Diskusi Fiqh Kerahsiaan Wanita di UKM |
Persoalan yang sering berlegar di fikiran kaum wanita:
"Adakah keputihan ini najis?"
"Adakah keputihan menyebabkan tidak sah solat?"
"Adakah batal solat jika tiba-tiba keputihan itu keluar?"
Di sini terdapat dua pandangan:
PERTAMA: Pandangan terkuat dalam Mazhab Syafie, pendapat Abu Hanifah dan lemah di dalam Mazhab Maliki menyatakan bahawa cecair tersebut adalah BERSIH.
Mereka mengqiaskan kepada cecair badan seperti di dalam mulut dan hidung serta ke atas peluh badan.
Keputihan bukanlah cecair yang keluar dari lubang air kencing, tetapi dari rahim.
KEDUA : Pendapat Mazhab Hanafi, masyhur dalam Mazhab Maliki dan sebahagian pendapat di dalam Syafie mengatakan bahawa keputihan adalah NAJIS.
Mereka mengqiaskan kepada hukum air kecing dan mazi.
Kesimpulan:
Bagaimanapun, pendapat kedua sedikit membebankan wanita kerana keputihan sering berlaku tanpa kehendak tidak seperti air mazi, yang mana keluarnya ketika syahwat.
Menurut Dr Saadudin Mus'ad Hilali, hukum asal bagi keputihan adalah bersih diqiaskan kepada mulut dan hidung, tetapi ia menjadi najis jika bercampur dengan najis seperti air kencing, mazi atau darah.
Maka sah wudhuk, solat dan tawaf jika keputihan tersebut tiba-tiba keluar.
Pendapat #UmmuZayd:
Walaupun diberi keringanan, tapi adalah lebih baik kita membersihkan diri setiap kali ingin solat.
Bukankah kita mahu mengadap Allah dalam keadaan paling bersih dan cantik?
Mohon maaf salah dan silap.
Sumber:
Buku Fikh Kerahsiaan Wanita.(Edisi Terjemahan)
Diskusi Fikh Kerahsiaan Wanita UKM, Ustaz Fauwaz Fadzil.
Sumber:
Buku Fikh Kerahsiaan Wanita.(Edisi Terjemahan)
Diskusi Fikh Kerahsiaan Wanita UKM, Ustaz Fauwaz Fadzil.
22112014
0 comments:
Post a Comment