Alunan Ney : Kervan
Alhamdulillah... Akhirnya saya menulis!
"Nuun , Demi pena dan apa yang mereka tuliskan" ( Al-Qalam :1)
Masa terasa begitu pantas. Bila datang keinginan menulis di blog, badan pula keletihan memujuk rehat. Mengurus 4 subjek di semester 3 sedikit memenatkan. Akhirnya, apa yang ingin dikongsikan hari itu terpadam begitu sahaja. Hampa.
Ini bermakna, biiznillah... hanya berbaki satu semester untuk disempurnakan. Soalan demi soalan ditanya tentang perancangan selepas habis pengajian. Saya masih tiada jawapan.
Nun di sana, saya melihat masyarakat sedang menunggu, dan mata ummah berkaca meraih simpati. Apakah manfaat yang bakal diraih dari seorang pelajar Sarjana Fiqh & Usul Fiqh UIAM ini? Hati saya jadi berdebar-debar.
Apakah agama ini mundur sedangkan aku masih hidup?
(Abu Bakar As-Siddiq)
Tupperware Pengalaman
Kekuatan mendepani ummah terkadang bukan hanya datang dari himpunan pengetahuan dan fakta-fakta ilmiah. Bukan juga dari cemerlangnya presentation dan assignment yang kita lakukan. Bahkan dari pengalaman hidup sendiri yang membina.
"You as a master student, try to work in order to get more experience. Kerjalah apa sahaja."
Pesan Dr Saodah kepada kelas. Hari ini, beliau menyentuh lagi tentang skills dan knowledge untuk subjek Critical Thinking.
"Belajarlah walaupun dari seorang tukang masak karipap yang sedap."
Then you will get extra. Skill and knowledge.
Then you will get extra. Skill and knowledge.
Betul, knowledge itu penting. Tetapi seorang 'intelligent' adalah yang berusaha mempelajari pelbagai kemahiran sehingga mampu menterjemahkan ilmu dengan kepelbagaian skil.
Saya menyiku teman yang khusyuk di sebelah. "That's why we should go for business seminar."
Nasihat yang lebih kurang sama diberikan oleh Datin Latifah.
Beliau selalu bertanya tetang perancangan saya selepas ini. Saya jawab, minat saya ke arah menjadi seorang pendidik.
"Back to the basic. Mula belajar dari bawah bagaimana berdepan dengan pelajar-pelajar yang berbeza level. Kawan saya arwah Ahmad hanya bermula sebagai guru budak-budak sebelum menjadi orang hebat dalam Kementerian Pendidikan."
Pointnya di sini; cari banyak pengalaman.
Ketika kamu masih muda, bekerjalah untuk menimba pengalaman bukan untuk mencari pendapatan. (Robert Kuyosaki)
Perjuangan An-Nursi
Badiuzzaman Said Nursi sendiri memiliki keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi ”seseorang” yang mampu memberi sumbangan yang besar kepada agama dan negara seperti yang biasanya dilakukan oleh para ulama.
Bukan sekadar memiliki pengetahuan yang luar biasa, Said Nursi pandai memanah dan berkuda sehingga beliau diberi posisi Komando Regimen yang melawan pencerobohan Rusia.
Sedikit sebanyak semangat beliau memberi kesan dalam hidup saya lebih-lebih lagi setelah membaca Risalah An-Nur.
Saya yakin Risalah An-Nur begitu menyentuh kerana beliau sangat jelas dengan matlamat penulisan yang tidak lain bertujuan menjernihkan semula persoalan keimanan yang ketika itu bertembung dengan ideologi sekular dan atheis yang amat berpengaruh.
Jika tidak, masakan An-Nursi sangat gigih menulis Risalah An-Nur meskipun terpaksa menempuh kehidupan di penjara dan dibuang. Salah satu penulisan beliau adalah bertajuk, “Panduan untuk Pemuda, Kemanisan Penjara”, yang mana beliau meletakkan penjara sebagai rumah kedua kepada penegak Islam dan kebenaran.
"Demi menyelamatkan iman masyarakat, aku telah mengorbankan kehidupan dunia dan akhiratku. Kerana, iman itulah tiang utama masyarakat Islam; kalau itu tiada maknanya, masyarakat pun runtuh". (Said Nursi)
Beliau terus gigih dengan usaha untuk memartabatkan umat Islam sebagai ‘Umat Contoh’, dan perjuangan inilah yang perlu tertanam di hati setiap insan.
Teladan dari Risalah Cahaya
Perjuangan An-Nursi
Badiuzzaman Said Nursi sendiri memiliki keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk menjadi ”seseorang” yang mampu memberi sumbangan yang besar kepada agama dan negara seperti yang biasanya dilakukan oleh para ulama.
Bukan sekadar memiliki pengetahuan yang luar biasa, Said Nursi pandai memanah dan berkuda sehingga beliau diberi posisi Komando Regimen yang melawan pencerobohan Rusia.
Credit to Ustaz Pahrol. |
Jika tidak, masakan An-Nursi sangat gigih menulis Risalah An-Nur meskipun terpaksa menempuh kehidupan di penjara dan dibuang. Salah satu penulisan beliau adalah bertajuk, “Panduan untuk Pemuda, Kemanisan Penjara”, yang mana beliau meletakkan penjara sebagai rumah kedua kepada penegak Islam dan kebenaran.
"Demi menyelamatkan iman masyarakat, aku telah mengorbankan kehidupan dunia dan akhiratku. Kerana, iman itulah tiang utama masyarakat Islam; kalau itu tiada maknanya, masyarakat pun runtuh". (Said Nursi)
Beliau terus gigih dengan usaha untuk memartabatkan umat Islam sebagai ‘Umat Contoh’, dan perjuangan inilah yang perlu tertanam di hati setiap insan.
Teladan dari Risalah Cahaya
"Experience is the best teacher"
Pengalamanlah yang banyak mengajar kita bagaimana menyantuni masyarakat dan membentuk daerah suci dalam lapangan yang akan kita ceburi. Membentuk masyarakat atau ummah supaya faham dan akur terhadap kehendak beragama. Membentuk diri sebagai pendidik yang mementingkan kebenaran.
Sebagaimana usaha yang pernah dilakukan Badiuzzaman Said Nursi.

Pesan Dr. Muhammad Badie' tentang kewajipan terhadap masyarakat:
"Dan dalam keserabutan urusanmu, matlamat yang jelas akan memandu kamu dan memudahkan kamu di kala kesusahan, dan mempercepatkan kepada matlamat. Dan sesungguhnya perbuatan kamu akan lebih dilihat berbanding percakapanmu kerana perbuatan seorang dapat mengesani seribu orang, sedangkan percakapan seorang tidak semestinya dapat mengesani seseorang."
Dari Risalah Cahaya, saya sedang belajar bagaimana membina dan menyuluh jalan di hadapan.
Dari Risalah Cahaya, saya sedang belajar bagaimana membina dan menyuluh jalan di hadapan.
Sungguhlah keluhan itu hanyalah musibah di atas musibah
Dosa di atas dosa dan derita!
Jika anda tersenyum di hadapan musibah...
Nescaya ia akan layu dan larut...
Di bawah mentari kebenaran, menjadi butiran - butiran ais
Saat itulah duniamu tersenyum
Senyuman yang menyiratkan keyakinan
Senyuman gembira karena pancaran keyakinan...
Senyuman kagum karena rahsia - rahsia keyakinan...
(Bediuzzaman Said Nursi dalam Cahaya Kedua Kitab Al Lama'at)
****************************
Feb, 2015. UIAM.