"Everyday is a brand new start"

28 April 2010

Ujian dalam Ujian...



Sibuk dan sibuk..

Dalam sibuk ditambah pula bermacam dugaan..

Dugaan membangkitkan bukan melemahkan..(pinjam dari post sebelumnya)

“Kenapa bising sangat kat kawasan blok enti? Enti ada buat tarian singa ke? ” Tersenyum.

“Bukan. Itu tarian poco-poco versi Indian punye..takpun demo isu penempatan mahasiswi..” -send-

“ Baguslah tu.Kita tak buat, diorang tolong buatkan untuk kita..=)” Tergelak.

Pening kepala. Saya terpaksa tidur sangat awal sedangkan esok EXAM LAW. Syahdu sungguh..

Itu kes perarakan kaum India yang dibuat betul-betul hadapan kawasan Nilam Court. Bukan satu malam tapi berterusan untuk malam selepasnya. Bahkan siang. Bukan sebentar tapi berlangsung sehingga awal pagi. Pelbagai rungutan tercetus..tension, bising, geram + …, …., ….

Hari-hari sebelumnya, heboh tentang 'isu penempatan mahasiswi'. Sibuk benar masing-masing mencari rumah sewa. Mungkin ramai sudah merajuk lalu surat rayuan yang sampai ke pihak HEP boleh dihitung dengan jari. Ya, saya akui bukan mudah mencari rumah yang selamat, dekat dan bukan mudah mencari teman rumah yang seangkatan. Itulah yang paling merunsingkan golongan mahasiswi Nilam dan menjadi hot topic dalam setiap perbincangan…

“ Kalau susah sangat cari rumah, kita tumpang dulu kat kanopi MASUM” tergelak.

Inisiatif terakhir mungkin.

Masing-masing takut. Risau. Pintu-pintu mula dikunci hatta untuk ke tandas. Para pengawal meningkatkan kawalan keselamatan. Itulah situasi yang dialami penghuni Nilam sejak berlakunya kes ‘ambil barang orang’ tempoh hari. Doa orang yang dizalimi itu diamakbulkan. Semoga ‘dia’ segera bertaubat dan diampunkan Allah..


Kesusahan itu tidak lebih dari sekadar kenangan dalam fikiran, bagaikan orang yang mengingat kembali adegan dalam filem. 


Seseorang tidak akan diminta bertanggungjawab atas apa yang telah ia alami, tetapi yang dimintai tanggungjawab adalah sikapnya, fikirannya, dan keikhlasannya terhadap apa yang ia alami.

–Saya pinjam tulisan Harun Yahya dalam bukunya Rahsia Al-Quran-


Pendek kata, lihatlah kebaikan untuk tiap sesuatu.

Allah menciptakan dunia ini sebagai ujian dan kita diciptakan untuk diuji. Maka berhaklah ujian itu atas kita tetapi ingatlah ujian itu takkan diuji melebihi kemampuan yang diuji..Begitulah kasihya Sang Penguji..

Teman-teman, kita sedang diajar untuk bersabar.

“Ya, jika kamu bersabar dan bersiap siaga, dan mereka datang menyerang kamu dengan seketika itu juga, niscaya Allah menolong kamu dengan lima ribu Malaikat yang memakai tanda.” (Al Imran: 125).

Sebagaimana dinyatakan dalam ayat di atas, ternyata besarnya hikmah bersabar. Jika Allah menghendaki, Dia dapat memberikan kemenangan kepada orang-orang yang bersabar dengan cara yang tak terlihat. Allah kan baik..

Saya kagum dengan teman-teman yang masih bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik sepanjang musim imtihan biarpun dugaan berganti-ganti. Mabruk!

Nota untuk teman Nilam,



Kita bertemu untuk berpisah. Biarpun berjauhan tak bermakna hati turut menjauh. Berpisah mungkin bererti kita diajar untuk menghargai..Menghargai teman yang tiada di sisi..

Semoga kita terus tsabat..tsabat dalam ukhwah!
Share:

21 February 2010

Kasih ‘dia’ untuk Hawa….


Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah. (Riwayat Muslim)

Ada yang tersenyum..
Teruslah tersenyum dan realiti kan mimpimu
Mimpimu menjadi sebaik perhiasan dunia…





BANGGA SEBAGAI HAWA…

Semakin lama semakin ramai kaum hawa memenuhi kerusi di bilik kuliah setiap universiti. Malah, apa sahaja program yang saya sertai pasti majoritinya kaum hawa…-itu sebabnya saya harus pantas merebut tempat =) hehe..
Teringat saya sewaktu menjadi urusetia dan berdasarkan pemerhatian saya mengikuti beberapa program, kerusi di bahagian wanita la budda disediakan lebih banyak berbanding kaum lelaki.
Hati saya berkata…Muslimat memang power!

“Anugerah Pelajar Cemerlang.” Gembira dengan anugerah yang sering berpihak kepada si hawa. Masih tergambar jelas di ingatan ini wajah-wajah si hawa yang muncul sebagai pelajar cemerlang di dada-dada akhbar. Bukan merendahkan si adam. Tapi, mengingatkan hikmahnya agar kaum adam lebih berusaha membangun diri...Menjadi pemimpin kepada perhiasan duniawi…

Wanita-wanita di luar sana pula, semakin ramai yang maju dalam pelbagai bidang….hak-hak wanita sering dijaga…kerana dirimu, begitu berharga duhai hawa!



…………………………….******************************………………………………

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live


Baru tersedar barangkali
Usah terus berbangga sementara lupa pada yang memula…
Mari mengingati kembali..’dia’ yang memula..

Seluruh wanita di seluruh dunia ketika itu berada dalam posisi sebagai budak dan dianggap sebagai barang yang boleh dimiliki. Ah, saat itu para suami sesuka hati menjual isterinya apabila mereka kalah berjudi kerana mereka menganggap hal tersebut adalah merupakan hak suami. SEBAB?
Tidak ada hukum yang melindungi wanita.
Dalam hal pendidikan anak-anak, para ibu tidak memiliki hak terhadap anak-anak mereka. Pendek kata, wanita tidak memiliki hak apapun terhadap rumah tangga. Sungguh hina kau wanita di sisi mereka.. Mereka sampai membunuh bayi perempuan kerana pandangan mereka yang amat rendah kepada kaum wanita, sehingga lahirnya seorang bayi perempuan dianggap akan membawa beban aib kepada keluarga.

Lalu ‘dia’ hadir membawa rahmat buat seluruh umat….



Melalui perintah Baginda , wanita dibebaskan dari perbudakan yang telah menjadi satu dengan kehidupan mereka selama ribuan tahun, dimana mereka dipaksa menerimanya. Wanita dapat memiliki hak terhadap hartanya sebagaimana lelaki. Seorang suami tidak “memiliki” isterinya sebagai harta. Ia tidak boleh menjualnya, atau memaksanya dalam pekerjaan rumah tangga.

Lembutnya dirimu kepada wanita duhai Rasulullah..
Rasul pernah ditanya : "Wahai Rasulullah! Suami dan isteri yang paling baik itu bagaimana? Rasul menjawab : "Suami yang paling baik adalah suami yang sikap dan ucapannya selalu lembut terhadap isterinya, tidak pernah bicara kasar, tidak pernah bersikap kasar, tidak pernah menyakiti perasaan isterinya, tetap menghormati dan menghargai isterinya.

Diriwayatkan bahawa beliau berkeliling kota Makkah setelah pembebasan kaum wanita, lalu berpidato dengan mengucapkan puji syukur kepada Allah, dan bersabda,
"Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah membebaskan kamu sekalian dari sikap tercela Jahiliah. Wahai sekalian manusia, manusia itu hanya dua macam: yang beriman dan bertaqwa serta mulia pada Allah, dan yang jahat dan sengsara serta hina pada Allah,"

Sehinggalah beberapa saat sebelum Baginda wafat, Baginda masih membela wanita. Baginda sempat berpesan: "Aku titipkan nasib kaum wanita kepadamu". Diulangnya tiga kali. Kerana kaum wanita itu kedudukannya serba lemah.

Terjawabkah siapa yang memula? Dia Nabi kita Muhammad SAW…
…………………………………………*****************………………………………….

MALU SEBAGAI HAWA...


Manusia itu bersifat lupa. Benarlah, kita sering lupa pada pengorbanan Rasulullah dan kasih sayang Baginda terhadap wanita. Lihatlah dunia kini, zina berleluasa oleh kaum wanita. Aurat tidak dijaga bahkan sunnah Rasul dilupakan. Semakin hari semakin ramai yang galak menyanyi dan menari di pentas dunia. Seronok dengan kebebasan yang disalah guna. Pelakon dan penyanyi diagungkan kononnya mereka kelihatan begitu sempurna di mata mereka. Samalah juga dengan kekasih pujaan yang dicintai melebihi segalanya. Setelah itu butalah mata mereka daripada melihat kebaikan dan keistimewaan kekasih Allah tercinta. Persoalannya, masihkah wujud tempat Rasulullah di hati kita? Maka layakkah kita mendapat syafaatnya? .........................

Dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Neraka diperlihatkan kepadaku. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Lalu, syurga diperlihatkan kepadaku, dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah orang-orang fakir.” (HR. Ahmad)

Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah
Ayuh..teruskan bibirmu berselawat!

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One..

~Bersama Menghayati Pengorbanan Rasulullah~
Salam Maulidur Rasul 1431 H
Share:

06 February 2010

Maka Bertasbihlah Cinta....




Haram haramkah aku
Bila aku terus menantinya
******************************
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin…


Alhamdulillah…bersyukur dengan kelahiran filem Ketika Cinta Bertasbih yang kini menjadi kegemaran masyarakat. Tak dinafikan saya juga seperti mereka. Kedua-dua novelnya berjaya saya khatamkan 2 tahun yang lepas. Tanpa disangka, cerita itu difilemkan. Gembira tak terkira dan sememangnya itulah impian saya..untuk melihat terjemahan karya Habiburrahman Al Shirazy dalam bentuk lakonan..Insya-Allah, filem ini memberi gambaran jelas bahawasanya,
ISLAM ITU SANGAT INDAH!!!

Karakter utama yang sangat saya kagumi, Khairul Azzam. Bagaimana dia berusaha mencari rezeki untuk keluarganya sehingga terpaksa berada di Mesir selama 9 tahun. Sekembalinya dari Mesir, dia hanya bekerja sebagai pemandu. Tertarik saya dengan kata-katanya, “Semua harus dari bawah”. Jawapan yang biasa dituturkan oleh orang-orang hebat! Sebagai mahasiswa, dia tidak hanya mendalami ilmu agama tetapi juga mempelajari tentang pengurusan perniagaan bakso. Atas kemahiran yang diaplikasikan dengan baik serta akal bijak yang dianugrahkan Allah, akhirnya terbuktilah janji-Nya dengan berjayanya seorang Azzam dengan bakso cintanya!

Benarlah, di sebalik kehebatan seorang lelaki pasti ada wanita di sebaliknya. Dan wanita itu adalah ibunya! Saya boleh menyimpulkan bahawa Azzam seorang anak yang taat kepada ibunya. Ibu yang banyak menasihatinya dalam banyak perkara sehinggalah kepada pemilihan calon isteri yang terbaik. Pengorbanan seorang ibu dapat dilihat dari awal malah saat berakhir nyawanya juga dalam keadaan untuk membantu anaknya..Subhanallah!


Walaupun umurnya masih di belasan tahun, tetapi diberi kepercayaan oleh guru-gurunya untuk memberi fatwa. Apabila Imam Syafie berceramah ataupun mengajar ilmu agama, ramai ahli bahasa dan penyair yang terkemuka menghadirinya kerana bahasa yang diucapkannya adalah bahasa yang baik. Lidahnya fasih menuturkan kata-kata. Tidak ramai ulama yang mempunyai kelebihan seperti itu.


“Anakku, kamu adalah mata-mata rantai Islam” Kata Imam Malik kepada Imam Syafie.


Dapatkah ibrahnya? Sebagai pelajar agama sungguh penting untuk kita bersiap menabur bakti kepada ummah. Begitulah pesanan Kiai Lutfi kepada Azzam apabila diminta pertolongan untuk mengajar kitab Al-Hikam padahal Azzam belumpun mampu mengkhatamkan kitab tersebut. Pengajaran penting buat dia dan kita. Dia dan kita adalah sama. Lihatlah hebatnya Imam Syafie di usia muda. Wahai mata-mata rantai Islam, bersiaplah semaksima mungkin..UMMAH MENANTI KITA!


Aku tetap ingin dirimu

Tak mungkin hatiku berdusta..


Mungkin begini kata hati Furqan. Sungguh Allah tidak menzalimi hamba-Nya..Dan kita juga tidak boleh menzalimi manusia..Bertindak ikut rasa akan binasa. Berfikir sebelum bertindak. Bukan untuk jangka masa pendek tetapi juga untuk masa yang masih jauh untuk tiba. Inilah kelemahan Furqan. Namun, tarbiyah agama mendidiknya untuk bersifat rasional. Bukan mengikut nafsu semata-mata. Ya, Furqan lelaki baik.

Jangan melihat Anna Althafunnisa terlalu sempurna. Setiap manusia punya kelemahan masing-masing. Dia tidak mampu mengawal emosinya dengan baik sehingga tidak ingin mendengar penjelasan suaminya setelah mengetahui kebenaran. Perempuan punya 9 nafsu, kendalikan nafsumu baik-baik duhai Hawa!


Haram haramkah aku bila hatiku jatuh cinta… 

Tuhan pegangi hatiku biar aku tak jadi melanggar…


Mencintai tak bermakna memiliki. Sifat redha Azzam ketara pada saat pertunangan dan perkahwinan Anna walaupun hakikatnya dia menyukai Anna. Bukannya dibenci malah didoakan temannya. Benar, redha itu penawar. Penawar manis daripada Allah.

Anna juga sama. Biarpun mencintai Azzam dalam diam, bila sudah terlafaz akad nikah maka hatinya hanya diberi untuk yang hak. Suaminya Furqan. Dia wanita yang solehah, ingin terus mencintai dan membahagiakan suaminya. Amanah buat seorang isteri..

Sabda Nabi SAW bermaksud, “Kebahagiaan manusia itu terletak kepada 3 perkara, dan kesengsaraanya terletak kepada 3 perkara pula. Antara kebahagiaanya ialah memiliki isteri yang solehah”

Kriteria utama untuk calon isteri Abdullah Khairul Azzam. Pada agamanya. Bukannya kecantikan dan kekayaan yang sering menjadi idaman kaum lelaki. Itulah sebabnya hanya soleh bisa mendapat solehah!

Maksud sabda Nabi SAW, “Jika seseorang hamba menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal”

Begitulah Azzam dan Anna. Mereka akhirnya bertemu pemilik cinta yang sebenar dan Allah tak mungkin memungkiri janji-Nya. Biarpun hanya mampu memendam di hati tanpa suara. Kerana tak mahu melanggar peraturan cinta..Allah telahpun menentukan jodoh yang tiba saatnya akan datang. Bermujahadah itu indah, indah itu hadir bila meletakkan Allah sebagai prioriti. Di mata orang pahit, di hati kita sangat manis..

Kebesaran pencipta akhirnya menemukan dengan yang dicinta….Justeru, bercintalah dengan Yang Maha Mencipta!! -senyum-


Aku hanya ingin cinta yang halal

Di mata dunia juga akhirat..

Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia untuk atasi zina..

Ketika Cinta Bertasbih Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…
Share:

30 January 2010

Monolog sekeping hati..




Ku cari yang Satu di celah-celah kesibukanku
Dalam keletihan sungguh aku bahagia
Memikul saratnya amanah Yang Esa
Mengalir aliran ketenangan
Memenuhi setiap sudut jasad
Di situ Dia jadikan aku pemburu cinta-Nya
Di situ Dia menguji janjiku pada-Nya.....

Tuhanku.....

Tegarkan diriku dengan semangat Sumaiyah
Jadikan akhlakku seindah srikandi Khadijah
Biar sesunyi Zinnirah di daerah duniawi
Namun seharum nama Masyitah di medan Syurgawi

Ya Allah....

Pasakkan di qalbuku kekuatan
Kerana perjalanan mana mungkin begitu mudah
Ranjau-ranjau ujian dan bisikan si durjana
Kalau lelah pasti kalah
Kurniakanku kegagahan
Dalam episod hidup yang seketika
Menanti pertemuan KITA di taman syurga...

"Biar sendiri hingga hujung nyawa.....
Asal tak sepi dari kasih-Nya....."


30 Jan 2010

Share:

24 January 2010

Kita semua adalah pasukan di jalan Allah..


















…maka hendaknya ucapanmu itu ditujukan untuk hati dan dirimu sendiri… -Kata-kata Syeikh Uthman al-Hiri-

Jangan kau fikir menteri-menteri, badan kepimpinan pelajar atau seangkatan yang hanya digelar pemimpin bahkan pandanglah dirimu sendiri. Sesungguhnya kamu itu sebenarnya pemimpin!

‘Pemimpin’. Mungkin bahang hari pengundian calon MPP masih terasa hangatnya. Bukan kerana tarikh bersejarah itu merupakan hari lahir diri ini tetapi debaran penantian keputusan. Apa yang diharapkan adalah wajah-wajah yang bersemangat juang menegakkan Islam tercinta berada di tangga teratas. Wajah-wajah yang akan menyentuh hati manusia agar mencintai dan mengamalkan Islam. Amin.. Wahai pemimpin, pasang niatmu baik-baik. Usaha kotakan apa yang dikata..Jangan hanya tinggal janji semata..Ingatlah, kelak kau pasti ditanya..

Ikut cara Nabi SAW..Bagaimana menjadi pemimpin penembus tembok hati manusia..

*Sebelum memimpin individu lain, nabi sering mengawasi dengan memimpin diri sendiri terlebih dahulu.Jaga matamu kerana boleh merosakkan hati. Jangan kau berkata melainkan yang benar,indah dan bermakna. Pimpin nafsumu baik-baik..
*Nabi memperlihatkan kepimpinannya tidak hanya menyuruh atau melarang, tetapi beliau berjaya memimpin dengan contoh teladan terbaik. Dalam kehidupannya, baginda sering melakukan kerjanya terlebih dahulu sebelum diperintahkan kepada indvd lain. Seimbangkan kata-katamu dengan perbuatan.

“Amat besar kebencian di sisi Tuhan apabila kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan.”(Surah As-Saff :3)

*Kepimpinan beliau tidak menggunakan akal dan fizikalnya, tetapi memimpin dengan hatinya. Baginda mencurahkan cintanya sehingga setiap individu dapat merasakan cintanya dengan penuh kasih sayang,tutur kata dan tingkah lakunya yang menawan.

Menyelusuri kisah kepimpinan syeikh Hasan Al Hudhaibi, lihatlah bagaimana beliau lebih suka tinggal di penjara Turrah bersama anggota ikhwan yang masih dipenjarakan dari tinggal di rumah bersama keluarga malah beliau menolak penghawa dingin yang diletakkan di penjara beliau kerana anggota ikhwan yang lain tidak mendapat kemudahan tersebut..Itulah dia pemimpin yang hebat!

Wa akhiran, saya suka untuk berkongsi wasiat daripada imam Hasan al-Banna…

Janganlah engkau putus asa, kerana putus asa bukanlah akhlak seorang muslim.
Ketahuilah bahwa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kemarin, dan impian hari ini
adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya
kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena
kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah
sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.
Share:

21 January 2010

Menjejaki Semangat Al-Fateh...



HIPOTESIS HARI LAHIR
Semakin pendek umurku..
Semakin dekat aku kepada kematian...
So, Selamat pendek umur duhai diri!

Atau bak kata Cikgu Sains saya dulu hipotesis boleh jadi juga seperti ini:
Jika tiba Hari Lahirku, maka mengertilah aku bahawa telah hampir saatku kembali

Saya sudah besar rupanya..
Apa yang paling berubah??
Betul!!!
TEEN bertukar TY

Hmm...seiring umur yang meningkat, bersama waktu yang kian pantas berlalu..
Mengapa tidak saya berubah?
Jadi,saya mencipta satu formula sebagai gadis 20 tahun
“TY”
Tidak kepada Ya!!
…Apa pulak kaitan TY dengan Al-Fateh??

Back to seerah….
Sultan Muhammad Al-Fateh
Seorang yang di zaman kecilnya lebih suka bermain-main dengan temannya
Seorang putera yang degil dan keras hati bahkan pernah dirotan
Namun pada usia 22 tahun, beliau telah menjadi pemerintah 20 negara
Malah telah berjaya merealisasikan misi paling mustahil dalam sejarah dunia
Konstantinopel berjaya ditakluki
Ternyata, pelbagai persiapan rapi dibuat demi kejayaan Islam
Point saya di sini ialah pada umurnya..

Baik, kembali ke tahun 2010
Seorang gadis itu..
Berusia 20 tahun..
Apa yang telah dilakukannya untuk Islam?
Adakah dia punya matlamat besar untuk Islam?
Malu sungguh malu..
Biar mereka kata tidak, mustahil,..
Semangat Al-Fateh, bersemadilah di dalam jiwaku..
Agar aku juga bisa kuat demi Islam yang gemilang..
Allahuakbar!!!
Share:

13 January 2010

Mencari Kebenaran Cinta...



Anda sudah bersedia dengan satu penemuan di alam komputer??

Dalam design phase software engineering, ada 1 istilah namanya coupling. Coupling ini untuk mengukur betapa rapatnya 2 modul terikat. Makin rapat ia bercouple makin kurang ia berdikari. Disebabkan objektif sesebuah sistem komputer adalah untuk jadikan ia seberdikari yang boleh, so coupling antara modul dalam sistem komputer perlulah diminimakan seminima yang mungkin.

In conclusion, “tak perlu kot couple2” hehe~. Komputer sendiri membenarkan kenyataan itu. Malah hakikatnya tiada istilah “islamic couple” kerana couple sebenar adalah selepas perkahwinan. Perasaan itu fitrah namun fitrah akan bertukar fitnah bila kita melanggar peraturan cinta. Percayalah, menyimpan rasa adalah lebih baik-di saat belum bersiap. Insya-Allah terhindar fitnah. Bukankah mujahadah itu manis? Allah tidak akan memungkiri janji-Nya..

Jangan dicemari permulaan untuk kebaikan pengakhiran

Bukankah kita ingin bercinta sampai ke syurga?

Wallahualam…
Share:

08 December 2009

Mengolah atau Membiar???

5/12/2009

Malam semalam saya menyertai program dialog siswa/siswi. Baru saya tersedar betapa lalainya saya untuk mengambil tahu "hati" teman-teman yang belum dikenali.

Teringin benar mendengar suara hati mereka...

"Kami ni sedih dengan kaum lelaki. Kelas kami ramai lelaki tapi yang nak sertai persembahan boria tu 2 orang je..sebab apa? Mereka kata benda ni haram dan nak boikot. Akibatnya, kami yang perempuan ni kenala buat persembahan. Yela..benda ni kan wajib. Sebenarnya kami sangat malu. Kami perlukan lelaki di barisan hadapan sebagai benteng"

Saya menggiakan kata-katanya. Hakikatnya, saya turut bersedih..
Bukan marahkan Adam,
Tapi kasihankan Hawa..
Satu persoalan bermain di kotak fikiran saya...

Kenapa Tidak Mengolah???
Mengolah persembahan agar tidak melanggar syariat
Mengolah persembahan agar melindungi perempuan
Mengolah persembahan agar tidak melampau lampau
Bukankah lelaki adalah pemimpin kepada perempuan?

Wahai rijal..
Kenapa hanya membiar?
Kau kata kau pejuang..
Share:

Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories