Dia merasa hairan sahabat yang lainnya tidak membawa tamar untuk berbuka.
Sahabat-sahabat berkata : “Kami tak fikir kami akan berbuka puasa, kami fikir kami akan perang dan mati syahid dan berbuka di syurga Allah azza wajalla”
Dia ingat dialah yang berfikir paling ke hadapan, padahal sahabat jauh lebih ke hadapan memikirkan nikmat syurga kerana mati syahid.
Apabila hati terasa sempit dengan dunia. Di saat kita sedih kerana dunia tak berpihak pada kita. Dan kita hanya mampu melihat dan mendengar kenikmatan yang orang lain rasakan.
Bayangkanlah nikmat syurga Allah, walaupun yang kita bayangkan masih bukan syurga kerana syurga itu jauh lebih indah.
“Ya Allah ceritakan aku tentang syurga agar diriku tak terlalu sedih dan mengejar dunia.”
Subhanallah. Membaca ayat-ayat terakhir surah Al-Ankabut benar-benar memberi inspirasi dan ketenangan.
57. Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.
58. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, sungguh, mereka akan Kami tempatkan pada tempat-tempat yang tinggi (di dalam syurga), yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang berbuat kebajikan,
59. (iaitu) orang-orang yang bersabar dan bertawakkal kepada Tuhannya.
Dan, begitulah cerita Allah padaku. KataNya lagi;
64. Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui.
Ketika manusia membayangkan nikmat dan keindahan yang mereka inginkan dari dunia. Pandanglah jauh lebih ke hadapan pada nikmat yang kekal abadi, nikmat syurga dan bertemu Allah di sana.
Justeru, kita tidak akan terlalu sedih dengan dunia.
Catatan ini untuk generasi.