Bismillah..
Setelah check out dari Hotel Centrale yang agak murah (thats why no free wifi and kettle), kami bergerak ke destinasi terakhir, Milan. Milan (Milano dalam bahasa Itali), ialah kota utama di sebelah utara Itali. Dari Venice ke Milan mengambil masa 2 jam lebih. Alhamdulillah, train di Itali boleh dipuji kerana sangat selesa.
![]() |
Tiket masuk |
Rancangan awal untuk ke Duomo diubah setelah dicadangkan oleh pekerja Loreto Elite Milano agar kami melawat EXPO Milano di Rho Fiera yang mengumpulkan ratusan negara dalam sebuah pameran dengan masing-masing negara mendapat pavilion sendiri. Langkah kanan kami di Itali, bukan sahaja dapat melawat expo malah tiketnya juga hanya 5 euro kerana berkebetulan kami sampai hampir jam 6 petang. Alhamdulillah.
Terjegil biji mata melihat tanda harga yang terpapar pada gerai menjual makanan di Pavilion Malaysia. Hancur hati ingin melepaskan kerinduan makan nasi lemak. Mana tidaknya, harga setiap satu makanan mencecah RM40.
![]() |
Mengucap panjang.. |
![]() |
Pelajaran tarian Malaysia |
![]() |
Qatar |
![]() |
Ini bukan negara. Tak sepatutnya di sini. |
Kota Milan terkenal sebagai Kota fesyen dan Galleria Vittorio Emanuele di Piazza Duomo di sana merupakan salah satu tempat beli belah tertua di dunia. Malangnya, saya bukan peminat barang berjenama seperti prada, gucci, long champ dan segala macam lagi yang saya baru tahu namanya ketika di Itali. Jadi, saya tak adalah takjub sangat.
Gambar di atas ini ialah Milano Cathedral, salah satu bangunan termasyhur di seluruh Eropah. Seni binanya memang cantik, namun masjid tetap menjadi kebanggan muslim seperti kita. Di bawah ini pula Galleria Vittorio Emanuele.
Kalau menurut saya, Milan tidaklah seseronok Florence, Rome dan Venice melainkan expo yang hebat. Setelah ke Duomo, kami singgah makan di restoran Kashmir berdekatan Milano Centrale.
![]() |
Bon Appetite! |
Hari ini hari terakhir, sedih itu ada untuk meninggalkan bumi Itali yang penuh sejarah. Penerbangan delay hampir setengah jam. Kami berlepas dari Milan Malpensa airport dan sempat transit di Istanbul sebelum terbang ke Kuala Lumpur.
Oh negaraku Malaysia tercinta!
Di akhir episod "Benvenuti in Italia", inshaAllah saya akan ceritakan beberapa ibrah bersama bajet perjalanan.
[ Read the last episode.. ]
0 comments:
Post a Comment