"Everyday is a brand new start"

16 November 2014

Bidadari Rasulullah



"..maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir" (Al-A'raf:176)

Khadijah bertanya : "Apa yang menyebabkan kau menangis wahai suamiku?"

Lalu kata Rasulullah SAW: 

"Wahai Khadijah, dulu kamu seorang jelitawan tetapi sebaik kamu berkahwin denganku hilang susut jelitamu kerana keperitan berada di pentas perjuangan.

Dulu kamu seorang hartawan, tetapi sebaik kamu berkahwin dengan Muhammad SAW, habis harta bendamu yang kamu infaqkan untuk Islam."

Maka sampailah ajal Khadijah Al-Khuwailid kekasih nabi tercinta.

"Dialah isteri yang membenarkan aku ketika orang lain mendustaiku, 
Dialah isteri yang pertama beriman kepadaku di saat orang lain masih kafir, 
Dialah isteri yang memberikan harta di saat tiada seorangpun yang memberi hartanya kepadaku."

Tahun itu menjadi tahun dukacita.


Mekah terasa sepi
Awan pilu menyelubungi
Kehilangan yang amat dirasai
Takkan ada pengganti dirimu

Berpisah dengan Khadijah tidak memisahkan kecintaan baginda padanya.

Sifat Khadijah yang dituturkan Rasulullah, itulah karakter yang sepatutnya ada pada seorang wanita.

Sebagai contoh bagaimana memperkasakan keimanan, dan mempersiapkan rahim terbaik, yang darinya lahir zuriat terbaik yang boleh memberi kemakmuran kepada dunia ini.

Tiada pilihan yang diberi kepada Khadijah seperti isteri Rasulullah yang lain, malah Allah berkirim salam padanya.

Jawab Khadijah dengan tenang; "Daripada Allah kesejahteraan, daripada-Nyalah kesejahteraan dan ke atas Jibril diharapkan kesejahteraan."

Layaklah beliau dipilih menjadi penghulu wanita syurga, selain Maryam, Asiah dan Fatimah Az-Zahra.

Khadijah merupakan sebaik-baik contoh perhiasan dunia. 

Sebagaimana sabda nabi SAW bermaksud;

“Sesungguhnya dunia itu  adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.” 
(Hadis Riwayat Muslim)

Share:

0 comments:

Post a Comment


Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories

Blog Archive