Hujan lebat mengingatkan saya 'ceritera hujan', dari seorang sahabat.
Ceritanya...
Saya selalu merungut. Pintu kereta selalu rosak. Biasalah, kereta lama..
Lalu saya mengadu kepada suami; "Bang, kita beli kereta baru nak? Kereta ni asyik-asyik buat hal"
Suatu hari,
Saya betul-betul meradang dengan kereta kerana ada pintu yang tak dapat dibuka.
Ketika itu hujan sangat lebat.
Lantas saya melihat pak cik penjual apam balik, baru selesai kerja agaknya.
Mereka anak-beranak saling menolak meja jualan sambil bersuka ria. Bergelak ketawa dibasahi hujan.
Allah...
Saya tertampar.
Bagaimana mereka sedemikian bersyukur kepada Allah dalam keadaan serba kekurangan.
Sedang saya di dalam kereta yang selesa, tak terkena hujan pun. Malah, masih merungut.
"Ceritera Hujan", melihat hujan saya melihat kebaikan Allah.
"Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapat menghitungnya. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
(Surah an-Nahl: 18)
Orang yang bahagia, ialah orang yang menemukan hal-hal sederhana dalam hidupnya, dan mengucapkan Alhamdulillah.
0 comments:
Post a Comment