"Everyday is a brand new start"

11 July 2013

Ibrah dari Rindu


Masa sangat pantas berlalu. Sedar tak sedar saya sudah habis berpraktikal!


Tempoh praktikal begitu indah. Memberi ilmu, pengalaman dan teman-teman baru yang mengajari hal-hal baru tentang kehidupan.

Alhamdulillah.. Allah menguatkan keyakinan saya:

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak akan rugi orang yang beristikharah dan tidak akan menyesal orang yang berbincang.” ( Hadith riwayat At Tabrani )
Masa dan kesempatan yang Allah beri terasa terlalu singkat, tapi cukup bermakna. Di situ saya akui kata-kata "There're times, when strangers are like family". Yup, saya dapat famili baru! "Famili K Fiqh". Syukur.

Dari rindu ini, saya merenung dan menilai diri sendiri. Menjenguk those past matters, yang saya jadikan reference point untuk tengok sejauh mana saya dah berubah. Ke arah 

kebaikan. 



Banyak peristiwa, perbuatan dan kata-kata manusia sekeliling sebenarnya yang saya take note, bukan hanya nak simpan dalam kepala, tapi tembus ke dalam hati untuk diamalkan.  





Dari rindu ini, saya belajar menghargai orang lain. Menjadi bahagia apabila dapat membahagiakan dan memudahkan urusan orang lain. Memegang erat sabda nabi Muhammad SAW bermaksud :

"Barangsiapa yang memudahkan urusan orang yang mengalami kesulitan, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat." (HR Muslim)



Buat orang tersenyum adalah salah satu cara untuk buat diri kita rasa lebih baik.......kan?

Dari tempoh praktikal yang singkat ini, saya belajar hidup susah, dari kesusahan diri dan orang lain. Belajar bergantung sungguh-sungguh pada Allah. Saya percaya, selalu.. Allah mengabulkan mimpi-mimpi kita dari kesusahan yang kita tempuh, dari apa yg kita pilih, yang terkadang kita tak sedar pun, itu cara Allah kabulkan doa kita, akhirnya!

Banyak yang mahu saya tulis. Menulis, tak semudah berkata-kata. Biar sedikit tapi bermakna. 

Selebihnya biarlah jadi simpanan diri...jadi ingatan dalam hati.

Terima kasih teman-teman. Semoga bertemu lagi!


Doakan perjalanan saya yang seterusnya. Moga Allah pimpin. Rabbi yusahhil.


وَقُلْ رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْمُنْزِلِينَ

Perpisahan adalah awal dari suatu pertemuan yang jauh lebih indah. Trust Allah.
Share:

09 July 2013

Inni TawakkaLtu



Kejadian PERTAMA kali:

Ketika Nabi Musa melihat tongkat berubah menjadi ular, apa yang ia lakukan?

"Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu". (Ia pun mencampaknya), maka apabila ia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah ia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu ia diseru): "Wahai Musa, datanglah kemari dan janganlah engkau takut. Sesungguhnya engkau dari orang-orang yang beroleh aman. (Al-Qasas : 31)

Dan Nabi Musa melarikan diri.

Berlaku kejadian KEDUA :

Nabi Musa menghadapi 30,000 penyihir yang menimbulkan rasa takut dalam diri Nabi Musa.

Nabi Musa menjawab: "Bahkan kamulah campak dahulu". Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka. (Taha:66)

Apa yang terjadi?

Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya.(Taha:67)

Nabi Musa hanya takut, dan tidak lari.

Dan kejadian KETIGA :

Firaun mengejar Nabi Musa di belakang. Ini ujian yang lebih berat dibanding sebelumnya.

Tetapi, apa yang dikatakan Nabi Musa?

Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku". (Asy-Syu'araa' ayat 62)
Nabi Musa sudah menjadi orang yang mutawakkil.

Begitulah, proses latihan tawakal yang Allah berikan kepada Nabi Musa.

Dan, kita takkan terlepas dari proses ini, sekiranya kita benar-benar menghayati kehidupan ini.

Perancangan dan usaha tak bermakna bertentangan dengan tawakal, bahkan perancangan dan usaha adalah puncak tawakal.

Tunjukkan tawakal kita, dan lihatlah apa yang Allah akan lakukan untuk kita.


يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث أصلح لي شأني كله ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين




Salam Ramadhan Kareem…!



Bukan hanya jasad yg akn memasukinya, tapi seluruhnya; jiwa raga, mental, spiritual.
Lihatlah betapa besar nikmat apabila dapat sampai kepada bulan Ramadhan. Bersujudlah tanda dirimu bersyukur!

Share:

15 May 2013

Istikharah Cinta


“Saya nak luah perasaan pada dia” Kata sahabat saya. Terkejut. Saya merenung mencari pengertian di wajahnya.

“Sabarlah… jangan tergesa-gesa. Cinta itu menjaga. Tergesa-gesa itu nafsu belaka”

“Habis tu, apa yang saya kena buat?”

“Awak istikharah. Percayalah, petunjuk Allah itu akan datang beserta ketenangan dan keyakinan. Jika dia yang terbaik untuk awak, insyaAllah.. Allah akan mudahkan dan beri kekuatan”

Sahabat saya mengangguk. Alhamdulillah…dia memahami kata-kata saya.


Selepas beristikharah, pasrahlah dengan pilihan yang kita lakukan. Namun, kita harus sedari bahawa selepas pemilihan, ujian tetap akan datang, kerana kita hidup untuk diuji.
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun. (Al-Mulk:2)

Sematkan dalam hati, pilihan yang tepat hasil istikharah itu umpama benih yang baik. Benih yang baik pun perlukan baja, cahaya dan air untuk berbunga dan berbuah. Maka kitalah yang harus rajin bekerja demi menghasilkan pohon yang tumbuh subur.

‎"Anakku, dalam menuju perkahwinan, menjadi orang yang baik lebih utama daripada mencari orang yang baik, kerana siapa dirimu itulah nanti yang akan membentuk siapa dirinya kelak!– Ustaz Pahrol
Mintalah nasihat daripada orang-orang yang dipercayai. 

Barangkali dia belum muncul, tenanglah. Teruskan saja istikharah dan doa. Kerana yang terbaik akan datang menjemput setelah kesabaran dan usaha yang sungguh-sungguh. 


Jika sudah yakin, berusahalah merisik bidadarimu dengan jalan yang terbaik. Temuilah orang tuanya. Seorang hawa hanya mahu lihat keikhlasan hatimu wahai Adam!

Bagi yang masih sendiri jangan resah.Segala sindiran dan kata-kata manusia... kentalkan hati!
Bukan harus mereka mengerti. Tapi wajib untuk Allah merestui.
Saat perasaan itu bertasbih, cinta yang terpelihara kan menghampirkan mereka.
Roh istikharah (merujuk kepada Allah) itu bukan hanya diawal perkahwinan, tapi di pertengahan, di sepanjangnya, sehinggalah sampai ke hujungnya.... syurga!

Inilah Istikharah Cinta !

"It is better to wait for years for that someone you are sure of, than to continually grab a chance with someone who picks you up, but drops you whenever they want to...."
Sabarlah...

"Cinta bukan mengajari menjadi lemah, tapi menguatkan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat." -Buya Hamka-
Share:

04 May 2013

Cerita 5 Mei 2013



10.30 am | 5 Mei 2013

Hfon dah ada, earfon, tab, kot2 lah boleh dengar lagu sambil main facebook tengah beratur panjang… ok complete!

Eh, wawa, kipas ada kipas?

Adik bongsu saya pun kelam kabut carikan kipas kayu untuk kakaknya yang mengada-ngada.

Dengan lafaz bismillah,saya menaiki motosikal yang di drive LAJU oleh adik lelaki ke SK Bukit Mentok II.

Tercari-cari saluran 4. Jumpa! Haihhhh, tak sampai 10 minit beratur dah masuk pangkah undi. Cuaca pulak mendung je…huuhu buat penat bawak barang banyak2…

Orang bagi jari kiri, saya bagi jari kanan. Time mengundi, tangan tetiba jadi ketaq. Hodoh betul pangkah saya… Hmmm


That’s my first experience. Kelakar. Tapi, saya bangga. Sebab saya dah tunaikan tanggungjawab saya. Tawakkaltu a’lallah…

“Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkal lah kepada Allah.”
Surah Ali-Imran ayat 159

*******************************************************
Sebelum ni, saya memang buta politik. Masuk tahun ke 3 di Universiti, saya tinggal dengan kawan-kawan yang kuat berpolitik. Saya tersedar, saya dah banyak ketinggalan.

ومن لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu berkenaan urusan kaum Muslimin yang lain, tidaklah mereka dalam kalangan mereka (muslim)” Riwayat At-Tabrani

Beberapa bulan praktikal di Gombak makin banyak menyedarkan saya.

Fikiran saya lebih terbuka. Saya dipertemukan dengan orang muda yang hebat di pentas politik, serta tokoh-tokoh politik. Berdiskusi dan berbicara soal politik.

Undi bukan main-main, bukan setakat pangkah memangkah. Ini soal masa depan Islam! Masa depan Negara!

Cukuplah media yang tidak adil. Cukuplah dengan penipuan dan kezaliman yang terjadi.

Apapun yang berlaku, walau apapun keputusannya. Percayalah, perancangan Allah itu yang terbaik.

When you learn to put your full trust in Him then great things are coming on your way.

Saya yakin dengan kata Sayyid Qutb;

Kezaliman walau sekuat manapun akan hancur, kebenaran walau kelihatan lemah, namun ia akan muncul.

Terus, kuatkan keyakinan pada janji Allah. Allah bersama orang-orang yang benar.

Allahu Akbar!




|Hidup ini harus kaya dengan kerja-kerja besar, cita-cita tinggi dan usaha keras tanpa henti |

BidadariQalby
Share:

24 April 2013

Dalam hati siapa yang tahu

I'm not a perfect person. There's many things I wish, I didn't do
But I continue learning

“Luahkan apa yang awak rasa..”

Tak semua benda kita dapat luah. Kebanyakan benda dalam hidup saya, saya tak luah. Dan, saya tak berjaya meluahkan. Selalu, saya tak tahu macamana nak luah.

Sebab tu apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati. (because of that kena banyak baca pasal nak faham manusia)

Bukan bererti perlu hipokrit, tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu.

Apabila kita bahagia, tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain.

Apabila kita suka, kita tidak perlu menunjukkan suka yang amat. Berpada-padalah dalam menyukai.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Ketika kita bersedih, tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.

Walaupun kadang air muka tak mampu menipu.

Begitu juga ketika hati kita terluka dan sakit, jangan sampai orang lain kena getahnya.

Di sebalik apa yang Allah takdirkan untuk diri saya, di satu sisi saya melihat ia sebagai kelemahan yang perlu diperbaiki, di sisi lain, saya belajar banyak perkara.


Cukuplah Allah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri. “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”

"Hendaklah di antara kalian mengadukan segala urusannya hanya kepada Allah saja, walaupun hanya tali sandal yang putus." (HR Tirmidzi)

Hanya Allah yang Maha Memberi apa yang terbaik. Atas keyakinan itu, saya terus berharap.

"Ya Allah, gantikanlah apa yang telah hilang dariku dengan yang lebih baik."

Siapa yang dapat melawan takdir Allah. Jika dikataNya JADI, maka JADI lah

“Jadi, maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82) 

Ada banyak hal yang baik berlaku apabila kita diam. Tak dinafikan ada juga beberapa hal yang buruk akibat kita diamkan apa yang kita rasa, yang kita tahu.

"Sesungguhnya mereka-mereka yang menyembunyikan apa yang diturunkan Allah di dalam al-Quran kerana bertujuan supaya mendapat sedikit habuan dunia, maka tiadalah yang mereka makan masuk ke dalam perut mereka itu, melainkan api neraka..."
(al-Baqarah:174 )


بلغوا عني ولو آية 

Sabda Rasulullah saw bermaksud: Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat. 

Semoga Allah membantu dan mempermudahkan segala urusan. Amin.



Some things just can't be said, but need to be read from the heart.

Yang datang dari hati akan sampai ke hati.
 Retweeted by  @ Twitter

Share:

24 February 2013

Today is a Gift


I love books ..that's a very lovely gift by Allah..!^_^

“Kamu nak tak kerja sebagai editor?”

“Saya teringin nak kerja. Tapi, saya ingat nak sambung master di UIA. InsyaAllah..”

Ustaz Zahazan mengangguk.

Terasa seperti mimpi, dapat bertandang ke rumah ustaz dan isteri, Kak Mahfuzah. Atas urusan kerja.

Subhanallah…ustaz peramah dan lemah lembut orangnya.

Ustaz banyak bertanya tentang kehidupan kami, sesekali memberi nasihat. Pertemuan yang ringkas, tapi cukup bermakna. 

Tak terasa lelah kerana kesesatan hampir 2 jam sebelum sampai di rumah ustaz. Allah…
Al-Ma’mun berkata: “Tidak ada sesuatu yang lebih mengasyikkan dari berjalan-jalan di alam fikiran orang-orang berilmu”.

Pengalaman hampir sebulan praktikal, rasanya begitu banyak yang mengajar diri ini. Praktikal di syarikat event management memerlukan tenaga yang luar biasa dan keluar ke banyak tempat, bertemu manusia.

Di situ saya belajar bersabar. Semakin banyak bersabar, semakin banyak kemanisan yang Allah akan bagi.

Di situ saya belajar tentang waktu. Menghargai masa dan hati-hati agar tak mencuri masa orang lain.

Saya belajar untuk melakukan benda yang tak pernah saya terfikir sebelum ini ; memandu di tempat yang jauh, sibuk, dan sangat asing bagi saya. Benda paling saya takut, dulu.

Well, tak ada benda yang mustahil pun dalam dunia ni. Orang kata…

Sebagai perempuan, terkadang saya rasa down, sangat lemah. Tapi, Allah lah yang menguatkan saya.

Saya sukakan kata-kata ibu Wiri, seorang ibu kepada 10 huffaz baru-baru ini di Seminar Baitulmuslim, “Setiap yang kita impikan, ada harga yang perlu dibayar.” Itulah namanya pengorbanan.

Bukan tak mahu, bukan tak cemburu. Kawan-kawan berjaya menjejaki tanah Mesir, Jordan, Brunei dan Indonesia untuk berpraktikal. Sejak sekolah, saya menyimpan harapan untuk travel ke banyak negara. InsyaAllah, harapan saya akan terkabul nanti. Amin..


Di mana bumi dipijak, di situ kita harus ambil iktibar. Di mana sahaja kita berada, berubahlah menjadi manusia yang lebih baik.

“Tiada keberkatan untukku dengan naiknya matahari pada hari yang tidak bertambah padaku ilmu yang boleh mendekatkan aku kepada Allah” -Hadis

*************************************

Segala kemahiran dan ilmu sepanjang berada di universiti, saya rasa inilah masanya untuk dipraktikkan. Dan...

Allah memberi, sebab nak saya berbakti. Dan baiki diri.
Setiap seorang yang menggelari dirinya sebagai umat nabi Muhammad saw harus berusaha sekadar kemampuan yang ada untuk menyumbang sesuatu buat agama tercinta.-Noraslina Jusin.
Doakan saya, tolong doakan saya. Berkhidmat kerana Allah dan untuk Allah.

“Your story may not have such a happy beginning, but that doesn’t make you who you are, it is the rest of your story, who you choose to be…”

So, what you choose to be???

Mr Panda asked me.

Dengarkan alunan bacaan ayat suci Al-Quran yang di baca oleh salah seorang anak Ibu Wiri~


by UmmuZayd


Share:

11 February 2013

My New Life

Permulaan yang indah; Bismillah…


Dulu, saya pernah bekerja di restoran, mengajar kanak-kanak kecil mengaji. Semuanya adalah pengalaman yang mendewasakan diri.

Sekarang, Allah meletakkan saya bekerja (praktikal) di bawah seorang insan yang saya kagumi. Bukan sahaja beliau, tapi juga zaujah beliau UmmuHusna, yang selalu saya ikuti hasil tulisan beliau; di blog dan buku.

Ramai orang pelik, terutama keluarga, sebab saya memilih tempat ini sebagai tempat untuk berpraktikal, padahal saya mendapat tempat yang sangat dekat dengan rumah. Sampai saya perlu menanggung risiko untuk pilihan saya. Pilihan yang bukan mudah.

Kata penyair; Abu Firas Al-Amiri,

Berpisahlah, nescaya kau dapati pengganti yang kau tinggalkan
Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu
Sekiranya singa tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang
Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya, tidak akan mengena sasaran

Mengembaralah…kita akan menemui sesuatu yang baru meskipun kadang tak mengubah hidup.

pejabat saya
Saya belajar dari travelog Dr MAZA;

Hadir ke sesuatu destinasi hanya bagi mendapat sijil atau sekadar memenuhi sem terakhir sebelum graduasi tidak sama dengan hadir bagi meneliti dan mengambil iktibar.

Ini pilihan Allah. InshaAllah juga pilihan saya.

Allah nak saya jadi budak baik. Dan, saya pun kenalah berusaha keras untuk jadi baik. 

Macam pengajaran yang saya dapat dalam novel Hlovate; myself versus myself sebenarnya lagi susah dari myself versus orang lain. Tapi, changing for good is not a crime rite! Heh~

Doakan untuk perjalanan saya seterusnya, dalam kembara mencapai cita-cita dan impian saya.  Semoga Allah membantu dan mempermudahkan.

Sesungguhnya keredhaan Allah itulah cita-cita tertinggi.


By;
UmmuZayd

Share:

27 December 2012

My Home Sweet Home



Sabda Rasulullah SAW : "Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika ia mendapat kesenangan ia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika ditimpa kesusahan ia bersabar, itu juga adalah kebaikan." 

(Hadis Riwayat Imam Muslim).

6 Oktober 2012 , saya mendapat panggilan telefon ketika sedang berprogram. Suara tangisan kedengaran. Dan, itu suara mak saya!


Innalillahi wainna ilaihi rajiun...


Keluarga kami ditimpa musibah. Hujan batu dan ribut kuat melanda di sekitar kawasan  tempat tinggal kami. Kesannya, atap rumah kami runtuh. Air mula memasuki bilik2 termasuk bilik saya. Atap2 dari kawasan pembinaan rumah bersebelahan rumah saya terbang masuk ke kawasan pagar rumah kami. Allah...

Sukar nak digambarkan perasaan menerima berita itu. Mak dah sedih, takkanlah anaknya nak menambahkan kesedihan. 

"Mak, kita terima dengan redha ujian ni. Semuanya milik Allah. Dia mahu membersihkan rezeki kita. Yang pasti, Dia akan menggantikan dengan yang lebih baik"

Alhamdulillah...mak sedikit lega. 

Bahagian tepi rumah

Syukur. Allah membantu kami sekeluarga. Segala pembaikian tak perlu dibayar. Malah, kami dapat atap baru yg lebih baik! Alhamdulillah...


27 Disember 2012, saya menerima sms dari adik saya.



Kali ini, rumah kami ditenggelami air kerana hujan lebat. Banjir. Inilah kali pertama banjir berlaku di kawasan ini. Kami menerima ujian lagi. 



Kami sudah belajar erti redha. Dan, saya redha. Saya harap keluarga saya juga redha. Husnu zhon dengan Allah, kan lebih baik....


Kawasan depan rumah

Kawasan belakang
Saya rasa agak terkilan tak dapat bersama keluarga untuk membantu. Dari jauh, saya doakan Allah menjaga keluarga saya. Saya yakin Allah Penjaga yang terbaik. 

Allah menguji keluarga saya, agar kami lebih dekat denganNya. Agar kami belajar untuk sabar dan redha. Agar kami menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Jangan cari kesalahan, tapi cari hikmah. Maka, kita akan jumpa sifat penyayang Allah di dalamnya.




Share:

Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories