Bismillah..
 |
Train ke Venice |
Venice terkenal dengan gelaran "The City of Romance", "The City of Light", "Kota Jambatan", "La Dominante" dan "The Floating City". Bandar Venice terletak di atas gugusan 117 buah pulau kecil dipisahkan 150 terusan. Di antara terusan paling sibuk dan terkenal adalah Grand Canal.
Dari Venezia Mestre, kami menaiki train dalam 15 minit ke Venezia Santa Lucia. Tempat pertama kami jejaki ialah Quanto Basta, sebuah restoran halal yang menjual roti dan pasta. Super sedap! Restoran halal memang sukar ditemui di Venice, tapi inshaAllah tiada masalah jika kita rajin membuat research sejak awal.
 |
Sarapan di Quanto Basta |
 |
Kedai coklat yang menggiurkan di Venice |
Cuaca di Venice agak sejuk berbanding Rome di bawah 20 darjah celcius. Kerana gondola agak mahal, kami memilih menaiki vaporetto/waterbus dengan harga 20 euro/day untuk ke Piazza San Marco. Subhanallah, alangkah indah menaiki water bus menyaksikan deretan bangunan klasik di kiri kanan.
 |
Piazza San Marco |
 |
Pasangan menaiki gondola |
Venice unik kerana ia sebuah bandar terbesar tanpa kereta di Eropah. Pengangkutan utama di sini ialah water taxi, water bus, godola dan bot laju.
Lapangan di San Marco sangat luas. Di sini terdapat gereja San Marco yang gah dan merpati yang tidak terhitung banyaknya. Mereka sangat jinak, malah berani datang mendekati orang.
 |
Kanak-kanak comel yang berposing di lantai |
 |
Seorang bapa yang mengikat anaknya, bimbang hilang agaknya |
 |
Berjalan-jalan di jalan sempit melalui kedai-kedai seperti di Cinque Terre |
Gondola adalah sebuah perahu dayung tradisional Venezia. Gondola merupakan pengangkutan utama di Venezia selama berabad-abad dan masih memegang peranan penting dalam sistem pengangkutan awam di sana sampai saat ini.
Gondola digerakkan oleh seorang pendayung yang disebut gondolier. Berdasarkan peraturan, seorang gondolier harus lahir di Venezia untuk melakukan pekerjaan ini dan sebuah gondola harus dicat hitam.
Selepas San Marco, kami bergerak ke Murano Island, tempat pembuatan kaca Murano. Kami solat di situ, di kawasan yang agak sepi dari manusia. Di atas vaporetto, mathurat dialunkan perlahan. Sungguh, membaca al-mathurat dan maknanya begitu juga Al-Quran dan tafsirnya luar biasa 'feel'nya bila berada di negara non-muslim.
"Allahumma, nikmat apa yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhlukMu adalah dariMu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagiMu segala puji dan syukur."
[To be continued...]
0 comments:
Post a Comment