“Abi, ini perjalanan umi yang
terakhir,“ demikian ungkapan ustazah Yoyoh pada suaminya yang tercinta Ustaz
Budi Darmawan yang kemudian dijawab, ”istighfar mi.“
Ustazah Yoyoh beristighfar kemudian mengucapkan kalimah syahadat… Maka pergilah bertemu Allah
seorang mujahidah pada 21 Mei 2011.
Nama ustazah Yoyoh kerapkali
ditulis di blog ini. Saya akui, Ustazah Yoyoh merupakan role model, sosok
mujahidah impian, dengan hidupnya yang sederhana dan bersahaja. Kematiannya menghidupkan
jiwa-jiwa manusia yang tinggal. Beliau, contoh buat para wanita dunia.
Sejak awal tahun 1980 beliau sudah
bergabung dengan jemaah Parti Keadilan Sejahtera, dengan penuh semangat dan
komitmen. Seluruh hidupnya diwakafkan pada dakwah ini. Sesungguhnya yang merasa
kehilangan bukan hanya jemaah dakwah PKS, bukan hanya
bangsa Indonesia, tapi segenap penjuru dunia, dari negara-negara ASEAN dan negara-negara
Timur Tengah.
Ambil masa sejenak untuk kita menghayati hidup pejuang bernama ustazah Yoyoh Yusroh:
Pertama : Teladan Fizik yang Kuat dan Komitmen dalam
menjaga kesihatan
Ustazah Yoyoh Yusroh memiliki
stamina yang kuat dan kemampuan manajemen waktu yang baik. Beliau menyedari, aktiviti
dakwah memerlukan energi yang luar biasa, maka beliau mempunyai komitmen yang sangat
tinggi dalam menjaga kesihatan.
Beliau sangat menganjurkan para
muslimah untuk menjaga kesihatan. Menekankan untuk memakan banyak sayur dan
buah-buahan, serta meninggalkan segala jenis makanan segera yang berpengawet.
Lebih tegas ustazah Yoyoh Yusroh menjelaskan:
“Rahim seorang wanita harus
dipersiapkan untuk menghasilkan generasi yang terbaik. Jadi, makanlah hanya
sesuatu yang halal dan toyyib..”
Melahirkan 13 orang anak tentu memerlukan penjagaan fizikal yang luar biasa, belum ditambahi aktiviti
dakwah dan kegiatan yang sangat padat. Beliau mampu melewati hari-hari sibuknya
dengan stamina yang kuat. Saat ditanya seorang akhawat tentang resepi 'fit'nya,
beliau mengingatkan untuk jangan lupa memakan habbatus sauda’ dan madu.
Kedua : Kesabaran luar Biasa
Melahirkan, menjaga dan
membesarkan 13 orang anak adalah hal luar biasa yang memerlukan
kesabaran yang luar biasa. Beliau berpesan tentang kunci sukses membina rumah
tangga :
"Dalam membina rumah tangga, yang
penting prinsipnya saling memberi. Tidak ada yang superordinat atau subordinat
antara laki-laki dan wanita. Sejak awal menikah komitmen itu harus ada. Lelaki
dan wanita punya keistimewaan."
Berbicara mengenai visi pernikahan, ujar beliau:
"Visi pernikahan itu adalah visi dakwah. Sehingga apabila visi pernikahan telah menjadi visi dakwah, apapun masalah yang dihadapi oleh keluarga kita, masalah itu tidaklah terlalu besar bila dibandingkan dengan masalah umat. Maka keluarga itu tidak akan memperumit masalah-masalah kecil.”
Berbicara mengenai visi pernikahan, ujar beliau:
"Visi pernikahan itu adalah visi dakwah. Sehingga apabila visi pernikahan telah menjadi visi dakwah, apapun masalah yang dihadapi oleh keluarga kita, masalah itu tidaklah terlalu besar bila dibandingkan dengan masalah umat. Maka keluarga itu tidak akan memperumit masalah-masalah kecil.”
Beliau pernah berpesan kepada para
ibu muda yang sibuk mengurus bayi sehingga tidak melaksanakan solat malam bahawa bayi yang menangis tidak menjadi halangan untuk solat malam.
Kata beliau:
“Insya Allah masih bisa
ukhti…Yang namanya bayi, ya tugasnya memang nangis. Malah kita khawatir kalau
dia tidak bisa menangis tapi diam terus. Nah, enti bisa siapkan bayi dulu
dengan memmbersihkan dari najis, terus dipakai pampers, lalu menyempatkan diri
wudhu’ sebentar.
Saatnya solat, hamparkan tilam kecil di samping sajadah kita
dan letakkan bayi di situ. Kalau dia menangis, jangan panik dulu, tetap
teruskan solat. Tapi kalau terlihat tanda-tanda nangisnya tidak mahu berhenti,
gendonglah dia sambil solat. InsyaAllah dalam dakapan si ibu, dia akan tenang
kembali. Sekaligus ini memberikan tarbiyah ruhaniyah padanya, sejak kecil sudah
merasakan dan menyaksikan ibunya selalu bangun untuk solat lail di sepertiga
malam”.
Ketiga : Ruhiyah Tinggi
Aktiviti dakwah dan kemasyarakatan yang begitu padat akan
sangat melelahkan tanpa siraman ruhiyah yang teratur. Ustazah Yoyoh Yusroh tahu
dan meyakini dengan pasti hal tersebut. Kerana itu, beliau sentiasa menghiasi
hari-harinya dengan ‘charger’ ruhiyah yang terus dijaga dan
ditingkatkan. Tilawah dan mengulang hafalan Quran adalah rutin harian yang
tak ditinggalkan.
Salim A Fillah pernah mendapati beliau bersama suami tengah
asyik mengulang hafalan berdua, bergantian menyemak dan membenarkan. Secara
khusus, beliau sentiasa menyelesaikan tilawah 3 juz setiap hari.
Ketika ditanya bagaimana beliau menyempatkan diri untuk
tilawah sebanyak itu dalam setiap harinya, ustazah Yoyoh Yusroh menjawab dengan
yakin dan mantap :
“Justeru kerana sibuk dan banyak hadapi aneka persoalan
serta begitu beragam manusia, maka harus memperbanyak Al-Quran”
Bercerita tentang hubungan muslimah dan Al-Quran, pesan
beliau:
“Jika badan lelah, akal masih bisa berjalan. Tidak kuat lagi
bersuara untuk tilawah, bisa beralih dengan membaca tafsir. Jika akal kita
lelah juga, ruh masih bisa berjalan. Membaca tafsir pun mata dan otak sudah
berat, bisa beralih dengan mendengarkan tasmi’ Al-Quran. Intinya, jangan terus
tidur hanya sekadar memenuhi rasa mengantuk.”
Subhanallah.
Panggilan bunda dan ummi menandakan tempat khusus di hati
para akhawat. Seorang akhawat muda begitu terkesan saat dalam sebuah pertemuan
kedua dengan beliau, ustazah Yoyoh Yusroh masih mengingat betul nama dan
asalnya, serta menanyakan tentang kegiatan dan aktiviti terbarunya.
Hal ini jelas menunjukkan kepedulian dan kasih sayang beliau yang tulus.
Sms terakhir beliau kepada seorang akhawat sebelum kematiannya benar-benar menjadi pembakar semangat.
“Ya Rabb, aku sedang memikirkan posisiku kelak di akhirat.
Mungkinkah aku berdampingan dengan penghulu para wanita khadijah al kubra yang
berjuang dengan harta dan jiwanya? Atau dengan Hafsah binti Umar yang dibela
oleh Allah saat akan dicerai kerana showwamah (rajin puasa) dan qowwamahnya (rajin tahajud) ? Atau dengan Aisyah yang telah hafal 3500 hadis, sedang aku….
500 juga belum…atau dengan Ummu Sulaim yang shobiroh (penyabar) atau dengan
Asma yang mengurus kenderaan suaminya dan mencela putranya saat istirehat dari
jihad… atau dengan siapa ya?
Ya Allah, tolong beri kekuatan untuk mengejar amaliah
mereka…sehingga aku layak bertemu mereka bahkan bisa berbincang dengan mereka
di taman firdausMu.”
Menghayati hidup beliau, semakin diriku sedar bahawa kita bukan penduduk dunia. Berpenat lelahlah kerana Allah di sini, untuk menikmati kerehatan di 'sana'.
Menghayati hidup beliau, semakin diriku sedar bahawa kita bukan penduduk dunia. Berpenat lelahlah kerana Allah di sini, untuk menikmati kerehatan di 'sana'.
Lagu “Permata Tarbiyah” nyanyian Izzatul Islam masih menyapa di telinga,
kita berpisah dalam fana
kelak kita berjumpa..
Semoga kita dapat berjumpa di firdausNya kelak.
#25042015
0 comments:
Post a Comment