"Everyday is a brand new start"

20 April 2012

Take a rest!


"If you make zikr you won't become stressed, If you are getting stressed actually you're not doing enough zikr"- Shaykh Hamza Yusuf Hanson.


Oh, I see..  Allah dah lama pun bagitau dalam surah Ar-Ra’du ayat 28:

"Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..." 


Means that hanya dengan ingat Allah kita boleh jumpa ketenangan tu. Sebab hati kita bila ingat Allah, akan dapat kekuatan, bisikan malaikat akan menang.

Pening? Serabut? Gelisah? Jiwa kacau? Risau? Rasa nak marah?

Jangan lupa baca Quran!

Eh, u know that bila baca Quran macam dengar Allah bagi ayat-ayat chenta kat kita, dengan baca Quran hati kita akan jadi lembut, tenang sangat...

kiut kan baby ni baca Quran.. (^^,)

Dan, Rasulullah pernah cakap kat Bilal: “Rehatkan kami dengan solat wahai Bilal”

Nah, Rasulullah pun rehat dengan solat. Kalau sayang Rasulullah, jom ikut baginda. Juz do solat, dan kita boleh luah, cakap macam-macam dengan Allah..

Sebab tu, orang beriman ni hatinya tenang. 

Best kan jadi orang beriman!


-BidadariQalby-
Musim assignment, exam, presentation, blablabla-
Eh, ingat Allah Lah..
Share:

14 April 2012

anugerah CINTA


“Kenapa atom itu berlaku secara pair tak single?”
“sebab bila atom ni pair, maka energinya lebih stabil (octet condition)”
As usual, Dr Salina bertanya dan beliau sendiri menjawabnya…    heheh

Oh, that’s why lah kita kena pair. Jangan single lama-lama kan.. (sengih.khayal)

Tersentuh hati saya membaca tulisan Ustaz Wan Ahmad. Tulisan yang selalu memberi inspirasi kepada saya. Tapi, tulisan beliau kali ini versi, “Cinta sampai syurga”.

Apa yang buat saya rasa osem?

Oh Subhanallah! Cinta tu sampai boleh

a.       Membuat sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.
b.       Membuat sesuatu yang biasa menjadi luar biasa.
c.       Membuat sesuatu yang hampa menjadi penuh makna.

Wow, hebat kan cinta! Cinta ni ada tenaga yang sangat luar biasa, sebab tu lah

“Ketika seseorang telah menyatakan cinta dan berkomitmen dengan cinta, maka segala tingkah lakunya akan berjalan di jalur cinta tersebut”

Love is is verb. Bila ada cinta, kena ada tindakan.

Rasulullah sanggup korbankan nyawa, diri, harta sebab cintakan Allah...

Sahabat sanggup buat apa saja sebab cintakan rasulullah.. 

Look how the love affects human! sampai Bilal tak mau azan dan nak tinggalkan Madinah selepas Rasulullah wafat, kenapa? Sebab Bilal tak dapat tahan air matanya bila alunkan azan, sebab Bilal akan teringatkan Rasulullah.. sebab Bilal sangat cintakan Rasulullah…!

Lihat, indah kan bila ada cinta.

Indah bila disalurkan ke tempat yang benar…

Kerana apa yang dimahukan dari cinta itu? Yup, keredhaan Allah..

Alangkah baik bila kita gunakan anugerah cinta itu di jalan Allah, cinta pada Allah, rasul, ibu bapa, dakwah, cinta pada kebaikan…cinta pada apa yang membuatkan kita mencintai Allah…

Cinta yang fitrah itu, jaga baik-baik supaya tak menjadi fitnah..insyaAllah dengan izinNya akan dianugerah cinta dari hamba yang mencintaiNya..

Ah, sweetnya!

Itulah cinta.


Share:

07 April 2012

geng Digital

Mengimbau kenangan dulu..

Betul betul betul. Angguk angguk. Gelak. Gelak pada diri sendiri agaknya.
Teringat waktu kecil2 dulu, panjat pokok, main masak2, tah nusuk (itu bahasa Terengganu untuk main sorok2. heh), jalan2 dengan kawan2 pagi sampai ke petang,, nak nak waktu cuti..

Beda. Beda dengan anak2 kecil sekarang. Lebih selesa berada di depan laptop atau ipad..semua games tersedia di depan mata.. main masak2?? Sorok2?? Oit, semua dah ade kat hujung jari la sis..buat penat je keluar rumah!

Cik adek wawa khusyuk dengan galaxy tab nye! adek sapa la ni?
That’s the weakness of technology development rite!

Apa kesannya?

Unsur-unsur kemanusiaan mula kurang, contoh;  kasar, biadab, malas dan pemahaman mereka tentang manusia berkurang. Oh! Sebab mereka ni terlalu asyik berkawan dengan teknologi  je…   (eh, ni bukan cakap tentang my little sis tau. Jgn salah faham hoho)

Huhu~ lalu terjadilah pelapis “Generation of Hikikomori”

Ehem. Social difficulties.

Erk! Saya tak pernah salahkan teknologi. Cuma ambil ibrah dari apa yang dikatakan Ustaz Hasrizal.

Teknologi tak salah. Itu pendapat saya. Tapi bagaimana kita sebagai golongan terdahulu memanipulasikan teknologi untuk anak-anak zaman kini. (berlagak macam da ada anak kan..heheh)

Use it but please aware. Simple definition of taqwa: kembangkan apa sahaja yang memberi manfaat tapi selalu sedar dengan apa yang berlaku. Then, kawal diri.

Jom kita rujuk hukum yang dikeluarkan pakcik Newton:

Sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, sama ada bergerak atau pegun, selagi tiada daya luar bertindak ke atasnya.

Look! Faktor perubahan sangat berkait rapat dengan soal manusia.

Kita mampu mengubahnya. Cop! Sebelum timbul hukum pakcik Newton ni, Allah dah bagitau lama dah:

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Mendidik masa kecil seperti mengukir di atas batu. Kekal. Didiklah mereka ini dari awal agar 'mereka menguasai tapi tak terpengaruh dengan kesan buruk teknologi.' 

******************************************

Umur 7-14 tahun adalah download time for them! means kita sedang beri role model kepada mereka. 

Apa-apa sahaja aksi, tindakan kita menjadi perhatian dan tiruan mereka.

Then, I try it to my lil sis wawa! 

Alhamdulillah.... (^_^)


Buku ni saya curi2 tengok. Wow, juz like mine!


BidadariQalby-
Share:

02 April 2012

solehah itu..

-by Dr Rubiah Kulop, Konvensyen Bidadari Dunia 2012-

Solehah itu,
Tidak sekadar mengangkat ilmunya ke minda,
Tapi, mesti mampu mendengar ilmu dari minda masuk ke jiwa,
Lalu memproses ke dalam hati dan perasaan,
Akhirnya menampilkan keindahan ke dalam penampilan,
Sehingga terasa setiap geraknya adalah gerak bidadari,
Setiap katanya membuat hati mahu hidup seribu tahun lagi,
Kerana bidadari itu di lahirkan dari tangan Ilahi..

- by Langitilahi-

Solehah itu Allah memilihnya sebagai Hero,
Hero kepada diri,
Dan Hero kepada Hero dan hero-hero..

-erk! by BidadariQalby-

Solehah tu..
Jangan dikejar sebab nakkan yang soleh..
Solehah tu..
Kena kejar sebab nak Allah menoleh..  "__"

CikMM : Saya mau jadi solena!
CikUmmuFateh : Pa dia solena tu?
CikMM : solehah nakal..hehe
(gelak2)
CikUmmuFateh : kalau camtu saya nak jadi solero (solehah rock n roll) hehe
                         Na mau jadi apa?
Cik Ana Zarra Zariena : soletep! Hoho~


Amin!
BidadariQalby-

Share:

Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories