[Program menambah kematangan..] kata seorang sahabat saat konklusi program.
Terdiam. Berfikir. Mentafsir.
KEMATANGAN..
Apa hakikat kematangan?
Dahulu..saya paling suka tengok Dragon Ball sebab ada 7 biji semuanya
Semua pahlawan pakat nak cari dragon ball
Goku sbg watak utama berjaya mengalahkan begitu banyak wira lain
Biasanya cerita ni budak lelaki suka tengok
Tapi disebabkan ada kaler pink di situ
Sebagai budak perempuan saya fikir saya ada hak untuk menonton
Dan memberi sokongan padu kepada srikandi pink pilihan saya
Yang paling saya gemar setiap kali berlawan surelah geng power rangers ni akan menang
(Fikiran budak-budak muncul)
-Oh…itu dulu zaman kanak-kanak yang agak nakal-(n_n)
Tak kira apapun benda kuat yang ada dalam dunia ni, Allah tetap paling kuat
Beginikah contoh kematangan?
Sungguh tak salah lagi kematangan sememangnya wujud selesai berprogram
Dan proses pembersihan hati yang dilakukan setelah berakhir slot muhasabah diri
Kematangan akan wujud dalam pelbagai bentuk
Salah satunya saya ingin menyedut kata-kata Hilal Asyraf yang menulis tentang kematangan.
Kematangan ialah apabila manusia mampu mengaitkan kehidupannya, dengan akhiratnya.
Orang yang mengaitkan kehidupannya dengan akhiratnya, maka dia tidak akan mensia-siakan kehidupannya di dunia ini.
Kerana dia yakin, dia akan pulang dan berdiri di hadapan Allah SWT, membawa seluruh kehidupannya untuk dihitung.
Justeru, manusia sebegini akan lebih serius dalam kehidupannya, bersungguh-sungguh dalam amal pekerjaannya secara tidak langsung dewasa, dan tidak bermain-main dengan kehidupannya.
Huhu… Yup, itulah kematangan yang sedang ingin saya capai…insya-Allah..(^_^)
Berbalik kepada tajuk.."Bila Program Berbuah Kematangan”
Seandainya erti kematangan di atas berbuah semakin lebat setelah berprogram..
Menjadilah program itu pokok buat yang ingin menempah syurga..
[Bahasa agak berbelit mungkin…mintak maaf banyak2]
Mungkin sebab berbelit otak baca law...=)
growing old is compulsory, but growing up is an option...hihi..
ReplyDelete