"Everyday is a brand new start"

22 March 2012

my name is Dr MujahidahMuda!

Are you really a doctor now??

Oh, alhamdulillah... Allah has fulfilled ur dream rite! hahaks~

DrMM: I'm sorry... I'm still a 3rd year student of Fiqh & Fatwa at Faculty Syariah & Law USIM.  * smile.Peace! (^=^)v *

Dolu2, cita2 saya macam2 tapi kalau orang tanya mesti saya jawab: Saya nak jadi doktor!

Doktor, tak kesahla doktor apa2 pon. (janji yang menurut syariat.cewah) 

Tup2..saya ambil course agama. Tapi, saya tak rasa rugi langsung!

Sebab sekarang saya boleh je jadi seorang doktor. Semua saya rasa lepas ambik elektif FoodScience! jengjengjeng

Maka bermulalah story saya~

wah, cik MM kena belajar chemistry lagi!!! warghh
Saya kena stat balik belajar biology, chemistry blablabla.. Ehem, dulu saya sangat tak minat subjek kimia. (tak tipu) ..

Sekarang ada something yang menarik minat saya. Mungkin jugak sebab my sis@MyraUmairah sangat power chemistry, oleh sebab itu saya nak rasa jugak apa dia rasa. Mungkin juga sebab cara pembelajaran yang lebih menarik... (^________^)

Ops, saya tak hanya ambil subjek2 di atas, tapi termasuklah food safety, halal principles dll..

"CikMM, why u took food science, not banking?" 
"Because I like food. hehe" -"Because she likes to eat la.." (my friend added)

Subjek ni lah yang mendidik saya menjadi seorang doktor. (Nah, nak sangat jadi doktor!)
Doktor untuk diri sendiri dan doktor untuk ummah.
Sebab saya rasa sangat bertanggungjawab untuk mengamalkan apa yang saya pelajari dan menyelamatkan pesakit2 saya.
Sampai orang cakap budak Foodscience ni sangat cerewet Lah! hahaks~
Yup, kalau kita jaga kesihatan macamanapun, tapi, kalau Allah dah takdirkan sakit dan mati untuk kita. Tetap akan berlaku jugak"

Tapi kawan2. Ingat,

"Badan kita amanah Allah untuk kita abdikan diri kepada Allah. Siapa tak jaga kesihatan, sangat pentingkan diri sendiri. Niatkan jaga kesihatan untuk lebih efektif, tak nak susahkan org."-sifooDrMuhaya.

Huhu. 

Nak tau tak, bila saya belajar foodscience, saya rasa macam belajar pasal penyakit diri sendiri. Tak sanggup dengar. Nak tutup telinga pun ada. Sebab majoriti makanan yang saya suka makan boleh bawa penyakit..

Maka, saya belajar jadi doktor untuk diri sendiri. 
Lebih-lebih lagi selepas terkesan dengan kata2 almarhumah pejuang Ustazah Yoyoh Yusro:
"Rahim seorang wanita harus dipersiapkan untuk menghasilkan generasi yang hebat. Makanlah yang halal dan toyyib."

Bukan hanya untuk diri sendiri tapi, untuk ummah.
Saya sangat bersetuju jika lebih ramai muslimah yang belajar tentang hal ehwal makanan.
Sebab merekalah yang bertanggungjawab menyediakan makanan dan minuman yang terbaik buat suami dan anak2,
Yang juga ditaklifkan melahirkan ummah yang hebat harapan agama!

This is my conclusion. A sharing of my life.



Nasihat buat DIRI dan ummah.
by DrMujahidahMuda,




Share:

10 March 2012

The colours~


Scene di suatu daurah. Seorang sis bertanya:

Sis: Ce bagi analogi pasal sibghah(celupan) Allah?

CikMM: Erm..slurpp.. macam celup biskut oreo dalam air susu. Biskot pon jadi cair kan... 
Erk, camne nak relatekan pulak ye?? *blank*

- malas nak edit gambar..tapi tetap nampak sedap..hihi-

Sis: *tersenyum* contohnya kain yang kita celup dalam air nila warna biru. Apa jadi pada kain tu? Konfemlah biru seluruh kain tu kan..

CikMM: *blur*

Sis: Sesungguhnya sibghah Allah itulah yang paling sempurna. Mukmin yang tercelup dengan celupan Allah akan menjadikan seluruh kehidupannya hanya kerana Allah semata-mata.

CikMM: Oooohh

"Sibgah Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibgahnya dari sibghah Allah dan hanya kepadaNyalah Kami menyembah." (Al-Baqarah: 138)
Ayat ni termasuk dalam ayat feveret CikMM.heh

Bila baca ayat ni selalu nak senyom2.. berangan~ Wahh, best gile kalau dapat jadi celupan Allah ni kan..

Orang-orang ni lah yang takkan ambik pegangan selain islam. Orang-orang ni lah yang redha Allah sebagai tuhan, islam sebagai cara hidup, nabi Muhammad sebagai rasul untuk jadi ikutan.

Orang-orang ni lah yang takkan sekali-kali letak “rasa” dia dulu sebelum sesuatu yang diperintahkan Allah.

Walaupun benci dan berat macamane pun nak buat, si celupan Allah ni tetap akan didik jiwa dia untuk jatuh chenta pada sebuah kewajipan atau benda yang Allah suruh.

T_T huhu...susahnye....

Wait!!! Jangan mengalah. Look at Umar ra.

Semasa Rasulullah di mi'rajkan, rasulullah dipertemukan dengan bidadari-bidadari syurga. Ada seorang bidadari yang lain dari lainnya..Rasulullah hairan dan bertanya jibril. Jawab Jibril: "Bidadari itu diperuntukkan untuk sahabatmu Umar" 
Sebab, Umar pernah mengidam nak seorang bidadari yang lain dari lainnya. 


Disebabkan Umar selalu memenuhi kehendak Allah SWT, maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya.


Wahhh...


Jadi....  simpulkanlah sendiri! ( ^_< )V




“Sibghatullah”
The Colors of Allah
Dye yourself in them and attain falah.
-BidadariQalby-
Share:

29 February 2012

Penawar duka nabi

Bacaan Al-Quran yang paling buat jiwa saya basah dan buat tidur saya paling lena!


Nabi juga bersedih. Bukan hanya kita.

Tapi nabi tahu Allah sentiasa bersama.

Sebab Allah yang sebenarnya paling tahu nabi sedih.

Allah turunkan ayat Quran (surah as-Syarh)  untuk sembuhkan duka nabi.

Nak menenangkan hati dan memberi motivasi kepada nabi.

Jelas,

Al Quran penawar paling mujarab untuk merawat hati yang bersedih..

Hey,


Tau tak Allah beri kita sedey-sedey ni sebab apa?
Sebab Allah taknak kita terlalu cintakan dunia ni,
Sebab Allah nak kita rindu dekat syurga,
Tempat yang kita takkan sedey sampai bila-bila,

Hey,

Allah berhak tarik kekuatan itu,
Sebab Dia hanya meminjamkan pada kamu,
Tapi kamu jangan sesekali lupa untuk menagihnya semula.

Fighting!! ^_< ;
Share:

26 February 2012

Nerakakah tempat kita???

Pemuda itu seharian menangis.

Kemudian seseorang bertanya kepadanya: “Mengapa tuan menangis?”

“Sesungguhnya aku bersikap demikian kerana aku merasakan kalaulah ada walaupun hanya seekor anak kambing biri-biri mati di atas tebing sungai Furat disebabkan kecuaianku, nescaya aku akan diazab oleh Allah swt di akhirat kelak”

 ....Kalaulah kita melayari kisah khalifah zuhud Umar bin Abdul Aziz,
nescaya kita akan tidak pernah mengambil dan menginginkan jawatan sebagai pemimpin,

“Ya Allah, jika aku tidak layak mencapai rahmatMu, maka sesungguhnya rahmatMu berkemampuan untuk sampai kepadaku. Hal ini kerana rahmatMu meliputi segala sesuatu dan aku adalah di antara sesuatu itu. Oleh itu, limpahkanlah rahmatMu terhadapku wahai Tuhan Yang Maha Pemurah!”

Wahai pemimpin,
Berusahalah, berusahalah, berusahalah,
Menjadi pemimpin yang diredhai Allah…
Semoga dengan kepimpinanmu itu,
lebih cepat langkahmu menuju syurga...


-BidadariQalby-
Share:

15 February 2012

Burung Marah..

Baju Angry Bird.
Beg Angry Bird.
Jam tangan Angry Bird.
Borak2 pun pasal Angry Bird.
Kesimpulannya: Angry Bird memang sangat glamor di kalangan kanak2.

Yang tak pernah main, mustahil tak pernah dengar.

Haishh.. CikMM jugak yang jadi “Angry Sis” bila budak2 ni bising time mengaji !
pening --> (@_@)


"Eh, apa yang best sangat Angry Bird ni??" <--- (budak ni agak ketinggalan bab2 game ni sebenarnye… 0.0)

Then, a MISSION IS STARTED.

OooOohhh,, game ni juz pasal burung2 yang marah kat babi2 hijau…

Ramai orang punya pandangan tersendiri pasal game ni.ibrah angry birds

Tak salah..tapi, sangat bagus!

Tapi, apa yang saya nampak.

Sejak Angry Birds muncul,,,

Patung-patung perempuan yang seksi dah tak laku lagi huh~

Oh, perkembangan yang baik untuk kanak2..

Syukran Angry Bird!



p/s: Ajarlah kanak2 bermain dengan penuh MAKNA. Heh~
Pasti merindui gelagat mereka selepas ini… T_T
Selamat memasuki sem baru!
BidadariQalby
Share:

13 February 2012

chenta!



“Ana tu tak cintakan Furqan sebenarnya….”

“Kenapa abang cakap macam tu? Kan ke Ana nak bercerai dengan Furqan sebab Furqan mengidap HIV? Lagipun, kemungkinan dia dapat penyakit tu pun sebab dia cuai hingga ditipu dengan perempuan jahat tu…”

 “Kalau Ana betul-betul menyintai Furqan, dia tak akan semudah itu meminta cerai. Sebagai muslimah yang berilmu dan dilabel sebagai solehah, setidak-tidaknya, dia akan berusaha membawa suaminya berjumpa doktor dan mendapatkan pengesahan serta rawatan lanjut. Cinta antara dua hati adalah sebab untuk suami isteri berfikir berkali-kali sebelum melafazkan kalimah cerai yang merungkai ikatan pernikahan .”

Ini dialog antara Ustaz Zaharuddin dan zaujahnya; Ummu Husna.

Maaf kerana masih lagi post yang berunsurkan cinta.

Sebab ramai kawan saya yang meng “update” status tentang chenta kebelakangan ini.
(ter "INFLUENCED"  la kononnye~)

Jangan lupa,

Suburkan hatimu yang memiliki cinta itu terlebih dahulu dengan mencintai-NYA tanpa selaput nafsu yang menipu dan melulu, sebab ia akan mendorong pemiliknya untuk benar-benar mencintai pasangan hanya kerana-NYA semata.

Buatlah persiapan semaksima mungkin.

Dan berazamlah untuk berchenta sampai bila2, sampai SYURGA!
(^_<)


اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya: “Ya ALLAH, jadikanlah hamba-MU ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)


Marilah sama-sama juga kita doakan untuk keamanan dan keselamatan umat islam yang tertindas di Syria. Semoga Allah membantu mereka menghadapi kekejaman rejim Basyar al-Asad! Amin.
BidadariQalby-
Share:

06 February 2012

A hope..



Apa beza orang yang ada harapan dengan orang yang dah putus harapan?

Wah, besar perbezaannya. Sebab orang yang takde harapan macam orang mati.

Orang yang ada “harapan” tu;

Bila dia buat sesuatu, then berhadapan dengan sesuatu, dia tahu, Allah ada. Allah boleh back up dia.

Walaupun semua jalan dah tertutup, dia yakin Allah boleh bantu bukan je jalan yang biasa, tapi melalui jalan2 yg luarr biasa! Allahuakbar!

Samala dengan orang yang selalu mengulangi dosanya…

Bila taubat,= 1 mark
Ops, I did it again = -1 mark
Taubat = 2 marks !

Atau…

Taubat, buat salah, buat salah lagi dan lagi,,,

Jangan kecewa dengan rahmat Allah.

sebab Allah sangat cinta pada orang yang bertaubat.

Imam ghazali cakap: mungkin je engkau mati ketika engkau bertaubat atau dalam perjalanan menuju satu taubat.

Look!

Bila dalam hati kita sentiasa ada Allah,
Selagi itulah ada harapan!



inisharingdarisifoOpahrolmjuoi
percayalah,kitaselaluadaharapanuntukberubahjadilebihbaik! (n__n)
Share:

02 February 2012

Belajar dari Ombak...


Ombak rindu?? 

Perghh.. yang ni ombaknya lagi power. Tsunami punya.

Di saat kecewa dengan filem melayu. Risau dengan perkembangan minda remaja kini (adek2 khususnya). Nah,, hambik!

‘Hafalan Solat Delisa’

1) Delisa 

Kenapa awak tak tanya dia?

“Dia kehilangan mak, tiga kakaknya, dia juga kehilangan kaki kirinya, tapi dia terus bermain bola sepak”

Si kecil Delisa itu, cukup hebat..kerana dididik oleh seorang ibu yang hebat!

2) Ummi Salamah

Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab: “Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu.” – Riwayat Ahmad dan selainnya dan dihasankan oleh al-Albani.

Em, saya melihat sifat ini pada Ummi Salamah.

Lihat saja bagaimana dia mendidik anak-anaknya sepanjang ketiadaan suaminya!

3) Ustaz Rahman

“Fikiran satu itu apa maksudnya ustaz?”

“Misalnya Delisa bermain bola, fikiran Delisa cuma satu, menendang bola. Jadi, walaupun terseliuh, hujan, umi memanggil, Delisa terus bermain bola. Jadi fikiran Delisa cuma satu. Bermain bola.

“Jadi kalian solatnya mesti khusyuk”

Oh, definisi baru bagi saya tentang khusyuk!  FIKIRAN MESTI SATU.

4) Abi Delisa

Kaum Adam pun harus belajar masak!  (O__<)_V  Harus! 



Saya harap lagi banyak filem macam ni.
Please..


~Perindu Bumi Aceh~
BidadariQalby



Share:

Siti Zulaikha binti Mokhtar. Shaklee Dustributor.

Popular Posts

"umi, kami selongkar dunia maya
dan temukan catatan umi di sana"



"Cita-cita ku adalah menginspirasi jutaan orang
meski mereka tak mengenalku,
biarlah Allah yang menilai kerja-kerjaku"

Categories