![]() |
Pemandangan Philip Island |
Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi sambil berkata: "Ya Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau! Maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Ali-Imran :191)
Subhanallah.Subhanallah.Subhanallah.
Tak terhenti ucapan ini disebut sepanjang perjalanan ke Philip Island, sebuah pulau di Victoria Australia. Bermula dengan padang rumput yang luas kehijauan dan kelihatan lembu pelbagai warna yang sihat-sihat, biri-biri dan kuda. Pemandangan bukit bukau juga pasti membuat kita terpukau. Terlintas di fikiran, jika ini sudah dikatakan sangat indah di dunia, apatah lagi keindahan syurga yang tak terjangkau pemikiran manusia? Subhanallah.
Untuk ke Philip Island, kami harus melintasi sebuah jambatan tembok yang menghubungkan pulau ini dari San Remo (nama spagetti kita), sebuah kota kecil tempat kami singgah untuk merasa fish & chips yang sangat sedap!
Untuk ke Philip Island, kami harus melintasi sebuah jambatan tembok yang menghubungkan pulau ini dari San Remo (nama spagetti kita), sebuah kota kecil tempat kami singgah untuk merasa fish & chips yang sangat sedap!
Kami solat berlantaikan rumput hijau di luar bangunan Information Centre dan seterusnya ke Phillip Island Chocolate Factory, betul-betul di hadapan Information Centre. Kalau berminat, mereka ada menyediakan tour untuk melihat bagaimana coklat dihasilkan. Coklat mereka semuanya sedap tapi agak mahal.
Destinasi seterusnya... Phillip Island Wildlife Park! Memang tempat yang ditunggu-tunggu untuk orang yang excited macam saya untuk jumpa kangaroo, haiwan paling famous di Australia. Di sini terdapat 100 jenis spesis haiwan Australia seperti kangaroo, wallaby, emu, koala dan macam-macam lagi.
Oh, disebabkan koala semuanya sedang tidur, jadi kami beri makan pada wallaby dan kangaroo. Pertama kali dipertemukan dengan kangaroo, wah memang besar kangaroo rupanya! Mereka akan datang beramai-ramai ke arah sesiapa yang membawa plastik makanan. Oleh sebab saya memang tak berani sangat dengan kucing, jadi begitulah juga dengan kangaroo. 2 ekor kanggaroo datang dan terus merampas plastik makanan saya!
Selepas tu, kami ke Nobbies Centre yang berdekatan dengan Penguin Parade. Di sinilah tempat wajib pelancong kalau ke Philip Island. Pengalaman melihat hamparan indah Southern Ocean dengan pulau-pulau kecil dihadapan mata, subhanallah..sukar untuk saya gambarkan di sini. Allah menjadikan alam ini dengan begitu cantik.
Cuaca di sini paling sejuk berbanding di tempat lain ditambah dengan angin laut. Jadi, sesiapa yang tak tahan sejuk akan sukar untuk ke tempat puncak bagi melihat pemandangan batuan karang yang membentuk dengan indah setelah terus menerus dihempas air laut yang membuat kita sangat terpesona.
Kami picnic di sini. Oleh sebab kami pergi ketika hampir senja, dan waktu itu penguin akan pulang ke tempat asal jadi kami diminta pulang segera. Saya sangat suka cara security guard di sini. Beliau datang dekat ke arah kami dan berborak dengan senyuman. Akhirnya, baru beliau meminta kami pulang. Caranya santai dan tidak seakan mengarah. We love it!
Waktu siang di Australia sangat pendek. Jam 5 petang sudah masuk waktu maghrib dan gelap. Kami sempat singgah solat di Hallam Mosque. Masjid pertama yang saya lihat di Melbourne. Setelah selesai solat, barulah saya tahu di sini azan tidak dibenarkan kedengaran di luar masjid. Sayu saya mendengar azan dilaungkan di dalam masjid. Teringat sejarah Turki suatu ketika dulu.
Wahai anakku! dunia ini bagaikan samudera tempat banyak ciptaan-ciptaanNya yang tenggelam. Maka jelajahilah dunia ini dengan menyebut nama Allah.
Jadikan ketakutanmu pada Allah sebagai kapal-kapal yang menyelamatkanmu. Kembangkanlah keimanan sebagai layarmu, logika sebagai pendayung kapalmu, ilmu pengetahuan sebagai nakhoda perjalannanmu dan sabar sebagai jangkar dalam setiap badai dan cobaan
(Ali bin Abi thalib ra)”
To be continued...
0 comments:
Post a Comment