"Everyday is a brand new start"

21 September 2017

[Vita-C Shaklee] Wow Burn Muka Dah Hilang!!

Bismillah..


This is my first time writing about Shaklee.

Tanggal 21 september 2017.

And, Wow! Finally, Alhamdulillah.

Untuk the first post, saya rasa afdhol dimulakan dengan bagaimana saya bertemu shaklee. Ya, masing-masing ada 'turning point' kenapa consume shaklee.

Kalau sebelum ni post saya agak 'skema', special untuk post shaklee saya akan tulis versi berborak-borak. Heh. 

Honestly, saya kurang percaya sangat dengan supplement atau, mungkin juga tak beli sebab tak ada duit. Kalau nak consume satu-satu benda saya akan teliti, baca banyak kali dan renung.  Kisah kami bermula Julai 2014 sebaik pulang travel dari Itali. Boleh singgah baca travelog saya di Catatan Italy.

"Hey, Zulaikha kenapa muka hitam sangat? Berjemur ke apa?"

"Gelapnya muka awak."

"Jangan lupa pakai apa-apa kasi elok balik kulit muka tu,"

Dan macam-macam lagi. Mana tak sedihnya..kulit saya memang sawo matang kata orang, bila burn lagi teruk lah hasilnya. Bukan saja burn, pakej dengan kulit kering dan menggelupas.

Julai 2014 musim panas di Itali. Hampir seminggu lebih saya berjalan-jalan backpacker keliling Itali tanpa pakai sunblock, topi besar atau seumpamanya dan dengan senang hati merelakan matahari menjamah kulit muka.

Florence agak panas menyengat

So, saya balik dengan wajah tertunduk. Malu nak pandang orang!

Finally, saya jumpa shaklee..lepas google produk apa yang sesuai untuk pulihkan kulit yang burn teruk. Sempat juga sebelum tu saya ajak roomate pergi shopping produk. Terbeli juga saya akhirnya dengan satu moisturizer selepas dipromote oleh kakak penjual dengan ayat-ayat manis. Hmm

Selepas a week, kawan saya tegur, wah cepat betul pulih muka awak pakai pelembap tu!

"Dah ok lah muka, pakai apa?"

Saya pelik, nak kata pakai pelembap tu saya memang agak malas sikit nak pakai. Menipulah sekali pakai terus putih! Masa tu, yang paling saya istiqamah consume sebenarnya vitamin C Shaklee. Shaklee sampai kat tangan saya selepas saya beli pelembap tu (sesal kemudian tidak berguna huhu).

So, starting that day saya cuba istiqamah makan vitamin C shaklee..

Kenapa saya kata WAJIB amalkan vita-c plus ni? InshaAllah selepas consume, akan sendiri merasa kebaikannya.

Fokus vitamin C adalah untuk merangsang pembentukan sel kulit yang sihat selain untuk pembentukan collagen (bagi yang rasa makin tua macam saya), tulang, gigi, gusi yang sihat dan menyokong kesihatan otot, tisu, dan saluran darah. Disebabkan alam sekitar kita kurang elok, vita-c juga baik untuk melindungi kerosakan sel akibat pencemaran sekitar, stress, rokok dan diet pemakanan yang tidak seimbang dan banyak lagi lah.

Kesimpulannya, kalau kita sayang badan kita yang Allah amanahkan ni, buktikan! 

InshaAllah trylah vita-c shaklee. 

Salam 1 Muharam 1439H. Tahun baru semangat baru.

#ShakleeSokmoDeh
#zuzu'sjourneywithshaklee

Share:

19 July 2017

Celebrate the Differences [Aisyah: Biarkan Kami Bersaudara]

Bismillah..


Karena Tuhan Maha Pengasih, Tidak Ada Agama Yang Meminta Pemeluknya Untuk Saling Membenci -Aisyah


Jika sekarang sedang popular dengan lagu Aisyah... jangan ragu-ragu dengan cinta ini.., saya pula dah jatuh hati dengan filem Indonesia (lagi) berjudul 'Aisyah: Biarkan Kami Bersaudara'. Pada awalnya, saya menganggapi filem ini biasa-biasa sahaja. Tapi setelah membaca beberapa reviews (wajib sebelum menonton) saya yakin ada sesuatu yang boleh diambil ibrah melalui Aisyah. 

Siapa Aisyah?

Aisyah itu karakter utama dalam filem ini. Seorang perempuan yang cantik lagi nekad. Masakan tidak, berani benar dia nekad mengajar di tempat yang majoriti penduduknya beragama Katolik. Satu-satunya muslim, perempuan berhijab pula, ditempatkan di desa Derok, Nusa Tenggara Timur jauh dari keluarga.  

Anak butuh diyakinkan dia mampu, bukannya diingatkan apa yang akan terjadi kalau ia gagal.-Aisyah

Akhirnya, ibu Aisyah akur dengan kenekadan Aisyah. Barangkali Aisyah ini sudah terdidik dengan kata-kata ayahnya yang turut sama saya merasai dalam maknanya.

Sarjana hebat itu bekerja demi orang lain, bukan untuk dirinya sendiri. -Ayah Aisyah

Dalam hidup ini, kita tidak boleh sekadar mengejar kerjaya hebat, yang membawa kekayaan melimpah ruah dan nama yang disanjung tinggi. Hidup ini bukan untuk tujuan itu kerana kita diciptakan sebagai khalifah. Membantu manusia adalah tanggungjawab kita agar tak menjadi sisa lebihan dunia. Seperti pesan al-akh Salim A Fillah: "Carilah pahala dalam bekerja, bukan rezeki!" Subhanallah.


Kembali kepada kisah Aisyah. Dia perempuan zaman moden yang hebat. Dia sanggup hidup di kawasan pedalaman yang majoriti perempuan tidak akan sanggup. Tiada elektrik, tiada line apalagi wifi. Malah berlaku kemarau di desa yang sudah gersang ibarat padang pasir itu. Bertambah-tambah ujian apabila muridnya menolak untuk diajar hanya kerana Aisyah seorang muslim.

Bersama kesusahan pasti ada kesenangan. Aisyah tidak sendiri kerana Allah menghantar pertolongan untuknya setiap kali lemah. Bermula dari ketua desa yang baik hati membantunya meskipun berlainan agama. Di pertengahan kisah ini, Aisyah berhasil meyakinkan muridnya bahawa setiap agama mengajarkan kebaikan. Tidak ada agama yang menganjurkan para pengikutnya untuk saling membenci.


Persaudaraan yang baik antara Aisyah dan penduduk kristian desa itu mengingatkan saya dengan Lichiey. Seorang biarawati dari Indonesia yang saya temui dalam perjalanan dari Jakarta ke Rome. Sejak dari pertama kali bertemu, kemesraan sudah terasa. Kami berjalan bersama-sama di setiap transit. Persahabatan kami sangat baik sampai ada yang menjeling-jeling. Akhlaknya menyenangkan hati. Kami malah saling toleransi dan memahami. 

"Pertemuan kita sebentar, tapi rasa sangat erat. Semoga silaturahim kita berpanjangan." Kata Lichiey di akhir pertemuan kami. Pengalaman bertemu dan bersalam dengan biarawati senior juga adalah pengalaman baru. Jika daie ada syeikh, maka itulah 'syeikh' mereka saya kira.

Filem ini mengajarkan kita menyingkapi perbezaan. Bukan hanya mengenali, tapi juga mengakui perbezaan tersebut. Perbezaan kalau dihadapi dengan benar, maka akan lahir kesatuan. Akhlak penduduk desa itu sangat menyentuh hati. Mereka sanggup mengumpulkan wang untuk diberi pada Aisyah, yang tidak cukup wang untuk pulang menyambut lebaran. Malah sanggup mengambilkan air bersih untuk Aisyah mengambil wuduk.

Tidak dinafikan, kelebihan Aisyah dalam kemahiran sosial dan komunikasi telah menyebabkannya berjaya menambat hati penduduk desa itu. Inilah antara elemen penting yang perlu ada pada diri seorang pendakwah. Mahu lebih lanjut bacalah buku Abbas As sisi, Bagaimana Menyentuh Hati.



Filem ini masih bertemakan pendidikan. Seperti juga filem Little Big Master yang pernah saya tuliskan sebelum ini. Mengapa menjadi pendidik itu berbaloi? Kerana kita bukan hanya mendidik, tetapi membina manusia dan mengubah gelap kepada cahaya. Seperti perubahan yang berlaku kepada Lordis Defam, anak murid yang paling membenci Aisyah. 

"Ya Allah, jadikanlah kami cahaya-Mu yang memberi kebaikan di mana jua kami berada dan pergi. Kami redha menjadi alat bagi mencapai kehendak-Mu." Amin..

Konklusinya, saya bagi 5 stars kepada filem ini!

19 Julai 2017
9.25pm
Nilai 
Share:

14 July 2017

Mahu Jadi Mata Air? [Habibie & Ainun 2]

Bismillah…


Jadilah seperti mata air. Jika air yang keluar dari sana jernih, maka semuanya akan ikut jernih. Jika yang keluar dari sana kotor, maka semuanya jadi kotor. -Ayah Habibie

Saya baru selesai menonton filem Rudy Habibie -Habibie & Ainun 2. Aura filem ini sungguh luar biasa membuatkan saya banyak merenung perjalanan hidup diri sendiri. Berbeza dengan filem Habibie & Ainun pertama yang lebih cenderung menyentuh tema cinta sejati, filem keduanya lebih banyak mengedepankan nasionalisme seorang Habibie semasa mudanya.

Habibie seorang pejuang yang setia dengan perjuangannya. Namun, saya tidak berniat bercerita panjang tentang perjuangan Habibie. Apa yang ingin saya kongsikan ialah tentang seorang Habibie dari sudut pandangan saya.

Begitu banyak yang menyentuh hati saya. Perjuangan mencapai cita-cita dan impian tak akan pernah mudah. Liku-liku ujian itulah yang mendewasakan dan mematangkan kita. Membuka minda dengan gambaran baru tentang kehidupan.

Yang berat akan jadi ringan, percayalah.


Habibie juga begitu. Dia seorang lelaki yang kuat semangatnya. Luar biasa kental di hadapan teman-teman dan yang memusuhinya. Gerun mendengar bait kata-kata dan hujahnya. Namun, lihatlah dia sangat manja dengan rabb-Nya. Dia mengakui ketidakberdayaan dia sebagai hamba ketika solat. Air mata yang mengalir membuktikan bahawa dia manusia yang lemah. Kekuatan itu hanya dari Tuhan.

Habibie suka menyendiri ketika berlaku sesuatu. Dia lebih banyak menutup mata dan merengek dengan penciptanya biarpun berada di dalam gereja. Tempat bukanlah masalah utama, asalkan hati selalu dengan-Nya. Jika kita menonton filem ini, antara sikap terpuji Habibie yang ditonjolkan ialah terus bersolat dan berdoa ketika berlaku masalah.

Segalanya berjalan lancar sesudahnya. Subhanallah. Sebab itu, Allah pesan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Jika apa yang kita perjuangkan itu tak melanggar syariat, apatah lagi demi kebaikan umat. Yakin, Allah pasti membantu bagaimanapun caranya.




Kehidupan dan semangat pasti ada ups dan downs. Kerana Habibie itu manusia biasa, dia juga miliki rasa hampir putus asa dan gagal. Kita semua pasti pernah merasai bagaimana peritnya rasa itu.

Aku tahu nak kalau kamu itu memiliki hati yang kuat. Kamulah orang yang menggantikan ayahmu menjadi imam ketika tahu bahwa dia meninggal.  -Ibu Habibie

Bukan mudah seorang anak kecil untuk ke depan menggantikan ayah menjadi imam setelah tahu bahawa ayah kesayangannya sudah meninggal. Begitulah Habibie, dia memang kuat sejak kecil. Lihatlah, siapa di sebalik sosok itu. Ada ayah dan ibu yang menjadi tulang belakang kejayaan Habibie. Habibie memegang erat kata-kata ibu bapanya di sepanjang perjuangannya.

Memang, mata air adalah sumber yang menentukan segala yang ada di bawahnya. Tapi ingatlah bahwa mata air itu sendiri berasal dari tanah yang terkoyak.  –Pendeta

Kejayaan yang manis adalah hasil dari pengorbanan yang pahit. Kita mungkin tidak seberapa syukur dengan nikmat, jika tidak diuji.

Seluas manapun koyakan hati kita, jangan biarkan kita jatuh dan segala pengorbanan yang kita lakukan menjadi sia-sia. Percayalah masih ada harapan dari Tuhan. Dia tidak akan membiarkan tangan kita kosong setelah meminta dan merayu kepadaNya.

Di hujung nanti, jika kita istiqomah membina keyakinan padaNya. Dia pasti membenarkan impian-impian kita.

Melihat perjuangan Habibie sepanjang hidupnya, bertanyalah diri kita.

Apa yang sedang kita perjuangkan dalam hidup kita?

14 Julai 2017
1120pm
Nilai


Share:

02 June 2017

Ramadhan di USIM

Masjid USIM pertama kali dirasmikan di bulan Ramadhan 1438 H

Bismillah..

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Ramadhan adalah momen-momen terbaik untuk dijadikan perkongsian di blog. Mungkin tahun ini bahasanya agak santai, ikut apa sahaja yang terlintas di fikiran dan hati.

Allah sesungguhnya tahu kerinduanku kepada masjid UIA setiap kali Ramadhan. Lalu, Dia persiapkan masjid USIM sebagai pengganti. Ada bedanya, tapi ruhnya semakin lama semakin menyinar. Alhamdulillah..

Malam 8 Ramadhan, bacaan imam tarawih sangat mengasyikkan. Sempat mentadabbur ayat rakaat pertama ke lapan yang kerap membincangkan soal syirik kepada Allah, halal dan haram. Momen inilah yang menjadi the ‘sweetest moment of Ramadhan” ketika tarawih di UIA. Saat memulakan tarawih dengan debaran, apa agaknya nasihat yang Allah ingin sampaikan melalui bacaan imam malam ini.

Semakin berganjak umur, semakin inginkan kelainan atau ‘high standard’ dalam melalui Ramadhan. Dalam solat, puasa, doa, tarawih, qiyam, sahur dan sebagainya. Begitu banyak yang aku hajatkan pada Allah. Syukur, Allah memudahkan untuk menyediakan ruang mempersiapkan target-target Ramadhan.


If you don’t have a goal for Ramadan, you’re wasting your potential. Make a goal to strive for. 

Ramadhan dinanti dengan degup-degup debaran. Apakah aku berjaya melaluinya dengan terbaik? Tawakkal kepada Allah dan sememangnya tak semudah yang disangka. Bila kita mula berniat baik, pasti akan diuji, dan jika benar Allah pasti membenarkan.

Begitulah, setiap kali berazam tawakkal pada Allah harus tinggi. Di situ keyakinan dan sangka baik teruji. Jangan putus asa dan merasa lemah, kerana sangka baik kepada Allah itu selalu berakhir dengan kebaikan. Allah itu Maha luas rahmatNya. Sehingga hari ketujuh Ramadhan 1438H, saya sangat belajar bahawa Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Menjadi taqwa itu bukan hanya beriman. Orang yang muttaqin adalah orang yang benar-benar takutkan Allah dan berhati-hati dalam setiap perbuatan, perlakuan, percakapan. Muttaqin ialah orang yang cermat dengan niatnya, tak merasa dirinya lebih baik dan tak suka mendedahkan amal solehnya. Allahu…maqam yang sangat tinggi di sisi Allah kerana muttaqin itu tidak mengejar pandangan makhluk.

Selagi kita dianugerahkan nafas dan kudrat oleh Allah, selagi itu kita ada peluang mengejar gelaran muttaqin di sisi rabb kita. Di sinilah husnu dzon kita pada Allah perlu diperteguhkan dan itu memerlukan mujahadah yang tinggi di samping memohon pertolongan Allah.

Oleh sebab itu Ramadhan adalah training terbaik untuk menjadi muttaqin. Bila kita menahan diri dari makan dan minum kerana Allah, menahan dari perbuatan yang Allah murka dan berlawan melawan hawa nafsu jahat diri. Baiknya Allah, Dia tahu kita mampu. Dia telah meletakkan kepercayaan kepada kita, sebab itu kita terpilih memasuki bulan Ramadhan dan berpeluang beribadah di bulan ini.

Bagi diriku, Ramadhan ini bulan latihan bersabar. Sabar itu tak mudah, tapi manis. Ujian yang tak putus hadir dalam hidup kita sangat menguji kesabaran. Kalau tak dari kekurangan harta, terkadang datang dari karenah orang-orang di sekeliling kita yang menyakitkan hati kita. Justeru, di situ kita belajar bersabar dengan memberi lebih banyak dan melayan orang yang menyakiti hati kita dengan kebaikan. Allahu, tahap itulah yang sedang aku mujahadahkan di bulan ini.

Alhamdulillah..Allah merezekikan aku bertemu dan beribadah di bulan Ramadhan. Peluang menjadi ‘orang bujang’ adalah anugerah yang patut disyukuri sebaiknya. Nikmat dan rezeki setiap orang mungkin berbeza bukan? Apa jua keadaan kita sekarang, marilah kita berusaha memuliakan Ramadhan dengan amal soleh terbaik yang mampu kita lakukan dalam ruang yang mungkin, terbatas.

Ya Allah, berkatilah kami di bulan Ramadhan, rezekikan kami lailatul qadar dan jadikan kami orang yang benar-benar menang ketika syawal nanti. Hari-hari berbaki Ramadhan itu sangat cepat berlalu, berdoalah agar kita dimudahkan dan istiqamah beribadah yang terbaik keranaNya.



Salam Ramadhan Kareem 1438H.
Share:

06 April 2017

Where the story ends..

Bismillah..



There’s something amazing I want to share with you about this life or exactly, about “love”.

In the fairy tale, romantic dramas and movies, the story ends with the oneness of two souls; finding and wedding. Everyone around you will make you think that your path ends there, means at the place you meet your other half. Your journey is complete. Congratz!

It is a lie and I’ve been lied too. 


I always wondering is only that the marriage about? Getting to love each other, be romantic, having children etc. Is it just to settle our feeling of emptiness or in love? Or so that we’re not be called “anak dara tua” or “tak laku” or something like that? 




Now that I've learned the lesson, yes, just after some trials (disappointments and heartbreak) in my life. Basically, if we are chasing a feeling; to be loved, we will always be chasing because no feeling is constant. It is inconstant and changing, or berbolak-balik. The more we chase it, the more it will run away from us.


Learning to define love is quite struggling for me. I finally found that getting married is not where the story ends. That’s where it begins and the building starts. 


There, I have to build a different barakah life, character, sabr, perseverance and sacrifice. And also the building of love for the sake of Allah. Getting married should be the building of my path back to Him and getting easier to close to Him. Getting married for me, is to build the legacy (children) who continue dakwah, who loves Allah and tells the others how kind and great Allah is. InshaAllah Amin.




Married is not just about the love between two person. If the person we’re married become our ultimate focus in life, our struggle has just begun. Our spouse becomes the greatest test. We will keep hurting until we remove him or her from the place in our heart, which only Allah should be there. 


People is a part of dunya. 


Love too much to people meant being attached to dunya. The attachment will take over Allah’s place in our heart as we spend a lot, thinking that they will never leave and die. Then the fear of loss comes and consumed us.


Allah itu Maha Pencemburu, indeed.


I want a type of love, which is the rarest. It is unselfish love. The love which is not competing with the love to Allah. The beauty we see in the people is a reflection of the Creator, so we love them. We want to be with them, because we love our Creator. I’m very sure this love will bring most joy and bless. To love for what they are, not for what they can give to me. It isn’t about what we are getting, but rather what we can give. 


Once we see everything beautiful as only a reflection of God’s beauty, we will learn to love in the right way; for His sake. Everything we do is for and because of Him. To please Him. It means the only love we chase, is the love of Allah. It’s heard hard right? But that’s the reality we have to fight for. 




We, are made to seek, love and strive for what is perfect and permanent. It’s just because we were not created for this life. Our true home was paradise, a land that is both perfect and eternal. It is in dunya we live now. A place of temporary attachments where people and something else are with us today and leave or die tomorrow. 


Don’t put expectations or hope too much.


Sederhana itu indah bukan?



Share:

08 February 2017

Oh Morning Habits!




(Maaf, tulisan bercampur bahasa atas faktor pembacaan) 

Thinking of the kind of woman I want to be is really 'something'. I've listed my dreams tapi jarang terfikir nak jadi perempuan yang bagaimana. Just choose my role models and follow the flow. As simple as that.

Getting older—it's inevitable, makes me think a lot of things about life. As the saying goes, 

As you get older, you will understand more and more that it’s not about what you look life or what you own, it’s all about the person you’ve become.
2017 is the turning point, inshaAllah. It is the time to express my deepest thanks to Allah for how special He created me as a woman. Sebab tu jugalah, kalau anda tengok post saya starting from January 2017, I have written a lot about life, feeling, target etc. Saya sangat berharap tulisan saya menjadi peringatan untuk diri sendiri, move on, berusaha gigih dan (be+think) lebih baik di sisi Allah. 

Saya share di sini supaya dapat sama-sama menjadi booster, inshaAllah. Whenever we feel stuck and unmotivated, the following writing is what we come back to. Ok, starting with morning time. Below I've listed a few of morning habits that I read from some blogs and I combined those habits with my experiences, bismillah.

1) Tahajjud + Quran + Dua 

There is no better way to start our morning than making dua and praying to Allah at tahajjud. The beauty of tahajjud is that we can wake up just 20 – 30 minutes before fajr and squeeze in a heartfelt dua and sunnah prayers/recitation. Masa ni lah the feeling of praying really different. The silence presents will revitalise our senses and gives us the special feeling of bonding between us and Allah.

Time ni kalau nak nangis boleh nangis puas-puas, nak merengek dan borak lama-lama dengan Allah, yes do it jangan malu. Please jujur je dengan Allah because He knows everything. Tapi, we have to struggle for this. It takes preparation especially for qiyamullail, such as sleeping early, a lot of patience and perseverance to keep on doing it until it has become a habit.

Practice dan niat hari-hari untuk bangun qiyam, solat subuh awal, baca quran etc. Nak barakah sepanjang hari kena mulakan dengan amalan yang besar keberkahannya. Please jangan miss baca Quran. Moga Allah pilih kita untuk husnul khotimah, amin.


2) Sip On Warm Lemon Water+Honey+Ginger


Oh, yang ni saya baru nak start this year. Come on lah, dah semakin berusia kan. Penat lah, lenguh lah, dehydrated lah. Yup, saya ni coffee lover. Kalau satu hari tak minum coffee that's not me. Kononnya untuk cover balik, jadi saya amalkan a cup of warm lemon water+ginger+honey every morning selepas minum air kosong. First time minum pun saya dah jatuh cinta. 

On top of the list of benefits of ginger lemon water is its ability to strengthen our immunity. This is due to the presence of high levels of anti-oxidants in ginger. Lemons are an excellent source of vitamin C which can heal wounds and preserve the strength of bones and teeth. 
If you feel tensed or worn out, the drink can also be an effective stress reliever. The strong aroma, spicy and refreshing taste and calming effects provide you relief and relaxation of your body and mind.

Tak tahulah addicted ke apa, tapi saya pun dah jadi green tea lover kalau rasa lesu (Sorry coffee). It does wonders for my body and sets me up feeling fresh, light and energized. Memang lah pahit, try lah perah lemon atau letak madu. Sedap!

3) Consume Positive Content  

Don't start our day with gossip, hiburan etc. Start for what can improve ourself better. Alhamdulillah, I enjoy reading articles related to health, woman, happiness and life. Tak kisahlah kat blog ke, FB, instagram dan lain-lain. I LOVE this time to myself… I don’t feel like I’ve started my day until I’ve read through inspirational content. It sets our mind up for a powerful and positive day. 

The beautiful part is that by reading or listening to inspirational, informative content each morning, I’m reminded of things that are important to me. Kadang-kadang saya suka juga bawa ke mana-mana journal saya as a reminder bahawa ada benda yang saya nak capai dalam hidup ini. And also as a bestfriend waktu sorang-sorang saya suka baca dan menulis. Dah jadi habit sejak kecil.

4) Write In A Journal

Take a few moments – either in writing or thoughts to practice thanking Allah. Haa, ni lah part tulis journal bukan yang atas ni. For me, tulis journal is how to express my appreciation and gratitude to Allah based on what I have go through in my life. Every woman needs a beautiful, inspiring planner or journal. Belilah yang sweet dan cantik kita pandang, for sure kita akan rasa sayang lebih kat dia. 

Alhamdulillah, bestfriend bagi hadiah journal cantik. How lovely!

We can write everything, anggaplah journal tu surat cinta untuk Allah baca. Hak ekslusif Allah ialah Dia menjadi prioriti kita melebihi segalanya. Termasuk luahan perasaan sedih, gembira, cinta, kecewa, syukur, azam, misi visi and anything. Then rasa nak meluah pada manusia mesti hilang entah ke mana. 

5) Lovely Dhuha Prayer

If you ever wake up feeling in a state of lack or sad, start thanking Allah for all your blessings by dhuha prayer. Say that you accept and love yourself. InshaAllah, hati akan rasa lebih tenang. Bersujudlah dengan penuh rasa syukur pada Allah yang masih menghidupkan kita di hari baru. Gratitude will only increase the happiness and abundance that awaits you. 

Jika ada hajat yang kita mahukan on that day, just pray to Allah. Kembalikan pada Allah. The feeling of surrender or tawakkal is, subhanallah!

6) Make a to-do list

It doesn’t matter if you’re stay at home or student with a schedule that rarely changes. It doesn’t matter if your days are mostly blank and you don’t have much to schedule. Every woman needs a planner. You’ll feel so much lighter by jotting down all the tasks that you need to complete instead of weighing it on your mind. Even if it’s basic routine-based tasks – write it down.

Even basuh baju, lipat baju, minum green tea, work out, tak perlu malu untuk menulis. For me, writing down what I should do will free my mind. When we write tasks down, we will take it more seriously. Our eyes and mind will focus on the job. I do see my tasks finish very well by writing to-do list, alhamdulillah.


In conclusion, the first step is always the hardest. Jangan termenung lama sangat. Sikit-sikit lama-lama jadi habit. Jangan lupa untuk senyum. Smile to yourself is never going crazy. Selain sedekah, awet muda kut!

Back to think the kind of woman I want to be, I want to be the best version of myself. The best I could be, as a servant of Allah. I love myself very much. Alhamdulillah.

Ok. That's all.

Assalamualaikum. 

Share:

21 January 2017

27 tahun mencintaiMu


Bismillah...


Mak selalu tak lupa menghargai anak-anaknya
Terkadang langit yang indah sekalipun tak dapat melukiskan kebahagiaan yang sedang kamu rasakan. Syukuri setiap bagian dalam hidupmu!  

 ― gmwr

Teruntuk diri sendiri, 

Selamat hari lahir dan selamat mengecapi kedewasaan yang misteri!

Alhamdulillah, syukur masih diberi nafas oleh Allah sehingga menginjak ke hari ini, umurku kini 27 tahun.

Sambut birthday dengan nasi kandaq

Rasa terharu. Abah, mak dan adik-adik sudi datang berjumpa, makan-makan sempena hari lahir. Biarpun umur hampir mencecah 30 an, terasa muda bila dimanja-manja oleh mak dan abah. Dengan kehadiran mak dan abah hari ini, Allah kabulkan impian bulan ini untuk belanja mereka makan. Semudah itu jalannya, terima kasih Allah!

Syukur, masih ada teman-teman yang mengingati tarikh lahir dan sudi memberi ucapan serta doa-doa yang diharapkan. Lihatlah wahai diri, begitu ramai yang menghargai dan menyayangimu. Terima kasih banyak untuk ingatan kalian.


Hadiah dari housemate

Maka layakkah aku untuk merungut-rungut dengan apa yang telah terjadi sepanjang hidupku 26 tahun? Setelah begitu banyak nikmat yang Allah beri, jarang pula yang aku syukuri.

A grateful heart is a magnet for miracles.
Without gratitude to Allah, nothing feels complete, nothing is ever enough.
-Umm Hafsa- 

27 tahun, umur sebegini sangat dekat dengan kematian. Masih kurang yang kulakukan untuk agama. Masih kurang aku berbakti pada mak dan abah. Masih kurang aku memberi. Masih kurang aku menyayangi dan menghargai.

Masih kurang pula aku mensyukuri!



27 tahun telah cukup dewasa untuk belajar dari apa yang dijalani, dari pengalaman yang menyakitkan dan menyenangkan hati. For everyday that passes, we can always reinvent ourself and start all over again.

Memberi, menyayangi, mencintai setulus hati. Sepenuh hati. Tanpa minta dibalasi. Tanpa merungut di bibir dan hati. Itulah definisi ikhlas yang Allah redhai.

Berharaplah hanya pada Allah. Kerana pengharapan kepada manusia adalah sesuatu yang sia-sia. Mereka tidak sempurna dan bukan tempat letak harapan. 

Menerima dan memahami ketidaksempurnaan manusia adalah pilihan kita. Agar ada rasa syukur Allah mengurniakan keberadaan mereka yang menemani perjalanan kita di dunia. Memberi hikmah, kemanisan, teladan dan pengalaman. 

Tak ada yang perlu dicemburui pada kehidupan orang lain. Setiap orang Allah berikan bahagian masing-masing. Apa yang kita miliki ada yang menginginkan agar mereka juga miliki. Sebab itu, siapa yang mensyukuri dia paling banyak memiliki.
Catatan ini adalah dari hati seorang gadis tatkala usianya mencecah 27 tahun. 

Semoga 27 tahun ini kemuncak kehidupannya menjadi lebih hebat di sisi Allah, lebih banyak beramal dan berbuat kebaikan, lebih banyak memberi manfaat kepada agama dan ummah. Semoga usia ini tak disia-siakan.

Hey, kau sudah besar wahai budak nakal!

Share:

14 January 2017

Live beautifully

Bismillah..


My 2017 Journal

Assalamualaikum 2017!


Tahun baru ini, pasti menjadi tahun yang penuh keindahan dan keajaiban. Make it the best year. Menjadilah seseorang yang selalu kita ingin jadi. Ikutilah kata hati kita yang bersih. Buka mata seluasnya melihat kehidupan ini, perhatikan segalanya, dan jangan terlepas peluang walaupun satu saat.

Telah sampai waktunya, untuk kita perbaharui segalanya tentang hidup dan mencari diri kita kembali. Dalam kata lain, mengenali diri sendiri lebih dalam. Tarik nafas dan lepaskan segalanya yang memeritkan. Ucapkan selamat tinggal!

Let it go. 


Lepaskan segalanya yang memberi kesan negatif kepada hidup kita. Yang berlalu biarlah berlalu. With the mindset of learning to let it go, ia akan mendorong kita untuk bersandar manja kepada Allah. For no matter what happens, Allah will always be there for us. Percaya pada Allah, apa yang sememangnya tertulis untuk kita, pasti akan mendatangi kita di mana jua kita berada. Tak perlu memaksa. Don’t fight a losing battle.


This year is about settling. 


It’s about making it everything we want it to be. Beranilah mengambil risiko. Bercakaplah tentang mimpi-mimpi kita sekuatnya dan kentalkan hati menggapainya. Jangan biarkan sesuatu apa pun memberhentikan perjalanan kita dalam meraih mimpi-mimpi kita. Be our own biggest cheerleader! Jika kita mahu orang lain menyokong impian kita, kita yang harus meyakininya dulu. 100%. 

Slowly, jatuh cinta kembali kepada kehidupan kita. Hanya memilih apa yang membuat kita jadi lebih baik. Sahut cabaran-cabaran yang membuat kita rasa 'hidup'. Hargai setiap yang berlaku dan ambil perhatian kepada sekecil-kecil perkara yang membuat kita bersyukur. Jika kita ambil masa untuk menjadi researcher kepada kehidupan ini, nanti akan kita lihat kehidupan yang tersusun cantik!


This is your own love story

Self-love. 

Sayangi diri sendiri. Bukan bererti kita harus egois, mengasingkan diri atau mementingkan diri sendiri. Self-love ialah tentang menghormati setiap keputusan yang kita ambil. Mempercayai diri sendiri. Accept just the way we are. 

It’s about being our own best friend. Holding our own hand and walking gently through the journey of life. Berhenti menagih-nagih kasih manusia dan memarahi diri sendiri atas kesalahan-kesalahan yang pernah kita lakukan. Setidaknya itu menjadi pengajaran dan kenangan buat kita.

You always have ‘you’

Manusia akan datang dan pergi. But you always have ‘you’. You’ll be with you for the rest of your life. Bila kita telah merancang sesuatu yang terbaik untuk hidup kita - yup follow through, otherwise kita akan berhenti mempercayai diri sendiri.

Ini adalah kehidupan kita. Kita berhak untuk hidup di dalamnya sebagaimana yang kita inginkan. Take the road less traveled. Keep on going. Your destination will be where you were meant to be all along.

Say alhamdulillah.

Live beautifully.

#notefrommyselftomyself
Januari 2017
Nilai
Share:

Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories