"Everyday is a brand new start"

06 November 2014

Tak Tercapai Akalmu

pic: credit to Hujan Matahari

Polis trafik UIA sedang mengawal ketat di pintu pagar utama. Beberapa pelajar ditahan kerana tiada sticker.

"Ah, kali ini aku harap terlepas lagi dari disaman!"

Dalam hati saya berdoa sungguh-sungguh: "Ya Allah, mudahkanlah urusan ini bagiku." Saya menutup mata, menghembus nafas perlahan dan akhirnya saya disaman.

"Terima kasih pak cik". Dengan 'senang hati', saya menerima surat saman pertama daripada pak cik trafik.

Sempat saya membebel dalam hati. Bukannya saya tak pernah memohon sticker sebelum ini, tapi ditolak.

Alasannya, kereta sudah terlebih had di UIA.


Nasib agak baik, selama berbulan-bulan saya berjaya berkenderaan tanpa sticker.

Hari ini, Allah mahu menguji sememangnya.

Dan hari ini, "booster" untuk saya berusaha lebih gigih.

Surat rayuan dibuat dan saya dapat bercakap sendiri dengan pengetua mahallah.

At last, alhamdulillah, approved!

Dan cerita pun tamat. 

Jadi, percaya atau tidak bahawa Allah Maha Mengabulkan doa?

"Aku tak mengkhuatirkan apakah doaku akan dikabulkan," kata Umar Al-Khattab, "Sebab, setiap kali Allah mengilhamkan hamba-Nya untuk berdoa, maka Dia sedang berkehendak untuk memberi kurnia." Sambung Al-Faruq.

Allah menjawab doa saya dengan sesuatu yang jauh lebih baik. Bukan dengan terlepas dari sekali saman, tapi dari berkali-kali saman sesudahnya. 

Dengan sekali saman itu, saya mampu menarik nafas lega setiap kali melintasi pintu besar UIA. Itu lebih baik bukan? Berbanding mencari ilham untuk terlepas sehingga idea-idea 'nakal' pun boleh muncul di akal fikiran.

Begitulah baiknya Allah, selalu memberi yang lebih baik.


Cerita ini hanya secebis cerita lama yang dikenang semula.

Sungguh, susunan cerita Allah itu sangat cantik tak tercapai akal.

Maka pada tiap doa, sesungguhnya kita diharap bersedia untuk menerima yang lebih baik, lebih banyak dan lebih indah. Di dunia mahupun di akhirat.

Sebab, hanya di tangan-Nyalah segala kebaikan.

Allahummaghfirlana zunubana Ya Allah.

Share:

3 comments:

  1. Salam akak.. nk tanya sket .. result rayuan upu sy x dpt uia .. dulu upu yg first pun x dpt .. sbb sy dpt iv asasi tesl uitm but tak sempat pegi sbb gi umrah sekluarga .. so kwn sy suruh buat appeal letter . Smlm rayuan upu kuar dia dapat uitm but today cfs call ckp dia dapat uia . So nk tny if sy hantar surat dlm mgu ni, kalau dapat, sy akn masuk intake skali dia ke? Intake 23rd june . Tima kasih .. :)

    ReplyDelete
  2. Knape hantar kat sini dik?huhu akk baru baca..maaf

    ReplyDelete
  3. Knape hantar kat sini dik?huhu akk baru baca..maaf

    ReplyDelete


Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories

Blog Archive