Ustaz Abdullah Bukhari bercerita;
Ujian untuk para isteri Rasulullah SAW bukan kecil. Mereka hidup dan berjuang dalam kesusahan dengan Rasulullah SAW. Allah pernah menguji mereka dengan jaminan kemewahan sebagai mut’ah perceraian atau kekal hidup miskin sebagai isteri Rasulullah SAW. Firman Allah:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ إِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا (28) وَإِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالدَّارَ الْآَخِرَةَ فَإِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْمُحْسِنَاتِ مِنْكُنَّ أَجْرًا عَظِيمًا (29)
Ertinya: Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. "Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala yang besar" (al-Ahzab[33:28-29]).
Subhanallah! Mereka membuat pilihan tepat untuk kekal sebagai isteri baginda SAW, tanpa sebarang keraguan.
Sebagai ganjaran kesetiaan mereka itu, Allah membataskan para isteri Rasulullah hanya dengan mereka sahaja (Tafsir al-Tabari). Seakan kesetiaan diganjari kesetiaan. Ia disebut dalam ayat ini:
لَا يَحِلُّ لَكَ النِّسَاءُ مِنْ بَعْدُ وَلَا أَنْ تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَاجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ إِلَّا مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ رَقِيبًا
Ertinya: Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baharu sekalipun engkau tertarik hati kepada kecantikan mereka, kecuali hamba-hamba perempuan yang engkau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengawasi tiap-tiap sesuatu (al-Ahzab[33.52]).
Inilah bukti rahmat Allah kepada para isteri Rasulullah SAW yang mengorbankan kehidupan dunia untuk ni’mat akhirat yang kekal abadi. Alangkah indahnya rumah tangga yang dibimbing wahyu seperti ini.
Ujar Tere Liye; Kebahagiaan adalah kesetiaan.
Setia atas indahnya merasa cukup, setia atas kecintaan berbagi, dan setia atas ketulusan berbuat baik. Bukan atas gemilang harta, pesona nama besar, apalagi tongkat kekuasaan.
Setia atas indahnya merasa cukup, setia atas kecintaan berbagi, dan setia atas ketulusan berbuat baik. Bukan atas gemilang harta, pesona nama besar, apalagi tongkat kekuasaan.
#Catatan diskusi tafsir Al-Quran - Selayang - 011114
0 comments:
Post a Comment