Menanti pelangi selepas hujan..
Hasbunallah wani'mal wakil...
Bismillah..
Bismillah..
Bismillah..
Tangan ini sekadar mengukir suara hati..
Mungkin saya tidak sehebat kalian
Saya kenal diri ini yang penuh kelemahan
Lantas saya mohon bantulah saya berubah
Menjadi lebih baik di mata Allah bukan semata di hadapan manusia
Terkadang kita penat memperbaiki kelemahan
Kerana kelemahan itu sudah sedia ada dalam diri kita
Teruskanlah mencuba
Kerana Allah tidak mengukur natijah tapi sebuah usaha
Usaha yang tak pernah sia-sia di sisi Allah
Wahai diri
Jangan tenggelam dalam lautan kesedihan
Benar,
Kita akan
Merasa ingin pergi jauh dari dunia
Kembali setelah memiliki diri yang tak siapa kenali
Bantu saya
Untuk kaki saya kembali melangkah
Agar saya tersedar dengan cubitan pencipta
Ingatkan saya
Sebesar-besar masalah itu kasih sayang Allah itu lebih BESAR
Semoga pelangi kembali selepas hujan
Semoga keikhlasan hadir menguatkan langkah
Senyuman ini..
Doakan
Doakan
Biar berpanjangan
Walau didatangi kembali derita..
"Jika Allah cintakan seseorang hamba, maka diberinya ujian...."
Moga diriku termasuk hamba yang dicintaiNya...
Peganglah tanganku tika jiwaku jatuh, dalam..
Sokonglah aku untuk bangun kembali..
[ Ujian hakikatnya untuk menghapus dosa-dosa kita...]
[ Ujian hakikatnya menyedarkan kita dengan teguran Allah..]
[ Carilah hikmah di sebalik ujian...]
yakinlah bahawa Allah sedang melihat setiap langkah kita...senyum terus tersenyum..
ReplyDeletekau membuatku tersenyum! =)
ReplyDelete