Ibu Wirianingsih |
Pertama kali saya menemui beliau di Seminar Baitul Muslim 1 yang dianjurkan One Heart Creative Solution. Beliau bersama suami, Pak Tamim dan 3 orang anak-anaknya di satu pentas. Kata-kata sosok wanita hebat itu menarik perhatian saya. Beliau Ibu Wirianingsih!
10 zuriat mereka anak-anak yang soleh, hafal Al-Quran dan cemerlang. Padahal, ibu Wiri dan Pak Tamim kedua-duanya super sibuk!
Mendengar bicara beliau, saya tak nafikan cita-cita beliau tinggi untuk menjadikan semua cahaya mata penghafaz Al-Quran. Alhamdulillah, banyak tips yang dikongsi untuk diamalkan.
Saya teringat pesanan ustazah Norhafizah Musa;
"Kalau benar kita mahu jadikan anak kita pencinta Al-Quran, kita lah dahulu yang harus menunjukkan cinta pada Al-Quran dan menghafaz Al-Quran"
Ibu Wiri berpesan, sebelum bernikah tanamkan niat dan misi untuk melahirkan penghafal Al-Quran. Tambah beliau, kesuksesan mendidik anak memerlukan sinergi antara suami dan isteri. Ibu Wiri tidak sendiri melainkan bersama suami, maka suami-isteri harus memiliki satu visi, ayah merancang GBHK/Garis Besar Haluan Keluarga dan ibu menjadi UPT/Unit Pelaksana Teknik untuk merealisasikannya. Subhanallah.
Jika begitu, perkahwinan tidak hanya menyatukan cinta, namun jauh lebih penting adalah mensinergikan dua insan yang bermatlamatkan Allah untuk bekerjasama membentuk keluarga sakinah mawaddah wa rahmah yang bakal melahirkan pejuang agama Allah. Justeru, kita lah dahulu yang perlu berusaha mempersiapkan diri dengan ilmu dan memperbaiki diri sebelum mendidik generasi.
Jika hal yang remeh begitu mudah menggoyahkan emosi kita, membuat kita putus asa, lalu bagaimana apabila diuji dengan ujian mendidik anak-anak nanti?
Jika hal yang remeh begitu mudah menggoyahkan emosi kita, membuat kita putus asa, lalu bagaimana apabila diuji dengan ujian mendidik anak-anak nanti?
Mudah-mudahan kita menjadi pencinta Al-Quran.
Ya Allah, hiasilah kami dengan hiasan Al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan Al-Quran. Amin.
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya :
“Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini”. (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)