"Everyday is a brand new start"

15 July 2012

Buatmu Mawar : hargai detik-detik indah Ramadhanmu



Ramadhan is just around the corner!!

Saya yakin ramai yang sedang buat persiapan untuk menyambut ketibaan Ramadhan. Supaya puasa kali ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, bukan sekadar mengelakkan diri dari perkara yang menimbulkan dosa. Tapi puasa yang mencapai erti sebenar Ramadhan; TAQWA.

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah:183)

Bulan Ramadhan bulan menambah kantung pahala dengan amalan yang digandakan ganjarannya. Subhanallah. Alhamdulillah.

Ehhh,,,, erm. Jangan sedih-sedih.. =(

Saya akui ramai antara kaum Hawa yang bersedih apabila datang waktu haid di bulan Ramadhan. Hilang peluang berpuasa dan bertarawih. Terutamanya apabila tepat mengena di sepuluh akhir Ramadhan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kebiasaan tempoh haidnya begitu lama.

Sehingga timbul rasa cemburu, sedih dan rindu.

Duhai Hawa sayang, inilah yang dikatakan fitrah. Juga tanda cinta Allah pada kita.

Lumrah. Saidatina Aisyah juga pernah mengalirkan air mata kerana didatangi haid ketika menunaikan haji. Lalu kata suami tercinta, Rasulullah saw:

“Ini adalah suatu yang ditetapkan Allah ke atas anak-anak perempuan Adam, maka tunaikanlah apa yang ditunaikan oleh orang yang melakukan haji kecuali janganlah kamu bertawaf di Baitullah sehinggalah kamu telah mandi (suci dari haid)”. (Riwayat Muslim)

“Kebiasaan datang haid setiap bulan di sisi ALLAH memiliki hikmah yang amat banyak jika kita mengetahuinya. Hikmah yang dimaksudkan adalah bahawa kebiasaan datang haid ini termasuk rutin yang normal, di mana haid ini terjadi bertujuan mencegah wanita dari pelbagai bahaya yang dapat memudaratkan dirinya.”

- Syeikh Muhammad bin Salih Al ‘Utsaimin rahimahullah-

Kita tak sedar mungkin, ada “suatu perasaan gembira yang Allah hadiahkan” untuk kita-kita aje  ; yakni perasaan gembira seorang muslimah kerana dapat mengerjakan ibadah selepas tamat tempoh haid. Perasaan ini hanya wanita yang tahu kerana sememangnya Allah telah mengkhususkan ia untuk wanita. Alhamdulillah!



Ibadah bukan hanya solat dan puasa. Tapi berbuka puasa disebabkan haid juga adalah ibadah, kerana Allah lah yang memerintahkan kita untuk tidak berpuasa. (^^)

Jangan lupa untuk menolong menyediakan makanan untuk orang berbuka, Yup! exactly peranan kita sangat penting sebagai tukang merasa makanan kan..hehe~  Bayangkan haid 7 hari, setiap hari sediakan untuk 3 org berbuka, maka kita akan dapat pahala puasa 21 hari. Untung tak? Perlu diingat, makanan yang disediakan adalah sekurang2nya sebiji kurma dan segelas air pun dah memadai.

Nabi s.a.w. telah bersabda (maksudnya):"Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu)." (HR Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaimah)


Selain itu, jika kebiasaannya kita beristighfar 70 kali setiap hari di bulan Ramadhan, di waktu haid kita tambahlah bilangan itu termasuk zikir-zikir lain.

Kita mungkin punya tenaga lebih sedikit dari orang yang berpuasa. Jadi, try so hard untuk ringan-ringankan tulang membantu kerja rumah lebih-lebih lagi kerja berat. Semoga tenaga yang kita sumbangkan turut menjadi sadaqah di bulan Ramadhan.

Sama-samalah kita banyakkan mendengar bacaan Al-Quran, ceramah serta membaca  bahan-bahan bermanfaat melalui buku-buku atau blog. Jika mampu, sebelum Ramadhan kita telahpun sediakan list target buku yang akan dihabiskan sepanjang Ramadhan.

Sedikit tambahan dari status fb seorang sahabat (Allah yubarik lahu):
Bagi Muslimah, di mana pada masa-masa tertentu mereka tidak boleh membaca al-Quran, mereka boleh;
a. Tolak hari yang uzur daripada tarikh berpuasa (berdasarkan tempoh hari yang biasa dilalui)
b. Bahagikan tarikh yang tidak uzur dengan bilangan juzuk dalam al-Quran
Biasanya, saya akan memulakan bacaan Al-Quran beberapa hari sebelum Ramadhan, bimbang tak bisa dikhatamkan dan hilang nikmat tadabbur ayatnya. =)

Sama-sama kita cuba amalkan, agar Ramadhan tak berlalu sia-sia..0_^

Akhir qalam,

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:“Sekiranya seorang hamba muslim sakit atau bermusafir, (tetap) ditulis baginya apa yang dahulunya dia lakukan ketika dia sihat dan bermukim.”(Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi).


Maka, barangsiapa yang terpaksa meninggalkan suatu amal ibadah disebabkan halangan yang syar’ie, Allah Yang Maha Pemurah akan tetap memberikan kita ganjaran sepertimana kita melakukannya.

Jangan sedih-sedih duhai Hawa, kita mampu mengubahnya! Hikhik~
Insya Allah…

By Hawa to Hawa,
BidadariQalby


Rujukan:
Ustazah maznah Daud

Share:

0 comments:

Post a Comment


Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories