Dulu, saya pernah bekerja di
restoran, mengajar kanak-kanak kecil mengaji. Semuanya adalah pengalaman yang
mendewasakan diri.
Sekarang, Allah
meletakkan saya bekerja (praktikal) di
bawah seorang insan yang saya kagumi. Bukan sahaja beliau, tapi juga
zaujah beliau UmmuHusna, yang selalu saya ikuti hasil tulisan beliau; di
blog dan buku.
Ramai orang pelik,
terutama keluarga, sebab saya memilih tempat ini sebagai tempat untuk
berpraktikal, padahal saya mendapat tempat yang sangat dekat dengan rumah.
Sampai saya perlu menanggung risiko untuk pilihan saya. Pilihan yang bukan mudah.
Kata penyair; Abu
Firas Al-Amiri,
Berpisahlah, nescaya kau dapati pengganti yang
kau tinggalkan
Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui
petunjuk dalam perjalanan itu
Sekiranya singa tidak meninggalkan hutannya,
tidak akan garang
Anak panah jika tidak meninggalkan
busarnya, tidak akan mengena sasaran
Mengembaralah…kita akan menemui
sesuatu yang baru meskipun kadang tak mengubah hidup.
![]() |
pejabat saya |
Saya belajar dari travelog
Dr MAZA;
Hadir ke sesuatu
destinasi hanya bagi mendapat sijil atau sekadar memenuhi sem terakhir sebelum
graduasi tidak sama dengan hadir bagi meneliti dan mengambil iktibar.
Ini pilihan Allah. InshaAllah juga pilihan saya.
Allah nak saya jadi
budak baik. Dan, saya pun kenalah berusaha keras untuk jadi baik.
Macam pengajaran yang
saya dapat dalam novel Hlovate; myself
versus myself sebenarnya lagi susah dari myself versus orang lain. Tapi,
changing for good is not a crime rite! Heh~
Doakan untuk
perjalanan saya seterusnya, dalam kembara mencapai cita-cita dan impian saya. Semoga Allah membantu dan mempermudahkan.
Sesungguhnya keredhaan
Allah itulah cita-cita tertinggi.
By;
UmmuZayd
salam buat mujahidah muda..
ReplyDeletemabruk ukhti krn 'berjaya' smpai peringkat nie, berada di sisi sifu us zaharuddin itu sudah cukup bertuah ukhti sbb byk ilmu dan hikmah dapat dikaut kan?
smoga allah permudahkan urusan ukhti ye, amin :)
salam ukhti.
ReplyDeletesyukran atas doa ukhti.
Doakan saya terus tsabat dalam agama ini, terus bersungguh2 menuntut dan mengamalkan ilmu Allah.
Amin ya rabb!