"Everyday is a brand new start"

30 January 2010

Monolog sekeping hati..




Ku cari yang Satu di celah-celah kesibukanku
Dalam keletihan sungguh aku bahagia
Memikul saratnya amanah Yang Esa
Mengalir aliran ketenangan
Memenuhi setiap sudut jasad
Di situ Dia jadikan aku pemburu cinta-Nya
Di situ Dia menguji janjiku pada-Nya.....

Tuhanku.....

Tegarkan diriku dengan semangat Sumaiyah
Jadikan akhlakku seindah srikandi Khadijah
Biar sesunyi Zinnirah di daerah duniawi
Namun seharum nama Masyitah di medan Syurgawi

Ya Allah....

Pasakkan di qalbuku kekuatan
Kerana perjalanan mana mungkin begitu mudah
Ranjau-ranjau ujian dan bisikan si durjana
Kalau lelah pasti kalah
Kurniakanku kegagahan
Dalam episod hidup yang seketika
Menanti pertemuan KITA di taman syurga...

"Biar sendiri hingga hujung nyawa.....
Asal tak sepi dari kasih-Nya....."


30 Jan 2010

Share:

24 January 2010

Kita semua adalah pasukan di jalan Allah..


















…maka hendaknya ucapanmu itu ditujukan untuk hati dan dirimu sendiri… -Kata-kata Syeikh Uthman al-Hiri-

Jangan kau fikir menteri-menteri, badan kepimpinan pelajar atau seangkatan yang hanya digelar pemimpin bahkan pandanglah dirimu sendiri. Sesungguhnya kamu itu sebenarnya pemimpin!

‘Pemimpin’. Mungkin bahang hari pengundian calon MPP masih terasa hangatnya. Bukan kerana tarikh bersejarah itu merupakan hari lahir diri ini tetapi debaran penantian keputusan. Apa yang diharapkan adalah wajah-wajah yang bersemangat juang menegakkan Islam tercinta berada di tangga teratas. Wajah-wajah yang akan menyentuh hati manusia agar mencintai dan mengamalkan Islam. Amin.. Wahai pemimpin, pasang niatmu baik-baik. Usaha kotakan apa yang dikata..Jangan hanya tinggal janji semata..Ingatlah, kelak kau pasti ditanya..

Ikut cara Nabi SAW..Bagaimana menjadi pemimpin penembus tembok hati manusia..

*Sebelum memimpin individu lain, nabi sering mengawasi dengan memimpin diri sendiri terlebih dahulu.Jaga matamu kerana boleh merosakkan hati. Jangan kau berkata melainkan yang benar,indah dan bermakna. Pimpin nafsumu baik-baik..
*Nabi memperlihatkan kepimpinannya tidak hanya menyuruh atau melarang, tetapi beliau berjaya memimpin dengan contoh teladan terbaik. Dalam kehidupannya, baginda sering melakukan kerjanya terlebih dahulu sebelum diperintahkan kepada indvd lain. Seimbangkan kata-katamu dengan perbuatan.

“Amat besar kebencian di sisi Tuhan apabila kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan.”(Surah As-Saff :3)

*Kepimpinan beliau tidak menggunakan akal dan fizikalnya, tetapi memimpin dengan hatinya. Baginda mencurahkan cintanya sehingga setiap individu dapat merasakan cintanya dengan penuh kasih sayang,tutur kata dan tingkah lakunya yang menawan.

Menyelusuri kisah kepimpinan syeikh Hasan Al Hudhaibi, lihatlah bagaimana beliau lebih suka tinggal di penjara Turrah bersama anggota ikhwan yang masih dipenjarakan dari tinggal di rumah bersama keluarga malah beliau menolak penghawa dingin yang diletakkan di penjara beliau kerana anggota ikhwan yang lain tidak mendapat kemudahan tersebut..Itulah dia pemimpin yang hebat!

Wa akhiran, saya suka untuk berkongsi wasiat daripada imam Hasan al-Banna…

Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim.
Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kemarin, dan impian hari ini
adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya
kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena
kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah
sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.
Share:

21 January 2010

Menjejaki Semangat Al-Fateh...



HIPOTESIS HARI LAHIR
Semakin pendek umurku..
Semakin dekat aku kepada kematian...
So, Selamat pendek umur duhai diri!

Atau bak kata Cikgu Sains saya dulu hipotesis boleh jadi juga seperti ini:
Jika tiba Hari Lahirku, maka mengertilah aku bahawa telah hampir saatku kembali

Saya sudah besar rupanya..
Apa yang paling berubah??
Betul!!!
TEEN bertukar TY

Hmm...seiring umur yang meningkat, bersama waktu yang kian pantas berlalu..
Mengapa tidak saya berubah?
Jadi,saya mencipta satu formula sebagai gadis 20 tahun
“TY”
Tidak kepada Ya!!
…Apa pulak kaitan TY dengan Al-Fateh??

Back to seerah….
Sultan Muhammad Al-Fateh
Seorang yang di zaman kecilnya lebih suka bermain-main dengan temannya
Seorang putera yang degil dan keras hati bahkan pernah dirotan
Namun pada usia 22 tahun, beliau telah menjadi pemerintah 20 negara
Malah telah berjaya merealisasikan misi paling mustahil dalam sejarah dunia
Konstantinopel berjaya ditakluki
Ternyata, pelbagai persiapan rapi dibuat demi kejayaan Islam
Point saya di sini ialah pada umurnya..

Baik, kembali ke tahun 2010
Seorang gadis itu..
Berusia 20 tahun..
Apa yang telah dilakukannya untuk Islam?
Adakah dia punya matlamat besar untuk Islam?
Malu sungguh malu..
Biar mereka kata tidak, mustahil,..
Semangat Al-Fateh, bersemadilah di dalam jiwaku..
Agar aku juga bisa kuat demi Islam yang gemilang..
Allahuakbar!!!
Share:

13 January 2010

Mencari Kebenaran Cinta...



Anda sudah bersedia dengan satu penemuan di alam komputer??

Dalam design phase software engineering, ada 1 istilah namanya coupling. Coupling ini untuk mengukur betapa rapatnya 2 modul terikat. Makin rapat ia bercouple makin kurang ia berdikari. Disebabkan objektif sesebuah sistem komputer adalah untuk jadikan ia seberdikari yang boleh, so coupling antara modul dalam sistem komputer perlulah diminimakan seminima yang mungkin.

In conclusion, “tak perlu kot couple2” hehe~. Komputer sendiri membenarkan kenyataan itu. Malah hakikatnya tiada istilah “islamic couple” kerana couple sebenar adalah selepas perkahwinan. Perasaan itu fitrah namun fitrah akan bertukar fitnah bila kita melanggar peraturan cinta. Percayalah, menyimpan rasa adalah lebih baik-di saat belum bersiap. Insya-Allah terhindar fitnah. Bukankah mujahadah itu manis? Allah tidak akan memungkiri janji-Nya..

Jangan dicemari permulaan untuk kebaikan pengakhiran

Bukankah kita ingin bercinta sampai ke syurga?

Wallahualam…
Share:

Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories