Umamah, isteri kepada Awf bin Muhallim al-Shaybani menasihati anak gadisnya sebelum bernikah dengan berkata;
أي بنية
Wahai anak gadisku...
Wahai anak gadisku...
النساء للرجال خُلقن ولهن خُلق الرجال
'Wanita adalah dijadikan untuk lelaki seperti mana lelaki
adalah diciptakan kerana perempuan...
أي بنية
Wahai anak gadisku...
إنك فارقت البيت الذي منه خرجت، وعشك الذي
فيه درجت، إلى بيت لم تعرفيه،
وقرين لم تألفيه، فكوني له أمةً يكن عبداً وشيكاً، واحفظي له خصالاً عشراً يكن لك ذخراً
وقرين لم تألفيه، فكوني له أمةً يكن عبداً وشيكاً، واحفظي له خصالاً عشراً يكن لك ذخراً
'Kamu akan berpisah meninggalkan rumah ini yang mana engkau
dilahirkan di dalamnya, yang mana di dalamnya engkau dibesarkan, ke rumah yang
engkau tidak pernah kenal akan ia....
Bersama teman yang engkau tidak pernah bermesra atau
bermanja dengannya...Maka jadilah engkau kepada dia seperti hambanya (yang
berkhidmat kepadanya) maka dia pun akan menjadi hamba kepada engkau dan menerima
dirimu. Dan ambillah daripadaku 10 pesanan atau nasihat moga ianya menjadi
pemberi ingatan dan bekalan bagi engkau.
الخشوع له بالقناعة،
1) Jadilah engkau kepadanya sebagai isteri yang qanaah
(merasa cukup) dengan apa yang diberi
وحسن السمع له والطاعة
2) dan dengar serta taat kepada dia.
التعهد لموقع عينه ،
3) Jadilah engkau sentiasa bersedia untuk dilihat di matanya
والتفقد لموضع أنفه
4) dan sentiasa siap untuk dibau oleh hidungnya..
فلا تقع عينه منك على قبيح، ولا يشم منك
إلا أطيب ريح
Jangan biarkan dia melihat engkau dalam keadaan hodoh dan
jangan dia mencium bau engkau kecuali yang wangi.'
فالتفقد لوقت منامه وطعامه،
5-6) Perhatikanlah pada waktu tidurnya dan makanannya
(mempersiapkan tidur dan makan suami)
فإن تواتر الجوع ملهبة، وتنغيص النوم مغضبة
Kerana kerap kelaparan itu menimbulkan rasa tidak puas hati
dan menganggu tidur boleh menyebabkan kemarahan
فالاحتراس لبيته وماله،
7) Jagalah dan awasilah (peliharalah) rumahnya dan hartanya
والإرعاء على حشمه وعياله،
8) Dan peliharalah hubungan kekeluargaan dan keturunannya
(anak-beranak dan tanggungannya)
وملاك الأمر في المال حسن التقدير، وفي
العيال حسن التدبير
Menguruskan perihal hartanya dengan baik menunjukkan
kebaikan engkau dalam menghargainya dan menjaga hubungan kekeluargaan
menunjukkan kebaikan engkau dalam pengurusan pentadbiran rumahtangga
فلا تعصي له أمراً،
9) Janganlah engkau melanggari arahannya
ولا تفشي له سراً،
10) dan janganlah engkau mendedahkan rahsianya
فإن عصيت أمره: أوغرت صدره وإن أفشيت سره
لم تأمني غدره
Jika engkau melanggar arahannya maka hatinya akan dipenuhi
kebencian terhadap dirimu dan jika engkau mendedahkan rahsianya maka dia tidak
akan merasa selamat daripada dirimu (merasa akan dikhianati).
Kemudian Umamah menutupi pesanannya dengan berkata;
إياك والفرح بين يديه إذا كان ترحاً،
'Berhati-hatilah engkau janganlah menunjukkan gembira
disisinya jika dia sedang bersedih,
والاكتئاب بين يديه إذا كان فرحاً
Jangan pula engkau menunjukkan kesedihan kala dia sedang
bergembira.
وكوني أشد ما تكونين له إعظاماً، يكن أشد
لك إكراماً
Tonjolkanlah padanya sebaik-baik penghormatan dan maka
nescaya dia akan memuliakan engkau dengan sebaik-baiknya
وأشد ما تكونين له موافقة يكن أطوع مما
تكونين له موافقة
Berikanlah kepadanya persetujuan/sokongan sebanyak mana yang
engkau dapat berikan maka dia pun akan membalas dengan memberikan persetujuan
atau sokongan pula kepada engkau
واعلمي أنك لا تصلين إلى ما تحبين حتى تؤثري
رضاه على رضاك، وهواه على هواك، فيما أحببت أو كرهت
Ketahuilah wahai anak gadisku, kamu tidak akan dapat
mencapai apa yang engkau inginkan sehingga engkau mengutamakan keredhaannya
sebelum keredhaan dirimu, hawa nafsunya sebelum hawa nafsumu, pada apa yang
engkau sukai atau engkau benci.
والله يخير لك
Semoga Allah memilih apa yang terbaik untukmu.
[Jamharah Khutah al-‘Arab]
sumber:FB Ustaz Emran
Menjadi seorang isteri yang sempurna barangkali tidak akan pernah mampu, tetapi yakinlah Allah akan membantu selagi hambaNya berusaha.
Justeru pantaslah kita berterusan mempersiapkan diri. Kata Tere Liye;
Nah, apakah dengan terus memperbaiki diri menjamin mendapatkan jodoh terbaik? Tidak. Memang tidak. Tapi rasa-rasanya, jika proses terus memperbaiki diri itu dilakukan dengan baik, kalian akan berbahagia dengan apapun situasi yang akan dihadapi….Dan kalian siap dengan takdir apapun dari Tuhan.
Semoga dicintai apa yang dicintaiNya dan mencintai apa yang menjadi cintaNya. Amin.
0 comments:
Post a Comment