"Everyday is a brand new start"

04 May 2013

Cerita 5 Mei 2013



10.30 am | 5 Mei 2013

Hfon dah ada, earfon, tab, kot2 lah boleh dengar lagu sambil main facebook tengah beratur panjang… ok complete!

Eh, wawa, kipas ada kipas?

Adik bongsu saya pun kelam kabut carikan kipas kayu untuk kakaknya yang mengada-ngada.

Dengan lafaz bismillah,saya menaiki motosikal yang di drive LAJU oleh adik lelaki ke SK Bukit Mentok II.

Tercari-cari saluran 4. Jumpa! Haihhhh, tak sampai 10 minit beratur dah masuk pangkah undi. Cuaca pulak mendung je…huuhu buat penat bawak barang banyak2…

Orang bagi jari kiri, saya bagi jari kanan. Time mengundi, tangan tetiba jadi ketaq. Hodoh betul pangkah saya… Hmmm


That’s my first experience. Kelakar. Tapi, saya bangga. Sebab saya dah tunaikan tanggungjawab saya. Tawakkaltu a’lallah…

Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkal lah kepada Allah.”
Surah Ali-Imran ayat 159

*******************************************************
Sebelum ni, saya memang buta politik. Masuk tahun ke 3 di Universiti, saya tinggal dengan kawan-kawan yang kuat berpolitik. Saya tersedar, saya dah banyak ketinggalan.

ومن لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم

Barangsiapa yang tidak mengambil tahu berkenaan urusan kaum Muslimin yang lain, tidaklah mereka dalam kalangan mereka (muslim)” Riwayat At-Tabrani

Beberapa bulan praktikal di Gombak makin banyak menyedarkan saya.

Fikiran saya lebih terbuka. Saya dipertemukan dengan orang muda yang hebat di pentas politik, serta tokoh-tokoh politik. Berdiskusi dan berbicara soal politik.

Undi bukan main-main, bukan setakat pangkah memangkah. Ini soal masa depan Islam! Masa depan Negara!

Cukuplah media yang tidak adil. Cukuplah dengan penipuan dan kezaliman yang terjadi.

Apapun yang berlaku, walau apapun keputusannya. Percayalah, perancangan Allah itu yang terbaik.

When you learn to put your full trust in Him then great things are coming on your way.

Saya yakin dengan kata Sayyid Qutb;

Kezaliman walau sekuat manapun akan hancur, kebenaran walau kelihatan lemah, namun ia akan muncul.

Terus, kuatkan keyakinan pada janji Allah. Allah bersama orang-orang yang benar.

Allahu Akbar!




|Hidup ini harus kaya dengan kerja-kerja besar, cita-cita tinggi dan usaha keras tanpa henti |

BidadariQalby
Share:

0 comments:

Post a Comment


Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories