"Everyday is a brand new start"

06 September 2011

Ada apa dengan SANDAL??



Ibnu Taimiyyah: “Dunia itu ibarat sandalmu. Engkau hanya memerlukannya untuk mencapai tujuanmu. Tiada siapa yang begitu menyayangi sandalnya hingga ia tidak mahu bergerak menuju tujuannya.”



Pernahkah anda mendengar rasa cinta yang terjalin antara seseorang dengan sandalnya??





source;
Ibadah sepenuh hati
by Amru khalid
Share:

24 August 2011

Tahu tak????

Kenal tak Salahuddin Al Ayubi??
Kenal tak Sultan Muhammad Al Fateh??
Emm, kenal tak Saifuddin Muzaffar Al Qutuz??

Sudah lupa?? Atau belum berkenalan dengannya?? Barangkali tak pernah mendengar namanya..

“Kemunduran sebuah bangsa, karena mereka tidak mengenal sejarah dan tokoh-tokoh mereka" -Ibnu Khaldun (Al-Muqaddimah)

Betullah kita sangattt kurang membaca sejarah islam,, jadi bagaimana kita nak menghayati dan mengambil ibrah?? Sayang sekali....

25 Ramadhan 658 H. Tarikh bersejarah.

Sejarah Tartar yang akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam. Dalam Peperangan Ain Jalut. Di bawah pimpinan Panglima Perang Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz.

Agak-agak kan, berapa lama masa yang diambil Qutuz untuk menebus maruah umat islam??

Bertahun-tahun kot...

BUKAN!

10 bulan..10 bulan untuk jatuhkan Tartar yang telah bermaharajalela di bumi Islam selama lebih 40 tahun..

Tartar bukan calang-calang tapi berkali ganda lebih dahsyat daripada tentera Salib.

Mari kita baca apa kata Qutuz:

“Wahai pimpinan muslimin! Kamu diberi gaji dari Baitul Mal sedangkan kamu tidak suka berperang. Aku akan pergi berperang. Sesiapa yang memilih untuk berjihad, temankan aku. Sesiapa yang tidak mahu berjihad, baliklah ke rumahnya. Allah akan memerhatikannya. Dosa kehormatan muslimin yang dicabuli akan ditanggung oleh orang yang tidak turut berjihad.”


Dengan semangat berkobar-kobar, Qutuz turut turun untuk berperang bersama pasukannya. Tentera Islam mula bimbang. Apa kata Qutuz?


“Ada pun diriku, sesungguhnya ia sedang menuju surga. Ada pun Islam, ia mempunyai Tuhan yang tidak akan membiarkannya.”

Kematian Katabgha menyebabkan tentera Tartar ketakutan lalu melarikan diri sejauh 20 kilometer. Tentera Islam mengejar. Qutuz yang berada di tengah-tengah medan peperangan melaungkan:

“Wa Islaamah. Wa Islaamah. Wa Islaamah. Ya Allah bantulah hambamu, Qutuz untuk menghancurkan Tatar.”

Kesudahan yang baik adalah untuk Raja yang hebat. Tidak ada seorang pun dari tentera Tatar yang berjaya melepaskan diri mereka hidup-hidup. Kesemuanya mati.
Qutuz sujud ke bumi. Syukur.

Dan setelah itu, segalanya dengan izin Allah..Pelik tapi benar..

Orang Monggol, musuh terKUAT Islam mula masuk ke dalam agama Islam.

Apa rahsia Qutuz?

Iktibar dari sejarah terdahulu-->

Iman yang sebenar.

Keyakinan tinggi terhadap pertolongan Yang Maha Esa.






Hari ini;
25 Ramadhan 1432 H.
Source:
Ini Sejarah Kita(ISK).
Dakwah.info

Share:

23 August 2011

Rindu


Dengarlah wahai angin
Nyanyian sunyiku mengitari sukma dan raga
Gejolaknya tak lagi mampu menyergahku dari tangis
sedu
Membuat terdayu
Tergugu
Terpaku dalam getaran rindu
Setiap waktu
Sebongkah harap mambatu dengan cemas berpanjangan
Menyedutkanku dengan cinta dalam satu nama
Adakah sampai saat-saat itu?
menatap matanya bersama mataku


Di suatu waktu Ali bin Abi Thalib ra pernah menasihati salah seorang sahabat,
"Jika kamu rindu diamlah, maka hatimu akan tenang!"



source;
Saat cinta datang,, belum pada waktunya
(Ari Pusparini)
Share:

16 August 2011

,,, dengan Allah, untuk Allah dan bersama Allah


Abu Bakar al-kattani berkata, "Pada suatu hari para syeikh di mekah berbicara tentang masalah mahabbatullah (kecintaan kepada Allah), semua ulama' ikut berbicara, sedangkan di antara yang hadir, al-Junaid adalah seorang yang paling muda antara mereka.

Mereka berkata, "sampaikan pendapatmu tentang hal ini wahai pemuda iraq"

Al-Junaid menundukkan kepalanya sedangkan air mata mengalir dari kedua matanya,

kemudian ia berkata,

عبد ذاهب عن نفسه
متصل بذكر ربه
قائم باداء حقوقه
ناظر اليه بقلبه
فان تكلم فبالله
وان نطق فعن الله
وان تحرك فبامر الله
وان سكن فمع الله
فهوا بالله ولله ومع الله

"Kecintaan pada Allah itu akan wujud,
pada seorang hamba yang meninggalkan hawa nafsu,
ia berhubungan dengan zikir pada Tuhannya,
ia menunaikan hak-hak Tuhannya,
ia melihat Allah dengan hatinya,
Apabila berbicara, maka ia berbicara dengan Allah,
Apabila berdiskusi, maka ia berdiskusi dengan Allah,
Apabila bergerak, maka ia bergerak kerana perintah Allah,
Apabila diam, maka ia diam bersama Allah,

Maka jadilah dia..dengan Allah, untuk Allah dan bersama Allah."






source;
العوائق (Muhammad Ahmad Ar-Rasyid)
Share:

29 July 2011

that WORLD...our WORLD..

Bismillah..

Kekasih(Rasulullah SAW) memberitahu: “Ballighu anni walau aayah"

“Langsir tu macamana kita gantungkan? Mestila dari atas ke bawah kan? Barula nampak cantik…Macamtula hidup kita..kita perlu menyusun hidup kita sesuai dengan apa yg Allah suruh. Yang Allah tetapkan. Barula hidup ini nampak cantik…” -Mak cik La-

Bersyukur dengan hidup ini. Apa yang Allah aturkan. Bila bermuhasabah, subhanallah.. hebatnya kuasa Allah..!


Hampir 3 tahun saya dididik di “dunia” ini..

Terasa bagai mimpi berada di “dunia” ini.. setelah bertahun tahun berharap..Yup, like what Donald Trump has said; “When you think, think BIG and when you dream, dream BIG” This “WORLD” is a BIG dream what…

But, saya tahu 3 tahun belum cukup buat saya untuk benar2 menjadi sehebat mereka yang telah berjaya dalam “dunia” ini. Saya masih ingin belajar dari mereka..

As- syahid syeikh Dr Abdul Aziz Rantisi seorang doktor yang dididik dalam “dunia” ini menggunakan sepenuh kepakarannya untuk Islam. Hidupnya telah diinfaqkan untuk perjuangan agama sehingga imannya berbicara:

“Aku telah bersedia untuk kesyahidan.. Aku merindui syeikh Ahmad.. Perjuangan ini telah aku sediakan penjara dan darahku sebagai taruhan.."

As syahid Dr. Abdullah Azzam seorang anak Palestin juga berada dalam “dunia” ini. Semangatnya kian membara sehingga hidupnya tiada misi selain jihad. Akhirnya beliau menemui kesyahidan dengan senyuman.. Allah..

Saya ingin menuruti jejak mereka.. Mereka yang pernah berada di “dunia” yang sama dengan saya. Mereka yang benar-benar menghayati ayat cintaNya:

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar. ( Al-Hujurat: 15)

It is an unshakeable belief.

Saya tahu “dunia” ni bukanlah senang, boleh rehat banyak2, bak kata sifu2 dakwah; bukan “dunia” yang ditaburi bunga-bunga tapi.. kena lalu banyak benda susah, yang buat kita kadang-kadang rasa give up, tak mampu, lelah ..BUT..kan ke..

Syurga tu sememangnya dipagari dengan ketidaksenangan sampaikan malaikat jibril berkata: (ruj: Hadis riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ahmad)

‘Wahai Tuhanku, demi keperkasaan-Mu, sungguh aku khuatir tidak ada seorang pun akan memasukinya’

Kesusahan tu hakikatnya bukanlah bahan utama syurga tu, tapi hanya pagarnya sahaja. Cukuplah dengan keinginan nak masuk syurga yang indah itu menjadi bekal kekuatan untuk kita terus kuat menempuh ketidaksenangan tu untuk mencapai syurga yang hakiki. InsyaAllah..

*********************************

Dunia itu...

Dunia para nabi.

Dunia orang-orang asing.

Itulah.

Dunia TARBIYAH.










 Ya Allah...satukanlah hati-hati kami dalam perjuangan agamaMu..tsabatkanlah kami di jalanMu...Sampaikanlah kami kepada syurgaMu...Amin Ya Rabb....



Sebuah nasihat buat diri yang kerdil yang masih kena baaanyak belajar.
Salam Ramadhan 1432 H.
Segala salah dan silap harap dimaafi.

MujahidahMuda.
Share:

06 July 2011

Not easy as an ABC

Cuti-cuti Cinta 2

Omong hati

Hari-hari begitu pantas berlalu. Sedar tak sedar waktu cuti hanya tinggal lebih kurang 2 bulan. Sem 5 bakal menjelma, namun yang lebih menjadi kerisauan di hati ini ;

Bagaimana telah saya habiskan waktu-waktu cuti yang Allah berikan.


Menjadi pendidik anak-anak kecil dan dewasa menjadi pekerjaan sepanjang musim percutian. Harapan ummah yang sangat besar menggetarkan hati ini barangkali saya tak mampu untuk memegang amanah besar itu. Kerana dalam mendidik insan lain menjadi lebih baik dalam Al-Quran, saya juga seharusnya menjadi lebih dan lebih baik. Itulah yang paling dirisaukan sepanjang mengajari kalam Allah..

Bukan mudah..

Bulan seterusnya saya melakukan dua kerja dalam 1 hari. Saya bekerja di kedai milik jiran... Bekerja di situ menduga kesabaran saya melayan pelanggan yang bermacam ragam. Mengajar saya dalam mujahadah mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah. Menguji keikhlasan dan amanahnya saya. Alhamdulillah.. Allah turut menghadiahkan pengalaman dan mengajari saya banyak perkara sepanjang bekerja...(^_^)

Bukan mudah..


Saya berazam untuk memperbanyakkan bacaan pada musim cuti. Namun, belum berjaya sepenuhnya walaupun senarai buku yang perlu dibaca telah di ”list” dalam planner. Saya teringat pesanan ustazah; “ Kita perempuan ni,, masa muda2 ni lah kena banyak membaca sebab bila dah kerja, dah ada anak-anak nanti susah...” Kalimat sumber kekuatan. Jika anda banyak membaca. Sungguh, saya kagum dengan anda! Mabruk!

Bukan mudah…

Bukan mudah nak istiqamah beramal sepanjang cuti.

"Easier talking than done"

Cukuplah cerita cuti sampai di sini.

Mungkin ada sambungan, mungkin tidak lagi.





Peritiwa demi peristiwa.
Dalam hidup ini.
Sedang mengajari aku sesuatu.
jom BERSIH hati >_^


Share:

01 July 2011

Reflect.

Mencari keikhlasan diri.
Mencari hakikat diri.
Mencari hikmah Ilahi.
Mencari erti hidup ini.

Alhamdulillah..

Begitu cantik susunan Allah pada jalan hidup ini.

Speechless.

Tangan jadi tak pandai bicara lagi.



Hargailah hidup ini;
Sebelum diri dijemput Ilahi;

Share:

11 June 2011

Kun Fayakun

Aiya…cikgu ni asyik2 bagi posisi kat bahagian pertahanan.
Sekali sekala nak try sumbat gol jugak.
Tapi jangan ingat jadi defend ni senang dapat relaks jer,, skali kami gerak
naik atas..mau ketaq lutut si gol keeper..

“Kamu semua ni main jangan macam kambing! asyik berkumpul je..”
“Janganla rebut bola dengan kawan kamu,,paham tak??”
"Kalau buat salah lagi, saya ketuk kaki kamu dengan stick ni.."
Alah kena marah tu dah jadi adat… kalau tak kena marah takdenye kami pandai main..

Rindunye jeritan coach..
Rindunye training..
Rindunye nak pegang stick lagi..



Zaman persekolahan memang hangat dengan perlawanan demi perlawanan..
Perlawanan yang banyak bermain dengan emosi dan minda
Tiba-tiba teringat kenangan masa lalu..
Semua kerana….

TERENGGANU menang piala FA!!!


Adik saya bersorak. Sukalah dia dapat cuti sekolah. (^.<)

Hmm..
Merenung sejenak.
Tentang hidup.
Kita akan hadapi saat-saat kita hampir kalah.
Seakan sudah tertutup peluang untuk mencapai apa yang diinginkan.

Hidup penuh dengan keajaiban.
Life is full of M I R A C L E !

Allah mengabulkan doa kita dalam pelbagai bentuk
Seperti team Kelantan yang tolong sumbatkan gol untuk team Terengganu di saat-saat akhir
Dan waktu itu penyokong terengganu sudah give up dan beredar keluar dari stadium
 ^_^

Jangan putus asa.
Allah itu Maha Besar.
Berusaha terus.
Kun fayakun.

Melihat. Berfikir. Mentafsir
.
Lama sudah tak bersukan..hmm..
Sabda Rasulullah saw: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah”
Muwasofat tarbiyah ke 6 : Qawiyul jism

Share:

Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories