"Everyday is a brand new start"

14 September 2015

Benvenuti in Italia 2 [ Jejak Seni Firenze ]

Bismillah...

"Dialah yang memjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (Al-Mulk:15)

Ciao Italia!

Alhamdulillah.. hampir jam 5 petang kami selamat sampai di lapangan terbang Rome Leonardo da Vinci atau Fiumicino. Waktu di Itali 7 jam ke belakang waktu tempatan. Perjalanan terasa sangat panjang dan pengalaman paling mencabar ialah menghadapi "killing time" sewaktu transit di Soekarno-Hatta International Airport, Jakarta. Kami hanya ada 15 minit untuk naik bas dari landasan ke airport dan bergegas mencari gate. Debarannya hanya tuhan yang tahu.

Di perjalanan, Allah mempertemukan kami dengan seorang biarawati bernama Lichiey dari Indonesia. Susuk berbaju putih dan berjilbab hitam yang dipinkan di belakang. Di lehernya ada rantai berlambang salib. Jika melihatnya sekilas, wajahnya seperti melayu tulen. Akhlaknya memang menyenangkan. Persahabatan kami ini jadi tatapan beberapa orang yang lalu-lalang. Mungkin kerana perbedaan agama. Sebelum berpisah di lapangan terbang Rome, kami sempat bersalaman dengan biarawati senior Lichiey. 

"Pertemuan kita sebentar, tapi rasa sangat erat. Semoga silaturahim kita berpanjangan." Kata Lichiey di akhir pertemuan. Semoga Lichiey terpilih menerima hidayah Allah.


Roma Termini, macam KL Sentral

Sekarang musim panas di Itali, bermakna siangnya lebih panjang. Kata orang, panas di sana luar biasa. Sepanjang travel ini, hanya di Rome yang terlalu panas. Di tempat lain panas itu terasa, tapi anginnya menyejukkan. Alhamdulillah.. berbanding bercuti ketika winter, summer memberi peluang kami berjalan lebih lama. Jadi, pilihlah summer untuk bercuti! 

Bagi para lelaki, hati-hati bercuti di luar negara ketika summer. Anda perlu struggle menjaga pandangan. 

Dari airport ke Roma Termini kami menaiki shuttle bus berharga 5€. Dari Termini, kami menaiki kereta api laju Trenitalia ke tengah-tengah bahagian negara Itali iaitu Florence atau Firenze. Tiket tidak menjadi masalah kerana kami telah beli online sejak awal.

Gambar Florence dari atas puncak Piazzale Michelangelo
Florence ialah ibu kota bagi wilayah Tuscany/Toscana, dikenali sebagai Athens of the middle ages yang sering disebut sebagai salah satu kota paling indah di dunia dan menjadi tempat Leonardo Da Vinci dan Michaelangelo berkarya. Patung peringatannya boleh dilihat di mana-mana.

Kota Florence sangat kuno, dilihat dari bangunan-bangunan peninggalan zaman Renaissance (kelahiran semula benua eropah) yang masih dipertahankan. Berbanding Rome, Venice dan Milan, Florence adalah paling cantik menurut saya.

Sempat kami sesat di Florence. Dengan bantuan waze, kami berjalan dengan beg sandang yang berat ke Hotel Guelfa dan bertemu along di sana. 

Nama jalan ditampal di bangunan. Memang tak jumpa kalau cari signboard di jalan.

[To be continued...]
Share:

0 comments:

Post a Comment


Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories

Blog Archive