Bismillah...
"Bukan tentang jalan yang dilewati tapi tentang jejak yang ditinggalkan" -Marion L-
 |
San Lorenzo Market |
Kami berjalan saja untuk pusing-pusing bandar Florence ni sebab semua attraction dekat-dekat. Sambil berjalan, boleh lihat kehidupan orang Florence. Destinasi pertama, San Lorenzo market kerana tempat ini paling dekat dengan hotel kami. Tarikan utama di sini ialah barangan kulit terutamanya handbags. Cukuplah hanya memandang handbags cantik yang murah di sana, tapi tidak bila ditukar dengan mata wang ringgit.
Berjalan-jalan di pasar, tidak sah kalau tak ditegur abangLa yang begitu ramai menjadi peniaga di sana, malah boleh berbahasa Melayu. Ucapan "Assalamualaikum" pula mungkin dianggap sebagai "selamat pagi" kepada muslim seperti kami.
Banyak juga muzium dan gereja yang boleh dilawati di Florence. Binaannya cukup unik contohnya Duomo Cathedral of Santa Maria. Gereja ini adalah gereja ketiga terbesar di dunia setelah gereja Vatikan dan gereja di London. Gereja ini adalah kebanggaan orang Florence.
Terdapat juga Gereja Santa Croce, sebuah gereja katolik Roma yang di dalamnya ada tempat perkuburan seniman-seniman dan ilmuwan ternama, seperti Michelangelo dan Galileo.
 |
Duomo Cathedral |
 |
Gereja Santa Croce |
Berdekatan dengan gereja terdapatnya Piazza Della Signoria, iaitu lapangan besar dengan bangunan terkenal iaitu Uffizi Gallery. Ada menara tinggi di sini. Juga merupakan salah satu muzium terkenal di Itali. Karya Michelangelo, Leonardo Da Vinci, dan Rembrandt ada di sini.
 |
Piazza Della Signoria |
 |
Sekitar Florence |
 |
Tangga ke atas |
 |
Alhamdulillah..dah sampai! |
Sebelum terlupa, di sini sangat banyak anjing comel dari yang kecil sampai sebesar budak, malah boleh dibawa masuk ke dalam train. Kalau anda takut, buat-buat tak nampak dan mengelak. Anjing ini walaupun terikat tapi suara salakannya menggerikan. Inilah antara perkara yang paling menakutkan di Itali.
0 comments:
Post a Comment