 H, syamilah
  • Belajar dengan waktu yang lama
    Ibnu Mubarak pernah ditanya,
    : قيل لابن المبارك، إلى متى تطلب العلم؟ قال: «حتى الممات إن شاء الله
    “Sampai kapan engkau menuntut ilmu? Beliau berkata, “sampai mati insyaAllah” - Jaami’u bayaanil ‘ilmi wa fadhlihi  no.586, Darul Ibnu Jauzi, cet.I, 1414 H, syamilah
**Ditulis oleh doktor Raehanul Bahraen (hafidzahullaahu ta’ala).
Imam al-Bukhari pernah berkata,
“Berilmu sebelum berbicara dan beramal.”
(Muqaddimah Shahih al-Bukhari, kitabul Ilmi)
Ilmu adalah pemimpin amal dan amalan berada di belakang ilmu.
Semoga Allah mudahkan jalan ke syurga untuk para penuntut ilmu. Amin.
Share:

01 January 2014

Catatan Hati 2013


"Tidaklah datang suatu hari dari hari-hari di dunia ini melainkan ia berkata, “Wahai manusia! Sesungguhnya aku adalah hari yang baru, dan sesungguhnya aku akan menjadi saksi (di hadapan Allah) atas apa-apa yang kalian lakukan padaku.”    -Hasan al Basri.
2013 sudah melabuhkan tirai. Beberapa hari lagi umur saya akan berubah ke 24 tahun.
Orang bilang angka tak membawa makna apa-apa. Tapi bagi saya, ia cukup menyedarkan saya bahawa hidup sudah tidak lama, maka apa legasi yang dapat saya tinggalkan untuk ummah?
2013 adalah turning point hidup saya dari sudut cara saya berfikir dan bertindak. Tempoh praktikal sebagai Pelajar Sarjana Muda Fiqh & Fatwa Tahun 4 USIM adalah pembuka tirai 2013 yang benar-benar memberi impak besar dalam hidup saya. Pilihan saya kepada Syarikat K Fiqh Sdn Bhd membuatkan keluarga dan teman-teman merasa sangat hairan. Syukur, ini yang saya harapkan dan ini pula yang Allah tunjukkan. Saya inginkan, yang lain dari biasa.
Tempoh praktikal menemukan saya dengan tokoh-tokoh agama Malaysia. Saya belajar cara mereka berfikir, bekerja, bermuamalah, menulis, belajar dan khususnya akhlak baik mereka yang cuba saya amalkan. Bos saya Dr Zaharuddin dan Dr Zahazan serta keluarga banyak memberi contoh yang baik untuk saya.
"Sambil menyelam, minum air."
Di samping berpraktikal, saya mengikuti jelajah sukarelawan Malaysia ke Negeri-Negeri pantai Timur, Utara dan ke rumah-rumah fakir miskin dan anak yatim. Program sukarelawan ini mempertemukan saya dengan insan-insan yang saya kagumi; Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Dato’ Saifuddin Abdullah. Namun kenangan yang paling sukar dilupa dalam hidup saya adalah bersama dengan keluarga miskin dan anak yatim, bilamana seorang ibu menghembuskan nafas terakhir di depan saya sedang di pelukan saya anak sulung beliau menangis teresak-esak menyaksikan.  Berderai air mata saya. Mereka adik-beradik hilang kedua ibu bapa. Sudah jatuh ditimpa tangga.
2013 tahun travel untuk saya. Saya harus memandu ke banyak tempat untuk kerja-kerja event management. Sungguh, di sinilah saya belajar keyakinan, bahawa Allah itu selalu ada!
Kehidupan bukanlah hanya kesenangan dan kegembiraan bahkan dimaniskan lagi dengan kesedihan dan kesusahan. Selesai praktikal, saya pergi interview dan menghantar resume ke banyak tempat untuk mohon kerja. Tapi saya gagal. Permohonan untuk master di UIAM juga belum menerima jawapan. Saya buntu. Apa saya harus buat?
Interview terakhir saya di sekolah swasta Bukit Antarabangsa berjaya! Saya masih ingat doa saya waktu itu, “Ya Allah, Kau mudahkanlah apa yang terbaik untukku”. Perancangan Allah Maha Hebat. Di saat saya sudah berputus asa dengan UIAM dan sudah tidak nampak jalannya, urusan saya dimudahkan. Segalanya. Surat jawapan untuk saya baru sampai di saat pelajar lain sudah bermula. Itulah aturan Tuhan.
Subhanallah. Sungguh, tawakkal bukan hanya menyerah, tapi perlu ada usaha bersama pergantungan sepenuhnya pada Tuhan. Sehingga sekarang, saya masih belum percaya bahawa saya adalah pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Ujian membuat kita lebih menghargai sesuatu. Ujian mematangkan fikiran, mendidik hati bersyukur pada Tuhan. Di situlah wujudnya sumber kekuatan. Masing-masing ada pengalaman manis dan pahit tahun 2013, namun inilah sedikit catatan hidup yang boleh saya kongsikan buat ummah dan generasi.
2014. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Lebih bermuhasabah dan berjaya. Jika teman-teman merancang menukar status di tahun 2014, di sisi saya, perancangan itu ada. Tapi calonnya yang belum ada. hee
Sesungguhnya perancangan yang terbaik itu dari Allah. Inni tawakkaltu a’lallah.
Apabila kamu telah berazammaka bertawakkallah kepada Allah.” [Al-Imran : 159]
Cungkillah sendiri hikmah takdir hidup kita. Tiada siapa yang berminat dengan hidup kita, melainkan diri kita sendiri.
Keluarlah dari zon selesa kepada zon struggle bertemu Tuhan!
Share:

24 December 2013

Memegang Keyakinan





Temanggung, Jawa Tengah | 24 Desember 2013

Tulisan Kurniawan Gunadi

Saat ini, jika kita meyakini sesuatu. Maka peganglah itu kuat-kuat. Jadikan apa yang kita yakini menjelma menjadi pikiran dan perbuatan. Tidak perlu dengan sengaja menyebarkan keyakinan kita agar menjadi keyakinan orang lain. Biarkanlah orang lain memilih apa yang dia yakini.

Itulah prinsip yang saya ambil. Yang agama yang menjadi keyakinan saya ajarkan.  Keyakinan saya mengajarkan bahwa tidak boleh saya memaksakan orang lain memeluk keyakinan yang sama dengan saya. Sebab keyakinan itu sendiri bukan paksaan.

Dalam hal lain, ini berlaku. Ketika saya menyakini bahwa saya memilih tidak pacaran. Maka saya menjadikannya sebagai pikiran dan perbuatan. Seandainya kamu memilih untuk melakukannya. Itu tentu pilihanmu dan kita sama-sama tahu apa konsekuensinya. Kita semua cukup dewasa untuk memilih sikap.

Namun, dalam sisi lain. Keyakinan saya pun mengajarkan untuk menyebarluaskan  (dakwah) agar kebaikan senantiasa mengalir. Lalu jalan apa yang saya pilih, tentu saja tidak ada dakwah yang jauh-jauh lebih berkesan daripada memberikan teladan. Menjadi contoh.

Karena telalu banyak orang sibuk bicara di mimbar tapi di luar itu, tindakannya bertolak-belakang. Maka saya memilih untuk berusaha berdakwah dengan tindakan. Dengan saya tidak pacaran. Dengan saya tidak ini dan itu. Dengan saya memilih ini dan itu. Biarkan orang lain menilai itu baik atau buruk. Dan biarkan orang lain memilih untuk mengikutinya atau tidak.

Saya menulis. Itu adalah cara saya untuk menjaga diri. Sebab saya sama saja seperti manusia pada umumnya. Tidak sempurna, banyak khilafnya. Saya menulis agar ada - dan ada saja - orang yang selalu mengatakan kepada saya ketika saya melenceng. “Nih, kamu pernah nulis begini”.

Saya berteman dengan teman-teman yang memiliki keyakinan berbeda. Keyakinannya tentang rokok. Keyakinannya tentang hubungan lawan jenis. Keyakinannya tentang sekolah. Keyakinannya tentang keluarga dan pernikahan. Dan saya tetap berada pada keyakinan saya sendiri. 

Tidak lagi saya mengatakan sesuatu jika tidak saya lakukan. Keyakinan ini saya pilih dengan kesadaran penuh dan sadar pula pada segala konsekuensinya. Orang lain mungkin akan memaki-maki mengapa saya seperti ini dan itu. Berkomentar mengapa saya memilih ini dan itu. Dan saya memilih untuk tuli.

Tidak perlu kita bersusah payah menyebarkan prinsip/keyakinan kita kepada orang lain. Pegang itu dan amalkan dengan sebaik-baiknya. Orang lain akan melihat dari apa yang kita lakukan. Dan kita akan selalu diuji oleh apa yang telah kita katakan.

Biarkan orang lain memilih jalannya. Kita hanyalah perantara. Bukan sebagai pendoktrin. Biarkan orang lain melihat bagaimana cara hidup kita. Dan saling menghargailah.

Saya memilih menyebarkan semua dan apapun yang menjadi keyakinan saya melalui perbuatan. Sekiranya saya melenceng. Saya selalu menulis, membacanya kembali. Mengingatkan diri sendiri. Saya menulis untuk diri saya sendiri. Jika ada orang lain yang ikut membaca dan terpengaruh. Itu diluar kendali keinginan saya.

Silakan ambil apapun yang baik. Dan saya akan tetap menjalankan apa yang telah menjadi keyakinan saya. Memegangnya erat-erat. Mungkin berat, namun selalu saja dalam perjalanan ini, saya menemukan teman-teman yang memiliki keyakinan sama. Hal itu sangat berharga. Hal itu membuat saya semakin yakin, bahwa saya tidak sendirian.

Selamat memegang keyakinan. Apapun keyakinanmu, sadarilah bahwa kamu tidak asal memilih. Pahamilah segala konsekuensi atas pilihan keyakinan dalam hidupmu. Dan saling menghargailah, sebagaimana kamu ingin dihargai atas keyakinanmu.

Share:

18 December 2013

Cukuplah itu rahsianya


“Syaratnya dirimu harus sedar dan bersedia bahawa suamimu milik umat. Bahawa perkahwinan ini tujuannya juga untuk umat."

Jika ingin menjadi isteri seorang pejuang umat, bersedialah untuk melakukan PENGORBANAN dari segi wang ringgit, masa, perasaan, keinginan peribadi.....

Belajarlah untuk berdikari....

Belajarlah untuk tidak tewas dengan perasaan2 berkecil hati, sedih, kecewa, marah.....

Belajarlah berlapang dada dengan perbezaan2 yang tidak secocok dengan naluri & kehendak kita
Itu rahsianya, cukuplah.
Puan Azlina, ibu kepada allahyarham Ammar tersenyum. Tenang.
Anak mereka benar-benar menjadi milik umat. Aura cerita hidup Ammar  mengharum ke serata dunia. Sehingga kematiannya benar-benar jadi motivasi buat kita.
Rahsia itu bermula dari asasnya.
***********************************************
Datang datanglah wahai syahid,
Dambaan Mujahid.
Alfatihah untuk si peniup ney, Ammar!
Share:

13 September 2013

Motivator Syurga!

Hidup ini
Tak semua yang penting harus terlihat
Kata temanku
Jantung ini penting
Tapi bukankah ia tak terlihat?
Nun di sana ada suatu yang tak terlihat
Tak juga terbayang di akal fikiran
Namun ia jauh lebih penting dari seisi dunia
Itulah Syurga!
Aku berharap namaku ditampal di dinding-dinding  syurga.
 “Tinggi bangat ya anganmu Zulaikha!”
#Remembering Ahmad Ammar
Allahummaghfirlahu warhamhu
UIAM Sept 13
Share:

07 July 2012

searching, not waiting...




Bismillah..

Saya akui cuti kali ini saya update blog dengan cepatnya. Saya sendiri terkejut. 

Saya quote kata-kata Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man;

Org yang beriman akan berasa resah, penat dan bersalah, kerana jiwa mereka tidak tenteram - sebabnya hanya satu - kerana jiwanya terasa amat sedih kerana tuannya telah membazirkan masa yg tidak ternilai harganya kurniaan Allah di dunia ini.

Jangan duduk tanpa melakukan sesuatu berfaedah.

Jika anda tiada kerja berfaedah waktu ini, bangun dan baca Quran, baca apa-apa buku, berzikir, menulis, membersihkan rumah dan buatlah apa sahaja yg boleh menjauhkan diri kita drpd termenung dan kebosanan.

Saya sedang cuba melatih diri. Oleh sebab tiada kekosongan kerja di tadika, saya kembali menyambung tugasan biasa setiap kali cuti. Mendidik anak2 kecil di sini mengaji Quran. Seronok sangat sebenarnya.. ^_^

“Manusia itu ibarat logam. Barangsiapa yang bagus di waktu jahiliyah, pasti akan bagus juga di waktu dia islam, sekiranya dia seorang yang faham (akan agamanya)”-HR Muslim, Tirmizi & Ahmad-

Pernah dengar hadis ni? Ini hadis faveret saya sejak saya menerima Isk suatu masa dulu.


Setiap manusia pasti memiliki potensi. Jika tidak digunakan untuk Islam, pasti akan digunakan untuk selain Islam. Hebatnya dalam jahiliyah, pasti hebat juga dalam Islam jika dia faham. Lihat saja Umar!

Saya kagum dengan mereka. Penghijrahan mereka bukan biasa2 tapi luar biasa. Mereka sedang melaksanakan tugas mereka selaku khalifah di muka bumi. Menyeru manusia kepada islam dengan ilmu yang ada bersandarkan hadis nabi:


“Sampaikan dariku walaupun satu ayat” (HR Bukhari)

Bayangkan boleh jadi akan bertambah orang yang mengamalkan islam kerana pengaruh mereka. Inilah yang dinamakan logam-logam islam!

Sham said: "Saya bukan ustat,... saya baru nak start!. Saya berumur 36 tahun, all 35 years is lagha..”

Dr Hafidzi’s respond: “No! all 35 years of your life has not gone to waste, ALLAH is preparing you to take on the youth and bring them on the path of goodness. Alhamdulillah!”

Hidayah itu kata Mufti Ismail menk, perlu dicari dengan penuh kesungguhan. “Those who struggle in Allah’s way, the doors  of Allah will open in their way”

Dan kesungguhan bukan hanya untuk orang yang baru berhijrah. Tapi, untuk kita yang  sudah faham islam. Kerana hidayah itu hak mutlak Allah dan satu anugerah. Boleh ditarik bila2 masa apabila kita sudah mula mengabaikannya.


Setelah mendengar forum perdana semalam;
Sangat menarik, sekitar isu semasa dan politik,
Terasa ingin meneliti kelemahan majlis fatwa di Malaysia,
InsyaAllah..
Doakan saya;
BidadariQalby
Share:

Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories