…maka hendaknya ucapanmu itu ditujukan untuk hati dan dirimu sendiri… -Kata-kata Syeikh Uthman al-Hiri-
Jangan kau fikir menteri-menteri, badan kepimpinan pelajar atau seangkatan yang hanya digelar pemimpin bahkan pandanglah dirimu sendiri. Sesungguhnya kamu itu sebenarnya pemimpin!
‘Pemimpin’. Mungkin bahang hari pengundian calon MPP masih terasa hangatnya. Bukan kerana tarikh bersejarah itu merupakan hari lahir diri ini tetapi debaran penantian keputusan. Apa yang diharapkan adalah wajah-wajah yang bersemangat juang menegakkan Islam tercinta berada di tangga teratas. Wajah-wajah yang akan menyentuh hati manusia agar mencintai dan mengamalkan Islam. Amin.. Wahai pemimpin, pasang niatmu baik-baik. Usaha kotakan apa yang dikata..Jangan hanya tinggal janji semata..Ingatlah, kelak kau pasti ditanya..
Ikut cara Nabi SAW..Bagaimana menjadi pemimpin penembus tembok hati manusia..
*Sebelum memimpin individu lain, nabi sering mengawasi dengan memimpin diri sendiri terlebih dahulu.Jaga matamu kerana boleh merosakkan hati. Jangan kau berkata melainkan yang benar,indah dan bermakna. Pimpin nafsumu baik-baik..
*Nabi memperlihatkan kepimpinannya tidak hanya menyuruh atau melarang, tetapi beliau berjaya memimpin dengan contoh teladan terbaik. Dalam kehidupannya, baginda sering melakukan kerjanya terlebih dahulu sebelum diperintahkan kepada indvd lain. Seimbangkan kata-katamu dengan perbuatan.
“Amat besar kebencian di sisi Tuhan apabila kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan.”(Surah As-Saff :3)
*Kepimpinan beliau tidak menggunakan akal dan fizikalnya, tetapi memimpin dengan hatinya. Baginda mencurahkan cintanya sehingga setiap individu dapat merasakan cintanya dengan penuh kasih sayang,tutur kata dan tingkah lakunya yang menawan.
Menyelusuri kisah kepimpinan syeikh Hasan Al Hudhaibi, lihatlah bagaimana beliau lebih suka tinggal di penjara Turrah bersama anggota ikhwan yang masih dipenjarakan dari tinggal di rumah bersama keluarga malah beliau menolak penghawa dingin yang diletakkan di penjara beliau kerana anggota ikhwan yang lain tidak mendapat kemudahan tersebut..Itulah dia pemimpin yang hebat!
Wa akhiran, saya suka untuk berkongsi wasiat daripada imam Hasan al-Banna…
Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim.
Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kemarin, dan impian hari ini
adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya
kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena
kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah
sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.
0 comments:
Post a Comment