"Everyday is a brand new start"

16 November 2009

Bila giliran kita?


Semalam, saya mendapat sms daripada seorang ukhti tentang khabar kematian seorang teman di universiti saya.Berita begini terus menaikkan bulu roma saya.

Seminggu yang lepas, berlaku kematian ibu kepada salah seorang teman saya. Semoga ujian ini menjadikan dirinya lebih kuat...

Teringat perbualan yang berlaku antara saya dan seorang teman semalam..
"Macamana kalau salah seorang antara kita dijemput Allah dalam masa terdekat ni?"
Sengaja saya mahu melihat reaksi teman saya itu. Dia terdiam. Mungkin sedang memikirkan jawapan.
"Saya sendiri tak pasti apakah saya benar-benar kuat untuk menghadapinya"Kata saya. Sungguh, ada rasa sayu di dalam jiwa. Dalam hati, saya berharap jangan dia pergi dulu sebelum saya..

Melihat kepada kisah-kisah insan terpilih, sesungguhnya mati itu sangat dekat. Bahkan "terlalu" dekat. Namun, seperti kata seorang ustaz, sesuatu yang terlalu dekat biasanya sukar dilihat. Cuba kita rapatkan kedua-dua belah tangan ke mata.Rapat dan lebih rapat lagi..akhirnya pandangan kita terhadapnya akan menjadi terlalu samar.Kita tidak akan nampak apa-apa lagi.

Mudah mengatakan, "kalau mati cepat kan bagus,nanti bertambah banyak dosa yang dibuat kalau hidup lama"..."Harap sangat nak mati cepat.Orang baik kan mati cepat"
Imam Syafie meninggal dunia ketika berumur 51 atau 52 tahun.Imam Nawawi lebih muda daripada itu.
Allahyarham Ammar Zulkifli, seorang pelajar Malaysia yang masih muda belajar di Kaherah yang mana terlibat dalam kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawanya. Namanya terus segar di ingatan teman-teman bahkan juga oleh insan yang tidak pernah mengenali dirinya-termasuk saya. Semoga dia bukan sahaja dikasihi penduduk dunia tetapi juga penduduk langit.

Ingin cepat mati. "Baik" kah kita? Cukupkah amalan dan persiapan kita? Tepuk dada, tanya iman.Berdoa dan terus berdoa agar kita mati dalam husnul khatimah tidak kira cepat atau lambat.

Tunggu dulu!!! Hakikatnya,kita bukan saja perlu mempersiapkan diri kita untuk mati bahkan juga mempersiapkan diri kita untuk menerima kematian orang lain.Bukankah kita semua hak milik Allah???
Share:

Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories