Akh Abdullah Long
Kata-kata ini saya petik dari laman facebook saya. Pesanan untuk kaum adam barangkali.
Hati hawa perlu tersentuh dengan pesanan ini. Tugas kita besar,,sangat besar!
Sebuah pesanan buat ukhti,,
Wahai ukhti yang dirahmati Allah …
Seandainya kamu telah bersuami dan menunggu cahaya mata. Jadilah Ibu yang sebenarnya. Ibu yang didambakan oleh seorang suami di jalan dakwah ini agar kesinambungan dakwah dapat berterusan dan agar anak anak yang lahir dari rahimmu dapat menjadi para pendakwah dan para syuhada’ yang dapat memberi syafaat 70 ahli keluarganya diakhirat nanti …
Tapi tidak semudah untuk dibicara. Kamu perlu ada semangat yang kental. Niat yang bersih. Pengorbanan yang suci dan cita cita yang tinggi. Apalah guna, berlamanya kamu dalam tarbiyah tapi tidak dapat menjadi Ibu yang diharapkan oleh ummah ini untuk melahirkan puluhan rijal menyambung tali tali perjuangan dan mata rantai dakwah ini?
Tarbiyah bukan sahaja untuk pembaikan akhlak dan membetulkan solat tapi lebih kepada syu’uriyah dan kesedaran yang tinggi kepada deen ini.
Contoh telah banyak Allah lahirkan di bumi ini dan telah banyak kita baca namun apakah tindakan kita. Bolehkah tangan tangan akhawat semua mengoncangkan dunia seperti yang diharapkan?
Tanyalah Iman kamu dan kefahaman kamu terhadap deen ini yang sepatutnya tarbiyah yang selama ini kamu lalui telah boleh kamu praktikkan dalam hidupmu sebagai seorang srikandi islam. Janganlah tarbiyah itu nanti menjadi hujjah di hadapan Allah sehingga melambatkan kamu dihisab dihadapan Allah ….
Muharrikdaie
Astaghfirullah…astaghfirullah..
Bersediakah kita sepertimana ibu-ibu di Palestin..Anak-anak mereka diinfaqkan di jalan Allah..Mereka telah bersedia dengan KEHILANGAN..
Jangan difikirkan mampu atau tidak,,berusahalah bersiap sebaik mungkin demi menjadi ibu terbaik buat mujahid mujahidah harapan agama..
Jangan lupa.
Jika mahukan anak yang berpegang teguh dengan agama,maka pilihlah bakal abinya yang kuat dan teguh agamanya.
Rasulullah saw bersabda: 'Setiap anak dilahirkan di atas kesucian, kedua orang tua nyalah yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani, atau Majusi.'
Ya rabb, bimbinglah aku menghadapi hari mendatang..
Wallahualam..
0 comments:
Post a Comment