Hari seterusnya, saya dan mak berjalan-jalan di kawasan perumahan sekitar Clayton sambil menghirup udara sejuk menggigil di petang hari. Saya suka dengan keindahan pokok-pokok yang dikekalkan menjadi pagar rumah dan adanya sistem tong sampah yang teratur menjadikan kawasan sangat bersih. Apabila berjalan-jalan, ada sahaja yang menegur "hi" atau "helo" sambil tersenyum.
Ini adalah rumah orang-orang tua di Clayton. Ia besar dan cantik. Diceritakan, orang-orang tua di sini sanggup menyimpan wang untuk masuk ke rumah ini kerana di sini lengkap dan ramai teman. Masuk ke sini tak bererti anak-anak tak menghiraukan, bahkan mereka dilihat penuh dengan kasih sayang. Tambahan pula, kaum tua di sini sangat aktif dengan aktiviti dan suka berjalan-jalan. Mungkin telah jadi kebiasaan di masa muda. Teringat kata-kata ustaz Hasrizal;
"Mereka yang mencari banyak pengalaman di usia muda tidak akan menjadi orang tua yang membosankan."
Alhamdulillah..Universiti Monash tempat Along mengadap phD nya sangat dekat dengan rumah kami. Jadi, inilah kesempatan saya untuk 'mentadabburi' universiti tersebut. Saya kagum dengan tempat itu meskipun kurang 'warna' nya kerana hanya ada hitam, kelabu dan putih tak seperti UIAM. Saya cuba membanding-bandingkan universiti di sini dan Malaysia. Tak jauh bezanya. Universiti 'kita' tak kurang hebatnya.
Surau memang susah dijumpai di Melbourne dan di Monash, surau terletak sebumbung dengan church dan tempat ibadat lain dengan nama Religious Centre. Di surau inilah, program-program kerohanian dipromosikan untuk pelajar beragama Islam. Makanan halal pula ada dijual di centre tetapi sangat terhad dan harganya agak mahal. Jadi, kebanyakan pelajar muslim lebih memilih memasak sendiri dan membawa bekal. That's why they are master in cooking!
“Please be a traveler, not a tourist. Try new things, meet new people, and look beyond what’s right in front of you. Those are the keys to understanding this amazing world we live in.” Andrew Zimmern
To be continued....
0 comments:
Post a Comment