"Everyday is a brand new start"

23 April 2011

Lautan Muhasabah Cinta,,


Firman Allah:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda2 kebesaran Allah bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia2, Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."
(Ali Imran 3: 190-191)

Bismillah,,

Saya harap tulisan saya kali ini tidak lagi beremosi,,, =~_~= miAnHaE!!

Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Saya baru pulang dari percutian 2 hari 1 malam di Melaka,

Kepulangan yang membawa seribu kenangan dan senyuman,

Jauh benar saya membawa diri lari dari masalah!

Oh tidak! Pemergian saya bukan bererti melarikan diri dari masalah bahkan hanya salah satu wasilah pencarian sebuah ketenangan..


Kalau hati runsing atau fikiran berasa sempit, dongaklah ke langit. InsyaAllah hati yang runsing akan mendapat ketenangan
Di dunia ini ada 2 bentuk ciptaan Allah..langsung dan tidak langsung.
Langit, laut, awan, semuanya ciptaan langsung oleh Allah..
Yup, hati kita akan merasa lebih tenang melihat ciptaan langsung dari Allah.
Means;
Jika kita lihat langit dan laut bukanlah kerana keduanya yang memberi ketenangan, tetapi kerana keduanya dekat dengan Allah yang menciptanya. Hati kita akan merasa tenang apabila dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah…

Nota Fikir untuk Zikir- by sifu Pahrol Mohd Juoi


Jadi, bila saya melihat laut,,saya merasa dekat sekali dengan Dia..

Terima kasih buat teman-teman yang menggembirakan hari-hari saya di sana..

Syukran to Ainatul Syafiqah to be my best friend,, our moment of “muhasabah cinta” there is one of the best memories in my life..




Di sini, saya ingin memohon kemaafan dari sahabat-sahabat dan mereka yang mengenali diri ini untuk segala salah dan silap..

Semoga kalian dapat menjawab imtihan nihaie dengan sebaik mungkin..

Doakan saya.

Just to remember..TAWAKKAL!!



20/4/2011

;;;;feel honey in enjoying the journey ;;;;



Share:

17 April 2011

menanti sebuah jawapan


Ya Allah
Seandainya diri ini tidak redha dengan ketentuanMu
Maka janganlah Kau menghukumku kerana kelemahanku
Kau bimbingi aku Ya Allah
Kau ingatkanku Ya Allah
Bahawa tiap yang Kau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku

Kita hanya merancang
Engkau mentakdirkan
Hambamu merancang dengan cita-cita
Engkau merancang dengan cinta
Aku memohon
PerancanganMu ini tanda cintaMu padaku

Aku malu padaMu
Aku kalah dengan ujian yang Kau berikan
Semangatku kian lupuh
Sehingga kumahu masa yang lama kau berikan
Demi memulihkan sekeping hati yang terluka
Sebelum kembalinya hati yang baru

UjianMu adalah kifarah dosaku
Setiap tangisanku kumohon sebagai saham
Untukku bertemuMu di sana

Sepanjang musim muhasabahku
Aku bermohon sebuah jawapan
Agar aku bisa kembali kuat
Dan ketenangan yang pudar hadir kembali
Dan hatiku yang baru lebih tegar

Ku mohon...

subhanaka inni kuntu minazzalimin~


17/4/2011
~Menanti sebuah jawaban~
Share:

14 April 2011

Menanti pelangi selepas hujan..


Hasbunallah wani'mal wakil...

Bismillah..
Bismillah..
Bismillah..

Tangan ini sekadar mengukir suara hati..

Mungkin saya tidak sehebat kalian
Saya kenal diri ini yang penuh kelemahan

Lantas saya mohon bantulah saya berubah
Menjadi lebih baik di mata Allah bukan semata di hadapan manusia

Terkadang kita penat memperbaiki kelemahan
Kerana kelemahan itu sudah sedia ada dalam diri kita
Teruskanlah mencuba
Kerana Allah tidak mengukur natijah tapi sebuah usaha
Usaha yang tak pernah sia-sia di sisi Allah

Wahai diri
Jangan tenggelam dalam lautan kesedihan
Benar,
Kita akan
Merasa ingin pergi jauh dari dunia
Kembali setelah memiliki diri yang tak siapa kenali

Bantu saya
Untuk kaki saya kembali melangkah
Agar saya tersedar dengan cubitan pencipta
Ingatkan saya
Sebesar-besar masalah itu kasih sayang Allah itu lebih BESAR

Semoga pelangi kembali selepas hujan
Semoga keikhlasan hadir menguatkan langkah

Senyuman ini..
Doakan
Doakan
Biar berpanjangan
Walau didatangi kembali derita..

"Jika Allah cintakan seseorang hamba, maka diberinya ujian...."
Moga diriku termasuk hamba yang dicintaiNya...

Peganglah tanganku tika jiwaku jatuh, dalam..
Sokonglah aku untuk bangun kembali..

[ Ujian hakikatnya untuk menghapus dosa-dosa kita...]
[ Ujian hakikatnya menyedarkan kita dengan teguran Allah..]
[ Carilah hikmah di sebalik ujian...]
Share:

08 April 2011

ukhti ; sebuah isti'dad..

Kita kena merancang bagaimana rupa dan bentuk anak kita terlebih dahulu sebelum kita fikirkan bagaimana rupa ibu yang mahu melahirkannya. Islam mengajar kita memilih rahim yang baik untuk melahirkan anak-anak kita. Jika mahukan anak yang berpegang teguh dengan agama,maka pilihlah bakal ibunya yang kuat dan teguh agamanya.
Akh Abdullah Long

Kata-kata ini saya petik dari laman facebook saya. Pesanan untuk kaum adam barangkali.

Hati hawa perlu tersentuh dengan pesanan ini. Tugas kita besar,,sangat besar!

Sebuah pesanan buat ukhti,,

Wahai ukhti yang dirahmati Allah …

Seandainya kamu telah bersuami dan menunggu cahaya mata. Jadilah Ibu yang sebenarnya. Ibu yang didambakan oleh seorang suami di jalan dakwah ini agar kesinambungan dakwah dapat berterusan dan agar anak anak yang lahir dari rahimmu dapat menjadi para pendakwah dan para syuhada’ yang dapat memberi syafaat 70 ahli keluarganya diakhirat nanti …

Tapi tidak semudah untuk dibicara. Kamu perlu ada semangat yang kental. Niat yang bersih. Pengorbanan yang suci dan cita cita yang tinggi. Apalah guna, berlamanya kamu dalam tarbiyah tapi tidak dapat menjadi Ibu yang diharapkan oleh ummah ini untuk melahirkan puluhan rijal menyambung tali tali perjuangan dan mata rantai dakwah ini?

Tarbiyah bukan sahaja untuk pembaikan akhlak dan membetulkan solat tapi lebih kepada syu’uriyah dan kesedaran yang tinggi kepada deen ini.

Contoh telah banyak Allah lahirkan di bumi ini dan telah banyak kita baca namun apakah tindakan kita. Bolehkah tangan tangan akhawat semua mengoncangkan dunia seperti yang diharapkan?

Tanyalah Iman kamu dan kefahaman kamu terhadap deen ini yang sepatutnya tarbiyah yang selama ini kamu lalui telah boleh kamu praktikkan dalam hidupmu sebagai seorang srikandi islam. Janganlah tarbiyah itu nanti menjadi hujjah di hadapan Allah sehingga melambatkan kamu dihisab dihadapan Allah ….

Muharrikdaie

Astaghfirullah…astaghfirullah..

Bersediakah kita sepertimana ibu-ibu di Palestin..Anak-anak mereka diinfaqkan di jalan Allah..Mereka telah bersedia dengan KEHILANGAN..

Jangan difikirkan mampu atau tidak,,berusahalah bersiap sebaik mungkin demi menjadi ibu terbaik buat mujahid mujahidah harapan agama..

Jangan lupa.

Jika mahukan anak yang berpegang teguh dengan agama,maka pilihlah bakal abinya yang kuat dan teguh agamanya.



Rasulullah saw bersabda: 'Setiap anak dilahirkan di atas kesucian, kedua orang tua nyalah yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani, atau Majusi.'
Ya rabb, bimbinglah aku menghadapi hari mendatang..

Wallahualam..
Share:

02 April 2011

Sekeping hati itu..


Hablumminallah...hablumminannas..
Imam Syafie; Kerelaan seluruh umat manusia adalah tujuan yang tidak akan pernah tercapai.

Dalam hidup ini, kita seringkali mencoba untuk menjaga hati semua pihak. Kita cuba untuk melakukan seperti apa yang diinginkannya. Kita berusaha untuk menyenangkan mereka di sekeliling kita.

Akhirnya kita sendiri lelah. Penat. Lantaran masih ada yang tidak menyenangi kita.

Rasa seperti sia-sia. At last, “ATTENTION EVERYONE, I WANT TO GIVE UP”

No!!!!!!!!!!!!!

Saya ingin mengingatkan kembali kisah seorang tua yang punya hati sangat indah.

Pemuda tampan tertanya-tanya. Hairan kerana hati si tua begitu berantakan dengan bekas-bekas luka dan air mata.

"Setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.

Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami." Panjang lebar bicara orang tua.

Kadang-kadang kita memberikan potongan hati kita, tetapi orang yang kita berikan potongan hati itu, tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepada kita.

Sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan.
Walaupun bekas robekan di hati itu menyakitkan, hakikatnya ia mengingatkan kita tentang cinta yang masih kita miliki untuk mereka.

Saya bawakan satu hadis

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda," Sesungguhnya apabila Allah SWT mencintai seseorang, Dia memanggil malaikat Jibril Dia beritahukan " Aku mencintai si Fulan karena itu cintailah dia" sabda Nabi SAW maka Jibril mencintainya , setelah itu Jibril berseru di langit "Sesungguhnya Allah Azza Wajalla mencintai si Fulan karena itu cintailah dia, maka si Fulan tersebut dicintai oleh penghuni langit," kata Rasulullah SAW "setelah itu orang-orang di bumi juga mencintai si Fulan tersebut. (Hadits Al Bukhari)

Orang lain tidak mencintai kita tak bermakna Allah tak mencintai kita..

Lupakah??

Nabi pernah bersabda bermaksud ”Sesungguhnya apabila Allah mencintai seorang hamba nescaya Dia tenggelamkan hamba tersebut ke dalam cubaan.”

Teruskan memberi cinta walau cinta tak terbalas…semoga Allah membalas untukmu di akhirat kelak..

Share:

13 March 2011

Inikah Petanda...

Sabda nabi saw : "Sesiapa yang tidak mengambil berat dengan urusan orang-orang Islam, maka dia bukan di kalangan umatku"


Disember 2010-Januari 2011 - Pemberontakan rakyat Tunisia menggulingkan pemerintahan 23 tahun rejim Presiden Zine El Abidine Ben Ali yang sebenarnya dicetuskan oleh seorang pemuda berjiwa kental dan berhati mulia bernama Mohamed Bouazizi. Beliau telah bertindak membakar dirinya di luar bangunan pejabat majlis perbandaran sebagai protes di atas segala bentuk kezaliman pihak berkuasa terhadap dirinya sejak zaman kanak-kanak lagi.

Presiden Zine El Abidine Ben Ali berjaya digulingkan pada Januari 2011.



25/1/2011 (Selasa) - Bermula satu protes besar-besaran daripada rakyat di Mesir terhadap kerajaan pimpinan Presiden, Hosni Mubarak untuk menuntut agar Presiden Hosni Mubarak yang telah berkuasa selama 30 tahun untuk melepaskan jabatannya.

Setelah demonstrasi berlangsung selama 18 hari, akhirnya Presiden Mubarak mundur pada tanggal 11 Februari 2011.




Febuari 2011 – Rakyat Libya bangkit demi menggulingkan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang telah memimpin Libya selama 42 tahun namun sehingga kini masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk "mengalah" pada tuntutan rakyatnya, meski korban sudahpun mencapai 400 orang.


NEXT??





11/3/2011(Jumaat) - Tsunami yang sangat ganas telah melanda jepun setinggi 10 meter kesan daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter. Gempa bumi yang melanda Jepun ini merupakan yang paling kuat dalam tempoh 140 tahun.

Innalillahi wainna ilaihi rajiun..

“Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)?” (At-Taubah: 126)

Berturut-turut peristiwa besar berlaku kepada dunia


Allah sedang berbicara dengan kita






Inikah petanda dekatnya dunia
wadah akhir kehancurannya..





Share:

07 March 2011

Finding the best



Bismillah..

Mungkin ada yang pernah mendengar kisah ini..

Saya cuma ingin mengulanginya kembali agar kita sedar akan keberadaan sahabat di sisi kita

Pada suatu hari, seorang pelajar bertanya

“cikgu, kenapa semua orang ada kawan baik kecuali saya?"

...kemudian cikgunya berkata "cikgu mahu kamu pergi ke padang dan berjalan. Carikan cikgu sehelai rumput yang paling cantik kamu jumpa. Apabila kamu berjalan, kamu tidak boleh menoleh ke belakang ataupun mengundur kebelakang untuk mengambil rumput yang sebelumnya jika tiada rumput yang cantik di depan kamu. Cikgu akan jawab pertanyaan kamu selepas kamu mencari rumput itu"

Maka pergilah pelajar ini seperti yang disuruh.
Berjalanlah pelajar ini mencari rumput yang cantik.
Dalam perjalanannya, dia ternampak rumput yang sangat cantik.
Hijau dan berkilat daunnya.
Tetapi pelajar itu tidak memetiknya kerana fikirnya akan ada banyak lagi daun yang lebih cantik di depan sana.
Dia pun berjalan dan berjalan mencari rumput yang lebih cantik.

Akhirnya tanpa disedari, dia sudah sampai ke hujung padang dan dia tidak memetik walau sehelai rumput untuk cikgunya.
Dia kembali berjumpa cikgunya untuk menceritakan peristiwa itu.

Lalu berkatalah cikgu kepada pelajarnya.

"Inilah yang berlaku dalam mencari seorang kawan yang baik atau kawan sejati. Kita sering mencari kawan yang sempurna. Apabila kita sudah berjumpa dengan kawan itu, kita akan mencari seseorang yang lebih sempurna. Tanpa disedari, kawan yang tadi sudah meninggalkan kita. Kita sepatutnya menghargai setiap kawan yang kita ada kerana setiap kawan itulah kawan sejati kita. Lumrahnya setiap manusia itu tidak sempurna. Berhentilah mencari kawan yang sempurna dan yakinlah kawan yang kamu ada sekarang ini, itulah yang terbaik."

Plz remember that, tiada yang sempurna di dunia ini. Kawan kita hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan..

Sebaiknya, maafkanlah…kita bukanlah layak untuk membenci kerana kita juga manusia biasa yang penuh dosa..

Agar kita tidak dibenci Yang Esa…

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.”
[QS Al-Hujurat (49):10]

Tautkan kembali hatimu dan hatinya sebelum dia pergi….

                         


Kepada sahabat-sahabat saya yang jauh dan dekat..maafkanlah saya untuk semua kesilapan yang saya lakukan..Moga-moga kalian dan saya akan bersama-sama di syurga kelak..amen!
Share:

22 February 2011

Belajar dari dua ’YUSUF’



Dia bukanlah Nabi Allah Yusuf
Dia hanya insan biasa..
Namun dia juga hebat....
Dua Yusuf itu..

1) Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qardhawi
Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia

2) Tan Sri Dr Yusuf Noor

Pengerusi Kumpulan Felda

Dua Tokoh Maal Hijrah 1431 H
Dua yang banyak menyumbang untuk Islam
Bila lagi kita mahu jadi antara dua???

Hijrah jangan kalah...

Ketika lepas bebas di alam remaja
Impianku tidak mengenal batasan
Aku ingin mengubah dunia
Apabila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang
Kusedari rupanya dunia tidak akan berubah
Lalu aku bataskan jangkauan
Memadailah jika aku dapat mengubah negara
Namun ini juga tidak kesampaian
Kala usia senja, pilihan terakhirku
Mengubah keluarga dan mereka yang terdekat
Malangnya..
Mereka juga tak mampu kuubah

Kini,di perbaringan menanti maut baru kusedari
(mungkin buat kali pertama)
Andainya dahulu yang pertama kuubah adalah diri sendiri
Dengan menunjukkan teladan yang baik
Pasti aku dapat mengubah keluarga
Lantas dengan sokongan dan dorongan semangat mereka
Aku pasti mampu mengubah negara
Dan siapa tahu...
Mungkin aku juga mampu mengubah dunia.

-ref solusi bil. 15
SALAM MAAL HIJRAH!!;)
Share:

Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories