Cuti-cuti Cinta 2
Omong hati
Hari-hari begitu pantas berlalu. Sedar tak sedar waktu cuti hanya tinggal lebih kurang 2 bulan. Sem 5 bakal menjelma, namun yang lebih menjadi kerisauan di hati ini ;
Bagaimana telah saya habiskan waktu-waktu cuti yang Allah berikan.
Menjadi pendidik anak-anak kecil dan dewasa menjadi pekerjaan sepanjang musim percutian. Harapan ummah yang sangat besar menggetarkan hati ini barangkali saya tak mampu untuk memegang amanah besar itu. Kerana dalam mendidik insan lain menjadi lebih baik dalam Al-Quran, saya juga seharusnya menjadi lebih dan lebih baik. Itulah yang paling dirisaukan sepanjang mengajari kalam Allah..
Bukan mudah..
Bulan seterusnya saya melakukan dua kerja dalam 1 hari. Saya bekerja di kedai milik jiran... Bekerja di situ menduga kesabaran saya melayan pelanggan yang bermacam ragam. Mengajar saya dalam mujahadah mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah. Menguji keikhlasan dan amanahnya saya. Alhamdulillah.. Allah turut menghadiahkan pengalaman dan mengajari saya banyak perkara sepanjang bekerja...(^_^)
Bukan mudah..
Saya berazam untuk memperbanyakkan bacaan pada musim cuti. Namun, belum berjaya sepenuhnya walaupun senarai buku yang perlu dibaca telah di ”list” dalam planner. Saya teringat pesanan ustazah; “ Kita perempuan ni,, masa muda2 ni lah kena banyak membaca sebab bila dah kerja, dah ada anak-anak nanti susah...” Kalimat sumber kekuatan. Jika anda banyak membaca. Sungguh, saya kagum dengan anda! Mabruk!
Bukan mudah…
Bukan mudah nak istiqamah beramal sepanjang cuti.
"Easier talking than done"
Cukuplah cerita cuti sampai di sini.
Mungkin ada sambungan, mungkin tidak lagi.
Peritiwa demi peristiwa.
Dalam hidup ini.
Sedang mengajari aku sesuatu.
jom BERSIH hati >_^
assalamualaikum..soon biiznillah i'll get to meet u lar sis.. ^^
ReplyDeleteselamat bekerja jue.. Telah berpesan seorang bapa yang namanya disebut sebanyak 7 kali di dalam al-Quran "Carilah rezeki yang halal supaya tidak menjadi seorang faqir.."
ReplyDelete