"Everyday is a brand new start"

31 January 2011

Cooking jOm!

Awal kalam bismillah,,

My story is about cooking,

“Cooking is the most difficult activity for me since I was in primary school”

“Tak pandai siang ikang ke. Tengoklah, hancur ikang tu jadi..hahaha”

Ejek seorang kawan lelaki sewaktu berkhemah pengakap nun 10 tahun yang lalu. Masih segar peristiwa ni sebab,,pap!! Macam kena tamparan hebat berganda-ganda,,
(sebab budak lelaki tu sangat expert siang ikang)

Yup, sejak waktu tu saya start mahu belajar memasak,,

Even terkapai2 tapi saya yakin kita akan semakin mahir seiring dengan peningkatan umur,,

Seriously, cooking is tarbiyah;

How jika kita memasak dalam keadaan terpaksa dan malas dan muka masam mencuka,,sure masakan tu akan mengecewakan kita,,

So, kat situ kita belajar yang Ikhlas tu sangat mempengaruhi hidup kita,,

Cooking is also about harisun a'la waqti,,terlambat akan hangit, tercepat maka tidak masaklah ia,,

Never give up..It’s what cooking taught me. Tak menjadi. Buat lagi. Lagi dan lagi. InsyaAllah,,at last, resultnya akan lebih baik dari yang dijangkakan!



Yuk belajar masak!!
 
 
It's all. Thank u  (*-*)
Share:

15 January 2011

The Road Not Taken

THE ROAD NOT TAKEN,,,

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.



by: Robert Frost

That one less travelled by maybe like;

Nabi Ibrahim dihumbankan ke dalam api yang sedang marak menyala

Bilal Bin Rabah,dibiarkan di tengah padang pasir yang sedang membahang panasnya dan diletakkan batu besar diatas dadanya

Rasulullah dilempar batu oleh penduduk Thaif

Hasan al banna dibunuh secara tragis di pinggir jalan raya

Shiekh Yassin yang telah dibunuh oleh pesawat pejuang Israel dengan menggunakan 3 peluru berpandu

Apa jalan itu???

.....................................

.....................................

Ada berani???



From Abu Hurairah RA, he said: Rasulullah SAW said: "Islam was strange when it began and will one day be strange again; Blessed are the ghuraba' (those strange people)". [H.R.Muslim]
Share:

06 January 2011

Redha meredhai...


يا ايتها النفس المطمئنة ارجعي الى ربك راضية مرضية فأدخلي في عـبادي وادخلي جنتي
(surah al fajr)


“Akak redha,,,”

Menahan mata yang kian mengantuk sekejap tutup sekejap buka, saya menggiakan kata-kata teman di sebelah. Fikiran menerawang. Dia sudah redha dengan jalan hidupnya. Namun redhakah saya?

Meng ‘feedback’ flow hidup saya tentang how Allah teach me to redha in my life

Since sekolah rendah “doctor” is only and my only ambition then tup tup Allah mentaqdirkan saya mendapat kos agama..

Berhari-hari menunggu result interview Darul Quran,,tak berjaya (".) ..tak nak ingat dah waktu sedih sangat2 masa tu,, [ plkn pulak yang dapat..]

Mesir tempat impian saya dulu2 (sekarang bukan lagi kot,,,) saya belajar betul2 sebab nk pergi sana…tp tak tercapai pulak..huu~

Saya nak duduk asrama,,tanpa prepare apa2 nah, Allah suruh saya duduk rumah sewa,, waaaa~ masa tu saya selalu fikir, why??

Bla..bla..bla..

Redhakah saya?

,,perghh susah sgt2 untuk redha. Kadang-kadang su’uzhon dulu dengan Allah,,nangis2,,bila dah penat barulah “aku redha ya Allah..” astaghfirullah…

Semakin dewasa, saya semakin belajar tentang redha,,

Seerah nabi dan para sahabat banyak mengajar bagaimana mereka melaksanakan semua ibadah dalam islam tanpa mengetahui adanya kelebihan dari segi saintifik ke dalam ibadah-ibadah tu. Mereka mengambil, melaksanakan atas dasar ketaatan yang terhasil dari rasa redha. Redha mereka datang dari iman yang utuh. Mereka tak kisah berjuang mempertahankan islam sehingga korbankan nyawa. Semuanya kerana redha mereka kepada ALLAH SWT.

Allah membuka rahsiaNya setelah kita redha..

Rahsia yang terkadang tak pernah terlintas di fikiran kita..

Then kita akan akui THAT is yg terbaik untuk kita sebenarnya..

(^_^)



Layanan di syurga itu tarafnya beribu bintang. Dapat berbaring di atas pelamin-pelamin berhias, naungan pohon-pohon dekat sekali, dilayani anak-anak muda lelaki yang kekal mudanya..
Syurga itu indah!
Tapi..
"...Dan keredhaan Allah adalah lebih besar...". (Surah at-Tawba: 72)
Yang dicari penghuni syurga adalah keredhaan Allah melebihi segala nikmat di syurga..

Ohh,,


Redha meredhailah kita berdua~
Share:

01 January 2011

2011


HoOray...?

Blog ni semakin berhabuk,,shuhh..fuhh…fuhh..!

Bukak tutup mata,, kini sudah berada di tahun 2011 dan beberapa hari lagi umur saya akan menginjak ke 21 tahun,,

Start tahun baru semua orang dengan azam dan semangat baru masing2,,

Mungkin sudah d’preparekan diari khas + planner utk diisi target dan strategies tahun 2011,,

Mabruk jiddan buat kalian!

Tahukah kalian,

Bahawa kalian dan saya pasti akan diuji dalam mencapai segala yg di ‘azam’ kan,,

Bahawa kalian dan saya perlu bersedia menempuh semua ujian2 tersebut,,

Ujian yang bakal mengundang kecewa, sedih, give up, emosional lebih, frust sgt2...(tipula..klu sape tak pnh rasa)

Pernah dapat sms ni??

Aku minta pada Allah setangkai bunga segar, Ia beri aku kaktus berduri..Aku minta pada Allah binatang yang cantik, Ia beri aku ulat berbulu.. Aku sedih, protes, kecewa, betapa tidak adilnya ini… Namun kemudian… Kaktus itu berbunga indah, bahkan sangat indah ulat itu berubah menjadi kupu – kupu yang sangat cantik!

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh dan petir, puas kita menangis mencari dimanakah matahari?? Ternyata Allah ingin hadiahkan kita pelangi!

[kita selalu baca betul2 bila rasa sedih sangat2 kan..]

Bila difahami, Itulah jalan Allah, indah pada waktunya..

Kerana Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Dia memberi apa yang kita perlukan..

kalau kita minta ikan paus, Allah beri samudera dengan ombak yang besar… kalau kita minta kekayaan, Allah beri kemiskinan yang berat agar kita boleh menjadi kaya krn usaha sendiri.. kalau kita minta jadi orang bijak, Allah terus memberi masalah agar kita bijak menyelesaikannya..

Kadang kita sedih, kecewa, terluka… Tapi jauh di atas segalanya, Dia sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kehidupan kita . Remember that, apa yang Allah berikan lebih baik dr apa yg kita minta..

Yakin pada Allah…dan berusaha.. jangan hanya berdo’a kerana Allah hanya memberi alat, kita yang memanfaatkan alat tersebut..

dan ketika ada masalah, jangan berkata “Wahai Allah, Masalahku sangatlah Besar!!” tapi katakanlah “Wahai Masalah!!! Allah Itu Maha Besar!!!!” yakin pada Allah kerana setiap masalah InsyaAllah dapat diselesaikan jika kita mahu bekerja..

dan syukurilah apa yang kita punya. Jangan menunggu bahagia baru bersyukur, tapi bersyukurlah, maka kita kan bahagia..

Jangan sekali-kali lupakan Al-Quran,,



” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah:216)

Semoga sedikit sebanyak menjadi pemujuk jiwa kalian dan saya,,

Dan semoga kita sentiasa berhusnu zhon dengan Allah,,

Amen!


http://www.youtube.com/watch?v=yHJi5UIBKnY

Nah, lagu untuk kalian! (~_^)
Share:

25 October 2010

Bila Program Berbuah Kematangan...

[Program menambah kematangan..] kata seorang sahabat saat konklusi program.

Terdiam. Berfikir. Mentafsir.

KEMATANGAN..

Apa hakikat kematangan?

Dahulu..saya paling suka tengok Dragon Ball sebab ada 7 biji semuanya

Semua pahlawan pakat nak cari dragon ball

Goku sbg watak utama berjaya mengalahkan begitu banyak wira lain



Biasanya cerita ni budak lelaki suka tengok

Tapi disebabkan ada kaler pink di situ

Sebagai budak perempuan saya fikir saya ada hak untuk menonton

Dan memberi sokongan padu kepada srikandi pink pilihan saya

Yang paling saya gemar setiap kali berlawan surelah geng power rangers ni akan menang

(Fikiran budak-budak muncul)

Habis tu, kalau Power Rangers lawan dengan Goku sape akan lagi kuat?

-Oh…itu dulu zaman kanak-kanak yang agak nakal-(n_n)

(fikiran sekarang)

Tak kira apapun benda kuat yang ada dalam dunia ni, Allah tetap paling kuat

Beginikah contoh kematangan?

Sungguh tak salah lagi kematangan sememangnya wujud selesai berprogram

Sepertimana ukhwah sebenar yang wujud dan diuji setelah selesai usrah

Dan proses pembersihan hati yang dilakukan setelah berakhir slot muhasabah diri

Kematangan akan wujud dalam pelbagai bentuk

Salah satunya saya ingin menyedut kata-kata Hilal Asyraf yang menulis tentang kematangan.

Kematangan ialah apabila manusia mampu mengaitkan kehidupannya, dengan akhiratnya.

Orang yang mengaitkan kehidupannya dengan akhiratnya, maka dia tidak akan mensia-siakan kehidupannya di dunia ini.

Kerana dia yakin, dia akan pulang dan berdiri di hadapan Allah SWT, membawa seluruh kehidupannya untuk dihitung.

Justeru, manusia sebegini akan lebih serius dalam kehidupannya, bersungguh-sungguh dalam amal pekerjaannya secara tidak langsung dewasa, dan tidak bermain-main dengan kehidupannya.

Huhu… Yup, itulah kematangan yang sedang ingin saya capai…insya-Allah..(^_^)

Berbalik kepada tajuk.."Bila Program Berbuah Kematangan”

Seandainya erti kematangan di atas berbuah semakin lebat setelah berprogram..

Menjadilah program itu pokok buat yang ingin menempah syurga..






[Bahasa agak berbelit mungkin…mintak maaf banyak2]
Mungkin sebab berbelit otak baca law...=)

Share:

10 September 2010

Kerana iman bersuara...



Assalamualaikum kawan-kawan...
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri..
Mohon maaf zahir dan batin..

“kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran” ( Al-Asr: 3)

Sayu mendengar takbir raya berkumandang. Namun bercampur kesyukuran yang teramat kerana masih diberikan peluang dan nikmat bernafas di muka bumi Allah ini. Melihat berduyun-duyun umat islam bersolat hari raya berjemaah mengundang rasa bahagia dalam jiwa ini.

Tersentak. Paha saya ditepuk seseorang. “Tertidurkah aku??Rasanya tidak..” Mak cik di sebelah menunjukkan ke arah kanan. “Tengok tu..hmm kenapalah malas sangat diorang ni nak ke depan, penuhkan saf depan,” Saya menggiakan.

Apa yang mak cik rasa saya pun rasa. Itulah yang menyedihkan saya setiap kali berjemaah di masjid atau surau. Ramai dalam kalangan umat islam belum tahu peri pentingnya merapatkan dan memenuhi saf. Sikap “sejadah ini aku punya. Aku tak mahu ke tepi” , “malas nye nak ke depan. Biar orang lain sajalah..” dan “panaslah rapat-rapat..” membuatkan saf-saf terputus. Bercerai. Sedih sekali…

“Jemaah sekalian, solatlah seolah-olah ini solat kita yang terakhir dan anggap setelah solat ini kita akan mati dan bertemu dengan Allah swt. Tolong safnya diluruskan dan dirapatkan…”
[ kata Ust Ilyas dalam sinetron KCB. Antara scene yang menarik hati saya! (n_n) ]

Mengingatkan saya pada Rasulullah saw yang sentiasa mengingatkan sebelum solat agar saf diluruskan bahkan Rasulullah saw tidak pernah memulakan solatnya hingga semua saf benar-benar rapi. Kenapa ya??



Nah, "Innallaaha yuhibu" nampak jelas bahwa Allah benar-benar mencintai barisan yang mantap.

Imam Al Qurthubi meriwayatkan bahwa ayat di atas turun ketika para sahabat bertanya :

“Seandainya kami tahu amal yang paling Allah cintai niscaya kami akan melakukannya” lalu turunlah ayat di atas.

Oh, Allah paling cinta! Takkan tak mahu dicintai Allah kot….

Yup, ayat ni tentang masalah barisan perang tapi dasarnya semua barisan sama termasuk barisan dalam solat. Sesetengah orang mungkin melihat ini masalah kecil. Tapi dari ketidakrapatan saf ini justeru akan menyebabkan ketidaksatuan ummah dan kerapuhan perpaduan umat islam masa kini.

Masalah ini perlu diatasi demi kemaslahatan ummah. Di pihak muslimin terutamanya perlu berpesan-pesan seperti Rasulullah sebelum menunaikan solat. Tak lupa di pihak muslimat. Solusi pelbagai.
Ayuh, jom aktifkan mindamu!



Aidilfitri Di Bumi Darul iman;
~CikMujahidahMuda~
Share:

04 September 2010

Derap-derap Ukhuwah...


Ralit sungguh si budak A itu memerhatikan budak B yang sedang asyik mewarna. Budak B tersedar.

“Siapa nama awak?”

“Mohd Khairuddin”

“Ooo”

Sekelip mata, mereka menjadi teman.

Peristiwa di masjid itu membuat saya malu dengan diri sendiri. Seorang budak yang belum pun memahami hakikat ukhuwah telah mendahului saya melaksanakan sunnah Rasulullah.

Rasulullah saw. bersabda,

"Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke dalam rumah temannya, lalu disuguhkan kepadanya makanan, ia tidak mahu memakannya; dan seorang laki-laki yang bersama-sama dengan laki-laki lain dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya." (HR. Ad-Dailami)

*******************************************************

Si kecil itu hanya memerhatikan kami sambil tersenyum. Saya membalas senyumannya.

“Adik buat apa dengan kawan-kawan kat surau ni?”

“Kami selalu berkumpul kat sini kak..”

[Biasalah..budak2 kalau dah jumpa tempat luas macam ni, main kejar2 la jawabnye…(n_n) ] fikir saya.

“Kami gotong-royong bersih surau kak..ada masa free kami baca yasin sama2”

Termalu dengan zhon sendiri.

Menisbahkan pada diri ini. Terkebelakang lagi kali ini.Dalam bersahabat kerana Ilahi.

Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para Nabi dan syuhada’, tetapi para Nabi dan Syuhada’ iri hati pada mereka. “Ketika ditanya oleh para sahabat, Rosulullah saw menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah, dan saling kunjung karena Allah“. (HR. Tirmidzi).

Oh indahnya bersahabat kerana Allah!


Perjalanan kita begitu jauh
Bertemu duri-duri di setiap perhentian
Namun itulah yang perlu ditempuhi
Demi mengejar sinar di hujung destinasi

Barangkali kita terlupa
Di setiap perhentian dihadiahkanNya teman
Hadirnya diiringi kalimat-kalimat indah
Menjadi penyejuk penenenang di hati
Bisa menguatkan langkah perjalanan bertemu rabbi

Wahai teman,
Aku mencintaimu
Mencintaimu kerana Ilahi…


Pernah suatu ketika seorang sahabat Rasulullah SAW menyatakan rasa cintanya kepada baginda. Kali pertama dia menyatakan cintanya, Rasulullah diam. Kali kedua, Rasulullah juga diam. Kali ketiga, baginda masih diam. Kemudian barulah Rasulullah SAW menyatakan bahawa jika sahabat itu benar-benar mencintainya, bersedialah menghadapi ujian dan cabaran.

Aku mengerti,
Yang terlafaz belum tentu terpatri
Dan cinta kita itu pasti diuji
Namun kan kuterus bisikkan doa rabithah hati
Moga kukuh dan utuh penyatuan cinta kita
Demi Ilahi....


                 [Ku tuju khas buat teman-teman yang mengenaliku…jzkllh untuk segalanya..]
 [kondisi kini: Merindui ahli-ahli bait! (*_*)]
Share:

29 August 2010

Ambang Lailatul Qadr

[Mood sakit]

[Mood assignment]

[Mood Ramadhan]

Rasulullah saw bersabda: "Bila tiba malam pertama bulan Ramadhan para syaitan dibelenggu, maksudnya jin. Dan pintu-pintu neraka ditutup dan tidak satupun yang dibuka dan pintu-pintu syurga dibuka dan tidak satupun yang ditutup." (HR At Tirmidzi)

Mood Ramadhan akhirnya berjaya memujuk tangan ini kembali menulis...
Alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah...

Masih sempat berjumpa Ramadhan kali ini
Masih sempat beribadah di bulan mulia ini
Mahu menitis air mata bersolat tarawikh berjemaah
Tak terbayang kegembiraan ber'iftar' berjemaah
Tazkirah dan quran menghiasi susana hari-hari ramadhan
Oh indahnya Ramadhan!!

Bertuahnya untuk barangsiapa yang benar-benar menghargai
Merugi bagi yang mensia-siakan hari-harinya
Kerana belum tentu kita kan bertemu Ramadhan akan datang
Wahai yang masih terbaring kekenyangan lalu tertidur setelah berbuka
Wahai yang masih malas membuka kitab Al-Quran dan membacanya
Wahai yang mengutamakan tidur berbanding keberkatan sahur dan tahajud
Bangunlah!!
Masih ada waktu untuk mu sebelum 'dia' berakhir....

“Dan apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah; 186)

Lihatlah! Allah meletakkan ayat ini di tempat ini (selepas ayat tentang bulan Ramadhan) untuk menunjukkan bahwa Dia swt. paling dekat kepada hamba-Nya pada bulan mulia ini.

Sahabat sekalian, rebutlah peluang sebelum peluang ditarik Allah...
Nauzubillahi minzalik..

Ya Allah, kami memahami betapa luasnya rahmat dan keampunanMu di bulan Ramadhan. Berilah kekuatan kepada kami untuk kami mampu menarik rahmat dan keampunanMu itu dengan amal-amal soleh kami serta doa-doa kami. Kami juga mengharapkan semoga amal-amal kami yang naik ke atas di terima olehMu manakala rahmat dan keampunanMu tercurah ke bawah dengan sebanyak-banyaknya menerusi jalur lebar yang tidak bertepi di bulan Ramadhan yang penuh berkat.




Ameen Ya Rabbal Alameen
Share:

Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories