"Everyday is a brand new start"

29 May 2012

Rindu itu datang lagi...


Rindu itu datang lagi..
Rindu kepada tempat suci itu..
Dan kali ini tak tertahan lagi..

Cemburu aku pada mereka..
Aku di sini hanya mampu berdoa..
Semoga aku bisa jadi tetamuNya
Di Tanah Suci itu..

Tolong doakan saya..doakan saya..Agar berkesempatan untuk ke tanah suci Mekah..

Dari seorang perindu;
UmmuZayd


Share:

22 May 2012

Nantikan di batas waktu...


Tutorial fiqh Qadha’ hari ini telah bertukar menjadi fiqh Munakahat!

Ustaz diserbu pelbagai soalan dan mula berbicara soal jodoh...students mula tersengih-sengih ^_^

Jodoh itu rahsia Allah. Hanya Dia Maha Mengetahui.


Tapi kita boleh berusaha. Membuat pilihan menurut apa yang Allah tetapkan.

Jangan mengejar kesempurnaan kerana yang sempurna itu hanya Allah.
Pencarian yang sempurna tidak akan pernah berkesudahan.
Kita akan penat, lelah.

Sebab perkahwinan adalah untuk melengkapi.

Cuba bukak quran tafsir, surah al fatir ayat 11 dan 12:

Ayat 12 told about ocean; sweet, salty after mentioned about man in ayat 11.
Why?? Look..they have a relation actually. Sweet relation.
The fish will die if they go to other side
And one cannot do without the other one.
A wife can only be called a wife when she has a husband.
Two are holding each other up.
Two totally different people become very close.
One drops the other will drops.
Might be different in qualities but if join together will be great.
-Mufti Menk-

Namun Dia Maha Mengerti, tak mampu insan bersendiri,
Menempuh dugaan yang menguji..naluri!

That’s how wonderful a marriage!

Hakikatnya, tiada siapa dapat menebak sejauh mana ‘baik’ yang berada dalam dirinya berbanding pasangan. Ini kerana kemungkinan yang dijadikan kayu ukur dan dacing penimbang keserasian hanyalah dari aspek luaran semata. Sedangkan andai diukur dari aspek dalaman rohani masing-masing, kemungkinan pasangannya itu lebih baik dari sudut keikhlasan kepada ALLAH SWT.
-UmmuHusna-

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” ( Surah an Nur ayat 26 )

This ayat bukan untuk membuat kita menilai pasangan hidup menurut pandangan zahir.
Sehingga membuatkan ‘dia’ yang menjadi tumpuan dalam perkahwinan.

Oh no ! this ayat adalah penegasan untuk kita (diri sendiri).

Dan bila ditumpukan kepada diri sendiri, maka proses pembaikan diri itu akan sentiasa berlaku
Kita akan sentiasa mahu memberi yang terbaik..

Indahnya mencari jodoh yang terbaik. Tapi, lebih indah jika kita berusaha menjadi jodoh yang terbaik kan!

You might be married to the worst man in the world,
Like Asiah, who married to firaun but, it didn’t actually change her,
You might be married to the prophet of Allah,
Like the wife of Lut, but doesn’t means you will also go to the Jannah with him,
You might not be married to any man like Maryam,
But still Allah put you higher than other woman..
-Dr Harlina-

So, whatever happen to us,
Just make Allah as our main focus~ be happy n say;
Alhamdulillah...=)




Tulisan saya di atas hasil pembacaan dan pemerhatian.
 ^^,
Share:

20 May 2012

Pujuklah dirimu...




“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Al-Baqarah ayat 155-156)

Saat kita benar-benar tertekan, kita pasti menginginkan seseorang untuk berada di sisi, menenangkan, mendengarkan

Saat kita rasa nak menangis, kita pasti mahukan seseorang, memujuk

Tapi, hakikatnya siapapun seseorang itu, dia tak mampu untuk selalu bersama kita.

Maka, belajarlah memujuk diri sendiri!

Tak salah untuk menangis…

“Biar kita menangis untuk melapangkan jiwa. Bukan tangis kita tangis yang menambah kelemahan dan hiba. Di samping air mata yang mengalir itu, ambil peluang ini untuk rasa kerdil di hadapan Allah SWT. Rasakan air mata yang tumpah itu, adalah satu bentuk kerendahan kita betapa kita ini manusia dan tak mampu nak tangani ujian ini. Air mata, itu adalah bukti kelemahan kita di hadapan Allah.”        -langitilahi-

Itu tangisan orang beriman.

Kerna air mata tak abadi
Akan hilang dan ganti

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkah hati merindukan Dia
Kerna hanya denganNya hati tenang

-Opick-

Apabila air mata telah terhenti, kita akan merasa lega dan lapang

Dan, bila ujian itu datang lagi, kita sudah kuat untuk tidak menangis

“Dan kemungkinan besar selepas kita bersemuka dengan ujian itu, penyelesaiannya adalah apa yang selama ini kita hajat-hajatkan. Mungkin selepas kita tabah menghadapinya, kita akan bertemu dengan sesuatu yang kita harapkan.”   
–langitilahi-

Allah tak menciptakan sesuatu dengan sia-sia kan    ******

Saya selalu melihat perempuan menangis

Adakalanya saya lihat perempuan yang buat-buat kuat untuk tidak menangis

Saya juga tertanya-tanya bila lelaki menangis

Dan, di mana mereka sembunyikan tangisannya

Bagaimanapun, di manapun, siapapun,

Menangislah kerana Allah

Menangislah di hadapan Allah

Kerana itulah saat terindah

Bila penyerahan diri kepada Allah itu benar-benar terasa...

Saidina Ali tertanya-tanya apabila tidak diuji:

“Adakah Allah sudah melupai aku?”

La hawla wala quwwata illa billah~


Share:

20 April 2012

Take a rest!


"If you make zikr you won't become stressed, If you are getting stressed actually you're not doing enough zikr"- Shaykh Hamza Yusuf Hanson.


Oh, I see..  Allah dah lama pun bagitau dalam surah Ar-Ra’du ayat 28:

"Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..." 


Means that hanya dengan ingat Allah kita boleh jumpa ketenangan tu. Sebab hati kita bila ingat Allah, akan dapat kekuatan, bisikan malaikat akan menang.

Pening? Serabut? Gelisah? Jiwa kacau? Risau? Rasa nak marah?

Jangan lupa baca Quran!

Eh, u know that bila baca Quran macam dengar Allah bagi ayat-ayat chenta kat kita, dengan baca Quran hati kita akan jadi lembut, tenang sangat...

kiut kan baby ni baca Quran.. (^^,)

Dan, Rasulullah pernah cakap kat Bilal: “Rehatkan kami dengan solat wahai Bilal”

Nah, Rasulullah pun rehat dengan solat. Kalau sayang Rasulullah, jom ikut baginda. Juz do solat, dan kita boleh luah, cakap macam-macam dengan Allah..

Sebab tu, orang beriman ni hatinya tenang. 

Best kan jadi orang beriman!


-BidadariQalby-
Musim assignment, exam, presentation, blablabla-
Eh, ingat Allah Lah..
Share:

14 April 2012

anugerah CINTA


“Kenapa atom itu berlaku secara pair tak single?”
“sebab bila atom ni pair, maka energinya lebih stabil (octet condition)”
As usual, Dr Salina bertanya dan beliau sendiri menjawabnya…    heheh

Oh, that’s why lah kita kena pair. Jangan single lama-lama kan.. (sengih.khayal)

Tersentuh hati saya membaca tulisan Ustaz Wan Ahmad. Tulisan yang selalu memberi inspirasi kepada saya. Tapi, tulisan beliau kali ini versi, “Cinta sampai syurga”.

Apa yang buat saya rasa osem?

Oh Subhanallah! Cinta tu sampai boleh

a.       Membuat sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.
b.       Membuat sesuatu yang biasa menjadi luar biasa.
c.       Membuat sesuatu yang hampa menjadi penuh makna.

Wow, hebat kan cinta! Cinta ni ada tenaga yang sangat luar biasa, sebab tu lah

“Ketika seseorang telah menyatakan cinta dan berkomitmen dengan cinta, maka segala tingkah lakunya akan berjalan di jalur cinta tersebut”

Love is is verb. Bila ada cinta, kena ada tindakan.

Rasulullah sanggup korbankan nyawa, diri, harta sebab cintakan Allah...

Sahabat sanggup buat apa saja sebab cintakan rasulullah.. 

Look how the love affects human! sampai Bilal tak mau azan dan nak tinggalkan Madinah selepas Rasulullah wafat, kenapa? Sebab Bilal tak dapat tahan air matanya bila alunkan azan, sebab Bilal akan teringatkan Rasulullah.. sebab Bilal sangat cintakan Rasulullah…!

Lihat, indah kan bila ada cinta.

Indah bila disalurkan ke tempat yang benar…

Kerana apa yang dimahukan dari cinta itu? Yup, keredhaan Allah..

Alangkah baik bila kita gunakan anugerah cinta itu di jalan Allah, cinta pada Allah, rasul, ibu bapa, dakwah, cinta pada kebaikan…cinta pada apa yang membuatkan kita mencintai Allah…

Cinta yang fitrah itu, jaga baik-baik supaya tak menjadi fitnah..insyaAllah dengan izinNya akan dianugerah cinta dari hamba yang mencintaiNya..

Ah, sweetnya!

Itulah cinta.


Share:

07 April 2012

geng Digital

Mengimbau kenangan dulu..

Betul betul betul. Angguk angguk. Gelak. Gelak pada diri sendiri agaknya.
Teringat waktu kecil2 dulu, panjat pokok, main masak2, tah nusuk (itu bahasa Terengganu untuk main sorok2. heh), jalan2 dengan kawan2 pagi sampai ke petang,, nak nak waktu cuti..

Beda. Beda dengan anak2 kecil sekarang. Lebih selesa berada di depan laptop atau ipad..semua games tersedia di depan mata.. main masak2?? Sorok2?? Oit, semua dah ade kat hujung jari la sis..buat penat je keluar rumah!

Cik adek wawa khusyuk dengan galaxy tab nye! adek sapa la ni?
That’s the weakness of technology development rite!

Apa kesannya?

Unsur-unsur kemanusiaan mula kurang, contoh;  kasar, biadab, malas dan pemahaman mereka tentang manusia berkurang. Oh! Sebab mereka ni terlalu asyik berkawan dengan teknologi  je…   (eh, ni bukan cakap tentang my little sis tau. Jgn salah faham hoho)

Huhu~ lalu terjadilah pelapis “Generation of Hikikomori”

Ehem. Social difficulties.

Erk! Saya tak pernah salahkan teknologi. Cuma ambil ibrah dari apa yang dikatakan Ustaz Hasrizal.

Teknologi tak salah. Itu pendapat saya. Tapi bagaimana kita sebagai golongan terdahulu memanipulasikan teknologi untuk anak-anak zaman kini. (berlagak macam da ada anak kan..heheh)

Use it but please aware. Simple definition of taqwa: kembangkan apa sahaja yang memberi manfaat tapi selalu sedar dengan apa yang berlaku. Then, kawal diri.

Jom kita rujuk hukum yang dikeluarkan pakcik Newton:

Sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, sama ada bergerak atau pegun, selagi tiada daya luar bertindak ke atasnya.

Look! Faktor perubahan sangat berkait rapat dengan soal manusia.

Kita mampu mengubahnya. Cop! Sebelum timbul hukum pakcik Newton ni, Allah dah bagitau lama dah:

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Mendidik masa kecil seperti mengukir di atas batu. Kekal. Didiklah mereka ini dari awal agar 'mereka menguasai tapi tak terpengaruh dengan kesan buruk teknologi.' 

******************************************

Umur 7-14 tahun adalah download time for them! means kita sedang beri role model kepada mereka. 

Apa-apa sahaja aksi, tindakan kita menjadi perhatian dan tiruan mereka.

Then, I try it to my lil sis wawa! 

Alhamdulillah.... (^_^)


Buku ni saya curi2 tengok. Wow, juz like mine!


BidadariQalby-
Share:

02 April 2012

solehah itu..

-by Dr Rubiah Kulop, Konvensyen Bidadari Dunia 2012-

Solehah itu,
Tidak sekadar mengangkat ilmunya ke minda,
Tapi, mesti mampu mendengar ilmu dari minda masuk ke jiwa,
Lalu memproses ke dalam hati dan perasaan,
Akhirnya menampilkan keindahan ke dalam penampilan,
Sehingga terasa setiap geraknya adalah gerak bidadari,
Setiap katanya membuat hati mahu hidup seribu tahun lagi,
Kerana bidadari itu di lahirkan dari tangan Ilahi..

- by Langitilahi-

Solehah itu Allah memilihnya sebagai Hero,
Hero kepada diri,
Dan Hero kepada Hero dan hero-hero..

-erk! by BidadariQalby-

Solehah tu..
Jangan dikejar sebab nakkan yang soleh..
Solehah tu..
Kena kejar sebab nak Allah menoleh..  "__"

CikMM : Saya mau jadi solena!
CikUmmuFateh : Pa dia solena tu?
CikMM : solehah nakal..hehe
(gelak2)
CikUmmuFateh : kalau camtu saya nak jadi solero (solehah rock n roll) hehe
                         Na mau jadi apa?
Cik Ana Zarra Zariena : soletep! Hoho~


Amin!
BidadariQalby-

Share:

31 March 2012

dariku untukmu.

“siapa yang akan diberikan kebaikan oleh Allah diberikan padanya penderitaan terlebih dahulu”– Bukhari
“dan apabila menderita kesusahan, dia bersabar, ini merupakan kebaikan baginya”
–Muslim
“sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”
Allah sebut dua kali dalam surah Insyirah. Still don’t believe it?? OMG...

Sakit sket apalah sangat dengan penderitaan nabi-nabi terdahulu.. Contoh kalau tekak sakit atau selsema, kuku sakit tak? Takkan?? So, bersyukurlah dengan apa yang masih ada pada kita..

Oh, mana datang semangat kamu ini???

Abu Dzar Al Ghifari ditanya oleh Rasulullah:
“Apa yang kau suka dlm hidupmu?”
Aku  suka lapar- sebab waktu lapar, hati akan jadi lembut dengan Allah ..
Aku sukakan sakit-sebab dapat pengampunan dosa drpd Allah...
Aku suka mati-sebab dapat bertemu dgn Allah...

MasyaAllah! Hebatnya beliau..

Betulla kan, semakin kita mendapat nikmat, semakin banyak keinginan kita. Bila ujian atau dugaan datang, sebenarnya Allah sedang jentik-jentik kita biaq sedar.. Nikmat kat dunia ni pinjaman je Lah!

Itu kisah DrMujahidahMuda yang sedang dalam proses pemulihan. Kesihatan, emosi dan spiritual. Doakan. Huhu~

Ramai tak kat stadium ni??Ramai kan??Ini bukan konsert tau! Heh

GMJ. Global March of Jurusalem. Tak ramai yang tahu. Mungkin ada yang tak ambik kesah pun.

Yup, tak banyak yang kita sumbangkan. Mungkin tak banyak yang kita mampu. Tapi..ingat

Kisah burung-burung yang tolong Nabi Ibrahim untuk padamkan api. Padahal usaha depa tak dapat bantu pun untuk hilangkan api yang marak tu. Tapi, apa burung tu kata: "at least aku ada hujah depan Allah yang aku ada usaha untuk tolong Nabi Ibrahim"  .Walaupun kecik je pertolongan ni.

Sangat terkesan dengan burung-burung kecik ni..[_(T_T)_]

Kat sana cikMM lihat ramai pemuda. Syabab. Inikah yang dikatakan gelombang kebangkitan pemuda? DrMM (Dr Maszlee Malik) bercerita, tentang pemuda. Pemuda yang mampu mengubah negara. Masa depan. Contoh dah kita nampak, Tunisia, Mesir, Libya, Yaman, Syria..nah, di saat keputusasaan orang-orang lama pada negara, bangkit golongan pemuda untuk membuat anjakan paradigma. DrMM mengkonklusi : "selagi ada harapan, di situ ada kejayaan"- yes, right! pemuda harapan negara. Ehem, Pemuda Agama.

Uhuk! Uhuk! tengah2 semangat boleh tunjuk gambar makanan.
Alhamdulillah..sedap.
First time kot rasa Nasi Ambeng Ayam. dengan ousmet lak tuh. Hehe

Maaf. Tukar topik. Ini Kisah manessss Kami. Kisah ahlibait kami. Kisah yang sangat chomell.

Saya sayang sangat pada ahli bait saya. Selalu terbayangkan wajah2 mereka ni bila baca doa rabithah...

Kisah kami bertemu sangat unik! Bila dikenangkan balik, awalnye memang kami tak kenal langsung satu sama lain! boleh pulak duk serumah kan.hahah. (exceptla bebudak satu course..)

Itulah namanya takdir Allah. Sudah ditakdirkanNya kita bertemu, tanpa kita duga, dan lama kelamaan dititikkannya rasa kasih sayang antara kita. Rasa ukhuwah itu.

Kerana kita ini tak pernah sempurna, penuh kelemahan, maka kita ini diciptakanNya untuk saling melengkapkan. Untuk saling memperbaiki kelemahan. Kerana itulah kita dipertemukan. Sehingga kekurangan itu dirasakan sempurna dengan adanya insan yang sudi menyempurnakan hidup kita.

Itulah yang terjadi di bait KITA. Bait yang penuh ceritacinta. sukadanduka.

Allah tak pernah mentakdirkan sesuatu dengan sia-sia. Sesungguhnya Dia ingin kita berukhwah sampai syurga!

Ini tahun terakhir kita bersama. Dan, ku pasti akan paling merindui, saat kita bersolat bersama, saat mengangkat doa dan mengaminkan bersama, saat kita berkumpul berkongsi pengisian rohani bersama-sama. Aah..takutku menghadapi saatnya berpisah. Benar, setiap permulaan akan ada endingnya. Yang pasti, aku ingin endingnya di syurga! Amin.

Ahli-ahli bait, maukah kalian mendengar sesuatu?

Sungguh, aku cintai kalian kerana Allah!

Ummu Fateh, Ainsolehah bintu Hazram, Nur Amalina, Zainah Zai, Quela Nabilah Raufa, Ana Zariena, Fara Miza, Zirah Zahari,
Terima kasih untuk segalanya....








Share:

Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories