![]() |
BidadariQalby waktu blank. haha |
Saya sudah janji untuk menulis tentang “a scriptwriter”..is she, me?
"A
scriptwriter" muncul setelah mengikuti forum ustaz Hasrizal dan Hilal Asyraf di
KUIS sebelum pulang bercuti. (boleh rujuk web saifulislam.com)
Sebenarnya,
saya tak layak pun nak jadi “a scriptwriter”. Cuma rasa terpanggil selepas
mendapat galakan daripada seorang sahabat..
“Siapa lagi yang diharapkan untuk terlibat dalam bidang media kalau bukan orang yang faham syariah, tapi pastikan kita patuh pada peraturan media”
“Perjuangkan media yang patuh syariah” Tambah ustaz lagi.
Erk! Saya tertelan
air liur. Menilai diri sendiri.
“Awak boleh
bukak blog saya tapi jangan baca apa saya tulis” Ehh? Ada pulak?
“Jangan
tulis link blog saya kat fb.hehe” Lorr?
Sifat malu
sebegini sangat tidak bertempat. Hoho..saya kena berubah sebenarnya and I need
support too. Obviously, this is my weakness. Yup!
Seingat
saya zaman kanak2 saya pernah tulis beberapa
cerpen yang saya kumpul dalam satu buku. Yang menjadi pembaca setia ialah
adik saya.
Saya pernah
bercadang untuk mengumpul puisi2 saya dalam satu buku juga. Buat koleksi peribadi. Tapi, kerana
kesibukan saya hampir terlupa dan akhirnya dibiarkan.
Saya pernah
mempunyai 3 buah diari yang saya tulis sejak darjah 6. Jadi seronok membacanya
bila sudah meningkat dewasa..hihi~
Namun,
dengan kecanggihan teknologi kini, saya hanya menulis di lappy terchenta..^^
Dan, blog
ini juga dipublishkan setelah blog pertama saya nursrikandislam. Tapi, saya
tidak meluaskan linknya di fb dan di mana2..siapa yang singgah, jemputlah
baca.. Kalau tak mahu, doakan saja untuk penulisnya.. (^_<)
Sehingga kini,
saya suka menulis. Biarpun pembacanya hanya beberapa orang. Kerana melalui
penulisanlah saya lebih mudah sampaikan apa yang saya tahu, apa yang saya lalui,
atau lebih utamanya untuk menyebarkan kebaikan…
Alhamdulillah…
untung kita hari ini, ada kecanggihan teknologi yang membantu kita sampaikan
peringatan.
"Berilah peringatan kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman" (Surah az-Zariyat:55)
Lalu, apa
yang menggerakkan para sahabat untuk berdakwah suatu masa dulu dengan keterbatasan yang ada?
Exactly,
burning desire. Dengan segala keterbatasan, yang menggerakkan mereka adalah
IMAN. Kata sahabat: “kami adalah kaum yang didatangkan iman baru Al-Quran”
Semoga iman
bisa menggerakkan saya untuk terus menulis kebenaran.
Ya Allah,
berikanlah kekuatan kepada kami untuk menyeru manusia kepadaMU.
Menulis ini bagus untuk terapi hati dan minda. Andai ada peristiwa penting menjelma, rugilah jika tidak catat di mana-mana.
Kisah seorang cik specky;
BidadariQalby
0 comments:
Post a Comment