"Everyday is a brand new start"

24 August 2011

Tahu tak????

Kenal tak Salahuddin Al Ayubi??
Kenal tak Sultan Muhammad Al Fateh??
Emm, kenal tak Saifuddin Muzaffar Al Qutuz??

Sudah lupa?? Atau belum berkenalan dengannya?? Barangkali tak pernah mendengar namanya..

“Kemunduran sebuah bangsa, karena mereka tidak mengenal sejarah dan tokoh-tokoh mereka" -Ibnu Khaldun (Al-Muqaddimah)

Betullah kita sangattt kurang membaca sejarah islam,, jadi bagaimana kita nak menghayati dan mengambil ibrah?? Sayang sekali....

25 Ramadhan 658 H. Tarikh bersejarah.

Sejarah Tartar yang akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam. Dalam Peperangan Ain Jalut. Di bawah pimpinan Panglima Perang Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz.

Agak-agak kan, berapa lama masa yang diambil Qutuz untuk menebus maruah umat islam??

Bertahun-tahun kot...

BUKAN!

10 bulan..10 bulan untuk jatuhkan Tartar yang telah bermaharajalela di bumi Islam selama lebih 40 tahun..

Tartar bukan calang-calang tapi berkali ganda lebih dahsyat daripada tentera Salib.

Mari kita baca apa kata Qutuz:

“Wahai pimpinan muslimin! Kamu diberi gaji dari Baitul Mal sedangkan kamu tidak suka berperang. Aku akan pergi berperang. Sesiapa yang memilih untuk berjihad, temankan aku. Sesiapa yang tidak mahu berjihad, baliklah ke rumahnya. Allah akan memerhatikannya. Dosa kehormatan muslimin yang dicabuli akan ditanggung oleh orang yang tidak turut berjihad.”


Dengan semangat berkobar-kobar, Qutuz turut turun untuk berperang bersama pasukannya. Tentera Islam mula bimbang. Apa kata Qutuz?


“Ada pun diriku, sesungguhnya ia sedang menuju surga. Ada pun Islam, ia mempunyai Tuhan yang tidak akan membiarkannya.”

Kematian Katabgha menyebabkan tentera Tartar ketakutan lalu melarikan diri sejauh 20 kilometer. Tentera Islam mengejar. Qutuz yang berada di tengah-tengah medan peperangan melaungkan:

“Wa Islaamah. Wa Islaamah. Wa Islaamah. Ya Allah bantulah hambamu, Qutuz untuk menghancurkan Tatar.”

Kesudahan yang baik adalah untuk Raja yang hebat. Tidak ada seorang pun dari tentera Tatar yang berjaya melepaskan diri mereka hidup-hidup. Kesemuanya mati.
Qutuz sujud ke bumi. Syukur.

Dan setelah itu, segalanya dengan izin Allah..Pelik tapi benar..

Orang Monggol, musuh terKUAT Islam mula masuk ke dalam agama Islam.

Apa rahsia Qutuz?

Iktibar dari sejarah terdahulu-->

Iman yang sebenar.

Keyakinan tinggi terhadap pertolongan Yang Maha Esa.






Hari ini;
25 Ramadhan 1432 H.
Source:
Ini Sejarah Kita(ISK).
Dakwah.info

Share:

0 comments:

Post a Comment


Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories