"Everyday is a brand new start"

07 June 2014

Senyum si Penjual Minyak Wangi




Dr Farhan memulakan meeting hari itu dengan satu cerita.

Cerita kisah si penjual minyak wangi.

Setiap hari kerjanya menjual minyak wangi. 

Apabila orang lalu di tempat jualannya, dia senyum dan menyapa ramah, termasuk Dr Farhan.

Penjual itu kelihatan bahagia biarpun tiada sesiapa membeli jualannya.

"Saya juga tak pernah membelinya" kata Dr Farhan.

Suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada saya.

"Saya mahu membeli minyak wangi, tahu ke di mana tempat yang bagus?"

Dr Farhan bertanya kami, "Kamu semua rasa saya akan syorkan di mana?"

Ya, pastilah di tempat jualan lelaki itu!

"Kamu tahu, sahabat saya itu bukan hanya membeli satu, tapi berkotak-kotak"

Subhanallah!

Senyum itu bukan hanya ibadah dan sedekah, tapi menjemput rezeki yang berkah.

Senyumlah, tak susah pun! :)




Share:

0 comments:

Post a Comment


Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories

Blog Archive